TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, May 29, 2015

Pembayaran Hutang 1MDB

1. Timbul pelbagai kekeliruan tentang pembayaran hutang dan kehilangan wang 1MDB.

2. Malah jika hutang tersebut di jelas kan sepenuh nya melalui penjualan aset yang di beli oleh 1MDB, ianya  tidak bermakna 1MDB akan bebas dari tuduhan yang ianya tidak boleh menjelaskan kemana hilang nya wang berbillion tersebut.

3. Di dalam perniagaan, kehilangan wang boleh berlaku melalui pelaburan yang salah atau  pun melalui pengurusan yang salah. Ianya boleh di terima walaupun kebiasaan nya CEO dan pengurusan nya akan pecat.

4. Tetapi apabila berlaku kehilangan  wang dan pihak pengurusan tidak mampu menjelaskan kemana dan bagaimana wang tersebut hilang maka pihak pengurusan masih akan dipertanggungjawabkan walaupun berlaku 'bail out' dan hutang telah di bayar.

5. Oleh itu dakwaan bahawa wang telah di laburkan di Kepulauan Cayman dan di sebalik dakwaan yang ianya telah di bawa pulang dan kini berada di Singapura; wang tersebut (sehingga kini) tidak boleh di buktikan kewujudan nya, maka pihak pengurusan akan di pertanggungjawabkan di atas kehilangan nya. Sehingga di buktikan maka adalah tidak salah untuk mengandaikan bahawa wang tersebut telah di salah guna oleh pihak pengurusan 1MDB.

6. Berkenaan GST, dana tambahan telah berjaya di kumpul di atas keringat dan kesusahan rakyat. Kini mereka perlu membayar lebih bagi setiap barangan yang mereka beli yang bermakna kuasa membeli mereka semakin berkurangan. Dalam ertikata lain mereka menjadi semakin miskin semata mata untuk mengkayakan kerajaan.

7. Walaupun jika apa yang mereka beli tidak di kenakan GST tetapi pemborong yang menjadi pembekal kepada peniaga akan tetap menaikan harga barangan mereka kerana mereka perlu membayar GST  Dan peniaga pula akan menyerap peningkatan kos tersebut dengan menaikan harga barangan mereka. Akhirnya rakyat yang terpaksa menangung keseluruhan kos GST.

8.  Kerajaan sebenar nya boleh mengelak kan cukai tambahan kepada rakyat dengan mengurangkan perbelanjaan mereka. Memberi wang kepada setiap  rakyat boleh menjadikan kerajaan popular walaupun ada di antara rakyat yang tidak memerlukan wang tersebut. Tetapi ada lah jauh lebih bagus untuk mendidik dan melatih rakyat bagi kerja yang berpendapatan tinggi di mana pendapatan akan meningkat selari dengan kerja yang di lakukan. Menaikan gaji tanpa peningkatan di dalam produktiviti, menambah jumlah hari tidak berkerja, menetapkan gaji minima yang tinggi, membazirkan wang untuk barangan mewah - kesemua itu hanya akan meningkatkan perbelanjaan yang akan meningkatkat lagi defisit kerajaan. Dengan pengurusan kewangan.

9. Sudah tentu 'pengembaraan' (adventure)' seperti 1MDB dan Pembinaan PFI akan melibatkan pinjaman tanpa kemampuan untuk membayar balik. Dan bila 'pengembaraan' tersebut kehilangan wang  maka beban kewangan kerajaan pun bertambah. Dan dengan memperkenalkan GST kerajaan sebenarnya meminta rakyat termasuk mereka yang tidak layak untuk membayar cukai bagi menyelamatkan (bail out) kerajaan.

10. Pemimpin yang di pilih bukan tidak boleh di singkirkan sebelum tempoh nya berakhir. Perdana Menteri yang sebelum ini juga di pilih oleh rakyat malah dengan majoriti yang lebih besar. Tetapi beliau di pujuk untuk melepaskan jawatan oleh Perdana Menteri sekarang.

11. Jadi di mana salah nya untuk meminta Perdana Menteri sekarang untuk melepaskan jawatan nya?. Dia jelas telah melakukan kerosakan yang lebih besar berbanding Perdana Menteri sebelum ini.

12. Sebelum ini tiada sebarang desas desus tentang keborosan,  tentang barangan mewah dan gaya hidup mewah PM.  Ada di antara nya mungkin tidak benar. Tetapi desas desus seperti ini tidak pernah kedengaran di zaman Perdana Menteri sebelum ini. Dan desas desus seperti ini mungkin berpunca dari cara hidup berlainan yang di harapkan oleh rakyat kepada seorang Perdana Menteri.

13. Dan  dengan alasan ini dan banyak lagi maka Najib harus lah meletak kan jawatan.

14.Berkenaan himpunan besar sebagai tanda sokongan besar, kita semua nampak sokongan yang sama di tunjukan sebelum Pilihanraya ke 13. Dan keputusan nya  lebih teruk dari PRU ke 12. Segala sokongan tersebut tidak boleh di terjemahkan sebaga i sokongan kepada Najib. Kehadiran mereka adalah atas pelbagai insentif yang di tawarkan.

TPPA: Negara bakal dijahanamkan!!!???

[ Edisi bersiri ] :  Negara bakal 'dijahanamkan' USA...

Najib telah bertemu Obama beberapa kali dengan agenda USA yang cuba menguasai dunia melalui perdagangan Perjanjian TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement) dalam perkara yang berkaitan dengan perdagangan yang bakal usik kedaulatan negara dengan Perjanjian TPPA dirundingi antara Australia, Amerika, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Veitnam...

Antara kandungan TPPA :

1) Melibatkan peraturan tidak menjual ubat2 tiruan seperti panadol dan lain2 yang lebih murah dan mempunyai kandungan dan kesan yang sama dengan ubat asli... ubat2 itu cuma boleh dibeli 'direct' dari syarikat farmasi asal dengan kos yang terlalu tinggi (kos asal RM200 dinaikan kepada RM1200)...

2) Industri padi bakal 'hancur' kerana beras dari USA yang mendapat subsidi yang tinggi akan dipasarkan di negara ini dan merugikan pengeluar padi dalam negara....

3) Bidang pelaburan, khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan juga akan berhadapan persaingan pasaran terbuka yang bakal dimonopoli USA...

4) Syarikat tempatan dan negara terdedah kepada tindakan undang2 antarabangsa jika syarikat asing tidak dapat keistimewaan dari kerajaan yang sama deberikan kepada syarikat tempatan...

5) Kos sara hidup akan meningkat kerana harga barang dikawal USA serta faktor inflasi serta dimonopoli oleh USA dan dengan sebab itu juga Malaysia tidak dapat mengawal kenaikan harga barang tanpa persetujuan USA...

Persoalannya :

Sekiranya New Zealand dan Australia menolak TTPA, mengapa Malaysia harus menerimanya sedangkan ianya membawa kesan buruk?... Adakah najib telah menurunkan tandatangan bertuju dengan perjanjian tersebut?... Adakah terdapat cubaan untuk 'menjahanamkan' negara oleh Obama?... Adakah najib diugut atau diperalatkan oleh Obama?... Apakah agenda tersembunyi Najib dan dimanakah 'stand' beliau???...

*Pra-syarat telah pun dilaksanakan seperti permansuhan ISA, GST, khalimah Allah dan bible bahasa melayu serta lain syarat seperti yang telah saya nyatakan dalam posting yang lepas...Sama2 kita renungkan sejenak mencari jawapannya dan sama2 kita menetang TPPA ini dan juga ancaman USA demi negara...


Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat