Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Saturday, March 5, 2016

DEKLARASI RAKYAT!!!

'DEKLARASI RAKYAT' IALAH SATU DEKLARASI YANG TERMAHAL DALAM SEJARAH DUNIA.

BELANJA MENJAYAKANNYA, SEHINGGA SEMUA RAKYAT SANGGUP MENGENEPIKAN PERBEZAAN PARTI, BANGSA, UGAMA, IDEOLOGI, PERTUBUHAN DAN SEGALA PERBEZAAN.

UNTUK BERSATU MENENTANG DAN MENJATUHKAN WATAK YANG MENGEPALAI KEMUNGKARAN, RASUAH DAN PENYELEWENGAN.

BELANJA 'DEKLARASI RAKYAT ' ADALAH RM42 BILION iaitu JUMLAH PINJAMAN 1MDB.

Mutiara kata Pejuang Selamatkan Malaysia!!!

1. JANGANLAH 'SAHABAT SEPERDOSAAN' MENGHARAPKAN DENGAN MENAKUTKAN MELAYU KEPADA CHINA BOLEH TERUS DIJADIKAI PERISAI UNTUK MELINDUNGI MAKSIAT, JENAYAH, PENYELEWANGAN DAN RASUAH ORANG ATASAN MELAYU.

2. KAFIR YANG MENANDATANGAI 'DEKLARASI RAKYAT' adalah yang menentang RASUAH & PENYELEWENGAN YANG DIKUTUK dalam ISLAM; KAFIR SEPERTI JHO LOW adalah SAHABAT SEPERDOSAAN yang menjadi RAKAN-KONGSI dan PERANTARA dalam hubungan PEMIMPIN MELAYU dengan BANK YAHUDI yang terkutuk dalam ISLAM.

3. Tun M tidak fikirkan soal pengganti. Itu ditentukan oleh Allah swt.

4. Menjatuhkan Najib adalah USAHA UMMAT untuk mendapat restu dari Allah swt.

5. Allah tidak akan merobah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu merobah dirinya sendiri.

Terkini : Persoalan apakah!!! Marah apa sebenarnya rakyat kepada Najib?

Marah apa sebenarnya rakyat kepada Najib?

1. Minyak turun harga barang tak turun?

i ) Rakyat ke nak pergi kedai ketuk kepala peniaga seorang-sorang suruh turunkan harga barang?

ii) Atau nak suruh ketuk kepala menteri yang jaga Kementerian tersebut?

iii) Menteri jawab pun janganlah buat lawak mega sepanjang tahun?

2. GST dilaksanakan harga barang turun?

i) GST 6% SST 10% harga barang turun?
Bila perlaksanaannya harga barang tetap naik. Harga barang jadi mahal, rakyat beranggapan kerajaan sekarang lemah dan tidak pandai mentadbir negara.

ii) Isu Top Up rakyat sudah malas nak berbunyi lagi, akhirnya rakyat juga yang menanggung kesan dan akibatnya.

iii) Rakyat saban hari meluahkan perasaannya. Kerajaan dan kementerian buat pekak tuding kementerian sana tuding kementerian sini. Rakyat memerhati gelagat kementerian sehingga PM campur tangan. Rakyat berpendapat isu sekecil TopUp agak sukar untuk kerajaan selesaikan apatalah lagi jika berunding hal-hal yang lebih besar untuk kepentingan negara.

3. Kerajaan juga kelihatan gagal menyakinkan rakyat berkenaan perjanjian TPPA. Tambahan lagi persetujuan di Parlimen yang secara undian sememangnya berpihak kepada kerajaan.

Miti juga ada maklumkan jika tidak bersetuju dengan TPPA Malaysia boleh batalkan TPPA pada bila-bila masa.

Perjanjian perdagangan tidak semudah untuk kita membatalkan begitu sahaja. Kos-kos dari pembatalan perjanjian tersebut juga kena diperhalusi.

Apa yang sedia maklum perjanjian TPPA yang ditandatangani baru-baru ini di Auckland New Zealand. Pindaan akta kesatuan sekerja telah dipinda untuk membolehkan perjanjian tersebut ditandatangani.

Malaysia ada masa sehingga 2018 untuk mengkaji persediaan perlaksanaan TPPA tersebut.

Rakyat Malaysia percaya inilah yang dikatakan penjajahan zaman moden.

Contoh Malaysia akan tertekan dengan bekalan perubatan yang semestinya dari pengeluar yang melibatkan kos yang tinggi.

Rakyat terpaksa berbelanja lebih untuk perubatan. Walaupun ada setengah rakyat telah bersedia dengan Insuran perubatan. Tetapi hanya penyakit terpilih sahaja yang dilindungi.

Kesatuan sekerja merupakan cara untuk pergerakkan menaikkan sokongan atau menolak kerajaan. Perkara ini kelihatan kerajaan gagal untuk melihat kesan baik dan buruk pengubalan akta kesatuan pekerja tersebut.

4. Rakyat juga melihat dan merenung cara menanggani permasaalahan yang dihadapi oleh kerajaan.

Terutamanya beberapa isu yang menjadi perhatian awam. Berkenaan 1MDB, 2.6b derma yang masuk ke acc Perdana Menteri DS Najib Razak, SRC.

