TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, March 5, 2016

Terkini : Persoalan apakah!!! Marah apa sebenarnya rakyat kepada Najib?

Marah apa sebenarnya rakyat kepada Najib?

1. Minyak turun harga barang tak turun?

i ) Rakyat ke nak pergi kedai ketuk kepala peniaga seorang-sorang suruh turunkan harga barang?

ii) Atau nak suruh ketuk kepala menteri yang jaga Kementerian tersebut?

iii) Menteri jawab pun janganlah buat lawak mega sepanjang tahun?

2. GST dilaksanakan harga barang turun?

i) GST 6% SST 10% harga barang turun?
Bila perlaksanaannya harga barang tetap naik. Harga barang jadi mahal, rakyat beranggapan kerajaan sekarang lemah dan tidak pandai mentadbir negara.

ii) Isu Top Up rakyat sudah malas nak berbunyi lagi, akhirnya rakyat juga yang menanggung kesan dan akibatnya.

iii) Rakyat saban hari meluahkan perasaannya. Kerajaan dan kementerian buat pekak tuding kementerian sana tuding kementerian sini. Rakyat memerhati gelagat kementerian sehingga PM campur tangan. Rakyat berpendapat isu sekecil TopUp agak sukar untuk kerajaan selesaikan apatalah lagi jika berunding hal-hal yang lebih besar untuk kepentingan negara.

3. Kerajaan juga kelihatan gagal menyakinkan rakyat berkenaan perjanjian TPPA. Tambahan lagi persetujuan di Parlimen yang secara undian sememangnya berpihak kepada kerajaan.

Miti juga ada maklumkan jika tidak bersetuju dengan TPPA Malaysia boleh batalkan TPPA pada bila-bila masa.

Perjanjian perdagangan tidak semudah untuk kita membatalkan begitu sahaja. Kos-kos dari pembatalan perjanjian tersebut juga kena diperhalusi.

Apa yang sedia maklum perjanjian TPPA yang ditandatangani baru-baru ini di Auckland New Zealand. Pindaan akta kesatuan sekerja telah dipinda untuk membolehkan perjanjian tersebut ditandatangani.

Malaysia ada masa sehingga 2018 untuk mengkaji persediaan perlaksanaan TPPA tersebut.

Rakyat Malaysia percaya inilah yang dikatakan penjajahan zaman moden.

Contoh Malaysia akan tertekan dengan bekalan perubatan yang semestinya dari pengeluar yang melibatkan kos yang tinggi.

Rakyat terpaksa berbelanja lebih untuk perubatan. Walaupun ada setengah rakyat telah bersedia dengan Insuran perubatan. Tetapi hanya penyakit terpilih sahaja yang dilindungi.

Kesatuan sekerja merupakan cara untuk pergerakkan menaikkan sokongan atau menolak kerajaan. Perkara ini kelihatan kerajaan gagal untuk melihat kesan baik dan buruk pengubalan akta kesatuan pekerja tersebut.

4. Rakyat juga melihat dan merenung cara menanggani permasaalahan yang dihadapi oleh kerajaan.

Terutamanya beberapa isu yang menjadi perhatian awam. Berkenaan 1MDB, 2.6b derma yang masuk ke acc Perdana Menteri DS Najib Razak, SRC.

Siasatan badan-badan yang diarahkan untuk menyiasat seperti PDRM, SPRM, PAC, Bank Negara, Peguam Negara.

Perkara-perkara tersebut menyumbang untuk rakyat kurang mempercayai kerajaan sedia ada dalam konteks Intergeriti dalam menjalankan tugas.

Penyingkiran Timbalan Perdana Menteri TSMY,  Sapie Afdal, AG, beberapa Isu di kedah sehingga perletakkan jawatan MB Kedah.

Walaupun rakyat di yakinkan dengan mengatakan itu perkara biasa dalam Politik.

Tetapi rakyat melihat rantaian kejadian tersebut ada hubungkait dengan permasaalahan atau kemelut yang kerajaan hadapi sekarang.

Kita rakyat Malaysia berhak dilindungi oleh petlembagaan negara oleh yang dipertuan Agong.

Ada setengah-setengah pihak yang belum mendapat kuasa sudah berani buat perkiraan untuk pecat orang itu pecat orang ini. Buang keahlian orang itu, buang keahlian orang ini.

Supaya mudahkan untuk sendiri naik pangkat atau mudahkan orang yang di sokong naik pangkat.

Tidak semudah itu sahabat. Walaupun kita nampak yang itu. Tetapi orang lain nampak yang itu dan ini. Hanya yang faham sahaja boleh berfikir.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat