SHAH ALAM – Sebuah satelit yang dibina oleh Nasa dan Jepun untuk mengesan hujan dijangka akan jatuh ke bumi esok, menurut laman web rasmi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa).
Satelit yang dinamakan sebagai satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM) yang dibina oleh Nasa dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) untuk mengukur jumlah hujan di bumi itu sekarang berada 100 kilometer daripada bumi.
Menurut laman web rasmi Nasa, Amerika Syarikat Space Surveillance Network, yang dikendalikan oleh jabatan angkasa yang beroperasi bersama Pertahanan AS, pihaknya memantau kedudukan TRMM sejak misi itu berakhir pada bulan April lalu.
“Kebanyakan satelit dan kapal angkasa yang memasuki atmosfera bumi akan terbakar, dan ia tidak boleh dikawal.
“Pusat Operasi Angkasa Lepas akan mengeluarkan ramalan berkala tarikh kemasukannya, namun lokasi sebenar kawasan kejatuhannya tidak dapat diramalkan, TRMM hanya akan jatuh ke kawasan tropika antara 35 darjah Utara dan latitud 35 darjah latitud Selatan,” petik kenyataan rasmi Nasa.
Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad berkata, Nasa akan memberi maklumat setiap tiga jam kepada seluruh agensi angkasa dunia termasuk Malaysia untuk memaklumkan mengenai perkara ini.
“Pihak Nasa akan sentiasa mengemaskini maklumat mereka setiap tiga jam, kerana sekarang pihak Nasa sendiri tidak pasti keberadaannya.
“Kalau ikut rekod selama ini tidak pernah berlaku di mana manusia terkena pada bahan-bahan serpihan-serpihan ini sepanjang sejarah satelit masuk kedalam bumi ini , kalau ikut Nasa peratusan itu hanya dua peratus, kerana kebanyakkannya akan jatuh kedalam laut.
“Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu panik, tidak ada yang pernah berlaku terkena pada serpihan tak pernah lagi!… rekod terdahulu satelit yang jatuh dekat dengan Malaysia adalah di utara Lautan Hindi, Australia kawasan itu berhampiran Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, jika satelit itu terbakar ia tidak boleh dikawal lagi.
“Satelit itu dilancarkan pada 35 darjah ini dikira sebagai kawasan tropikalah, termasuk Malaysia selatan Jepun sampai ke Australia 35 darjah lah, bila ia masuk kawasan bumi ini ia akan terbakar, apabila ia terbakar tak ada orang boleh kawal… tetapi ada sebahagian daripada satelit itu tidak terbakar terutama yang dibuat daripada titanium.
“Titanium ini besi yang lebih keras daripada besi… ia tidak terbakar, kalau ikut pemantauan, tidak banyak negara yang boleh pantau ia kerana ia perlukan radar yang canggih dan kuat untuk tembak ke udara bagi mendapatkan lokasi yang sebenarnya… saya rasa negara Amerika Syarikat yang punyai teknologi itu, Amerika yang dapat lihat kedudukan ia sekarang.
“Agensi Angkasa kita boleh berhubung dengan mereka untuk dapatkan maklumat dan mereka akan maklumkanlah bila ia masuk ke bumi.
“Kita akan uar-uarkan maklumat dari semasa ke semasa, oleh itu rakyat Malaysia jangan panik cuma perlu ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
TRMM yang berusia 17 tahun mempunyai berat hampir 3 tan, dilancarkan dari Tanegashima, Jepun pada 27 November 1997 bagi misi yang dirancang hampir tiga tahun. Ia ditutup pada 15 April tahun ini.
Wednesday, June 17, 2015
Terkini: Sebuah satelit NASA akan jatuh ke Bumi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Silat Melayu
DOA DOHA
WALI SONGO
Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.
WAJIB TONTON
Top Blogges
A. Blog Warta Pasir Gudang
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.10 years ago
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.
-
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kel...
-
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-me reka yang dikehen...
-
Secara Ringkas... Nota Penulis : Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda...
-
* Bot Komando Sg.Udang Hilang Dilaut, mungkin ini yg sedang mereka lakukan . Motto Rejimen - Cepat Dan Cergas ... Lambang Rejimen - ...
-
ARTIKEL TULISAN SAHABAT SHAHPASKAL, MUSIBAH DEMI MUSIBAH, PLEASELAHHH..INI BALA BEB, BUKAN UJIAN UNTUK UMAT TERPILIH Bila dah banji...
-
Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia. 1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ...
-
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) boleh menyebabkan negara sekali lagi terjerumus dalam krisis ekonomi Asia seperti yang berl...
-
Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis kedua terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed ...
-
Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak ...
-
Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat-sahabat sukarelawan PPBM. Rahmatilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam kerja amal yang dilakukan....
C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat
-
Sah! Kes Najib Razak Cacat20 hours ago
-
-
-
-
-
Kempen "Buy Muslim First"5 years ago
-
-
TIGA WATAK DIAKHIR ZAMAN5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sedang mencuba Dan mencari.10 years ago
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam10 years ago
-
-
-
Bersolatlah.11 years ago
-
10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-