Siasatan badan-badan yang diarahkan untuk menyiasat seperti PDRM, SPRM, PAC, Bank Negara, Peguam Negara.

Perkara-perkara tersebut menyumbang untuk rakyat kurang mempercayai kerajaan sedia ada dalam konteks Intergeriti dalam menjalankan tugas.

Penyingkiran Timbalan Perdana Menteri TSMY,  Sapie Afdal, AG, beberapa Isu di kedah sehingga perletakkan jawatan MB Kedah.

Walaupun rakyat di yakinkan dengan mengatakan itu perkara biasa dalam Politik.

Tetapi rakyat melihat rantaian kejadian tersebut ada hubungkait dengan permasaalahan atau kemelut yang kerajaan hadapi sekarang.

Kita rakyat Malaysia berhak dilindungi oleh petlembagaan negara oleh yang dipertuan Agong.

Ada setengah-setengah pihak yang belum mendapat kuasa sudah berani buat perkiraan untuk pecat orang itu pecat orang ini. Buang keahlian orang itu, buang keahlian orang ini.

Supaya mudahkan untuk sendiri naik pangkat atau mudahkan orang yang di sokong naik pangkat.

Tidak semudah itu sahabat. Walaupun kita nampak yang itu. Tetapi orang lain nampak yang itu dan ini. Hanya yang faham sahaja boleh berfikir.

BERDOSAKAH MAHATHIR DAN MUHYIDDIN?

Akan tercatat dalam sejarah UMNO bahawa punca utama kehancuran parti keramat orang Melayu ini beberapa tahun sebelum 2020 adalah NAJIB.

Sebaliknya Mahathir dan Muhyiddin dihukum berdosa kerana cuba menjadi penyelamat, bukan menyelamatkan UMNO, tetapi Selamatkan MALAYSIA.

MAHATHIR DIHUKUM BERDOSA KERANA TIDAK PERNAH BERHENTI MENENTANG KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN TERTINGGI UMNO, DEMI MAHU MENGEKALKAN NEGARA INI TERUS BERPAKSI PADA AJARAN ISLAM.  TETAPI MAHATHIR DIPINGGIR DAN DIHALANG.

MUHYIDDIN DIHUKUM BERDOSA, DIBUANG JAWATAN NEGARA DAN DIGANTUNG JAWATAN PARTI KERANA ENGGAN BERSUBAHAT DAN TERLIBAT DENGAN PERBUATAN RASUAH PALING JIJIK DALAM SEJARAH TANAHAIR YANG DILAKUKAN OLEH SEORANG ISLAM YANG DIAMANAHKAN  MEMIMPIN SEBUAH NEGARA ISLAM.

Mahathir dan Muhyiddin telah diaibkan sedemikian rupa oleh pemimpin2 Islam parti Melayu di Malaysia.

Mahathir dan Muhyiddin dianggap berdosa kerana cuba menegakkan kebathilan dengan menegur kemungkaran pemimpin yang hidup bermewah2 kerana wang menjadi permainan di kalangan mereka tetapi rakyat hidup susah dan ditekan dengan cukai yang tinggi. 

Mahathir adalah negarawan ulung tanahair yang tiada tolok bandingnya dan namanya gah seantero dunia. Tetapi UMNO tidak tahu menghargai sebutir bintang yang masih menyala dibumi ini.

Muhyiddin akan diingati oleh anak cucu sebagai pemimpin Melayu yg sanggup kehilangan kuasa demi menegakkan kebenaran. Walaupun setia pada parti, membantu ketua dan menyampaikan keluhan rakyat, dia dipinggirkan.

Akan tercatat dalam lipatan sejarah tanahair bahawa Mahathir dan Muhyiddin adalah dua pemimpin agung Melayu yang berani: memimpin rakyat Malaysia bangun demi Islam dan demi negara.

Ya parti tidak lagi penting, sebaliknya NEGARA MALAYSIA inilah yang harus diselamatkan.

Hari ini melakar sejarah besar  tanahair apabila semua pemimpin-pemimpin politik terkenal dan NGO duduk semeja memeteraikan Deklarasi Selamatkan Malaysia yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia yang paling hebat dan berwawasan.
Dengan sendirinya, kubur UMNO telah digali, demi menghapuskan kedurjanaan dan kemungkaran.

Nabi Muhammad SAW bersabda “Ketika seseorang melihat kemungkaran, rubahlah dengan tangannya, dan jika tidak bisa, dengan lidahnya, dan jika masih tidak bisa, rubahlah dengan hatinya.”

Mahathir dan Muhyiddin adalah umat Muhammad yang sejati kerana cuba merubah kemungkaran!

Beringatlah wahai orang2 Melayu. dalam Surat Al Israa’ :16 Allah berfirman

وَإِذَآ أَرَدْنَآ أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا۟ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا ٱلْقَوْلُ فَدَمَّرْنَٰهَا تَدْمِيرًۭا
Bermaksud
"Dan jika Kami hendak  membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

Marilah kita berdoa pada Allah agar dua pemimpin ini dapat membawa kita keluar dari kehancuran. Aamin Ya Rab.

Dr Mas Darby
Panel Pemikir. GKCM
#berani kerana benar

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat