Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, June 17, 2014

Mutakhir: Kurang ajarnya UMNO memberi pendidikan kepada rakyat Malaysia. Kasih sayangnya UMNO seperti Ayah dan Ibu.

UMNO Yang Lahirkan PAS ?

Pandangan saya Umno lah yang menghasilkan ramai agamawan. Hingga memastikan agama dipertingkatkan kefahamannya berbanding masa lalu.

Lihat sekolah tahfiz atau Universiti yang ada fakulti Islam ramai telah berjaya berkhidmat kepada masyarakat namun tidak menyertai parti PAS !

Semenjak Merdeka lagi Umno teguh mempertahan Islam dan mengamalkan Islam dalam perjuangan dan majlis dianjurkan.

Lihat sambutan kemerdekaan turut diselit azan yang memberi simbolik bahawa detik bersejarah tersebut tetap diisi dengan perkara yang mengingatkan kita kepada Allah Yang Maha Esa.

Ramai kalangan ustaz yang tetap menyokong kerajaan dalam diam tanpa menzahirkan sokongan dan hanya sedikit yang menyokong pembangkang namun digemburkan seperti semua agamawan menyokong 'kesesatan' yang mereka perjuangkan.

Jika semua pelajar agama memandang Pas sahaja wadah sudah tentu tidak ada ustaz dalam Umno hari ini.

Namun kita sudah lama mempunyai ustaz yang hebat seperti Ustaz Dr Asyraf Wajdi Pengerusi YADIM, Ustaz Fathul Bari CEO ILMU, Ustaz Datuk Najmi bekas YADIM kini bertugas di ILMU ( Janda Baik ) dan ramai lagi termasuk Datuk Alwi Ketereh.

Dulu juga kita ada Datuk Nakhaie, Datuk Dusuki, Datuk Dr Yusuf Noor dan Allahyarham Datuk Abdul Hamid Othman.

Paling jelas Menteri jaga JAKIM Datuk Seri Jamil Khir adalah seorang ustaz yang popular sebelum beliau dilantik menjadi Menteri. Selain Dr Mashitah.

Tugas kita sekarang ialah untuk mengembalikan kedudukan agamawan agar diletakkan di tengah masyarakat untuk menyatukan antara dua pihak. Dengan mempromosi mereka ke tengah masyarakat.

Penganjuran Majlis Selawat di serata ceruk tanah air merupakan usaha yang boleh dipuji. Kerana ulama disatukan dengan Umara bersama rakyat.

produk yang baik sekalipun jika tidak diberi promosi yang betul juga akan gagal di pasaran.

Kerana itu ramai berbalah hanya kerana perkara yang mudah diselesaikan mengikut panduan Al Quran dan Sunnah namun begitu sukar diselesaikan kerana keegoan mereka yang mengatasi kebijaksanaan.

Jika Ulama dihormati dijadikan rujukan tentu ahli mana mana parti akan ikut cakapnya dan dapat memelihara ummah dari berpecah.

Kerosakan paling bahaya dan besar hari ini  ialah bila agamawan mengejar jawatan dengan memusing fakta Tuhan turunkan. Yang turut dirakam kisah sebegini di dalam Al Quran yang menceritakan tentang segelintir ahli kitab yang sanggup mengubah ayat-ayat Allah demi dunia.

Kenapa Ulama menjadi rosak ? Kerana mereka telah disuntik dengan fahaman kononnya Daulah Islam perlu dibina. Melalui usrah Ikhwanul Muslimin.

Dari sinilah yang melahirkan kadet PAS yang ramai mendapat tajaan kerajaan belajar di luar negara. Walau ada yang kembali insaf namun ada juga yang kekal dengan pegangan bahawa hanya PAS sahaja Islam dan memperjuang Islam.

Sikap ikhwan yang radikal juga kerana elemen Salafi wahabi yang meresap menjadikan sikap keras dan biadap menjadi budaya perjuangan. Tidak ubah seperti khwarij zaman Nabi saw.

Kerana itu apabila mereka berkampung membuat rusuhan membina khemah atas jalan di bandar Rabaah, Kaherah hingga menyusahkan rakyat dan mengganggu keamanan dengan melancarkan serangan, akhirnya tentera Mesir telah membanteras hingga ramai yang telah menjadi korban akibat kesilapan pemahaman Islam. Selepas puas amaran diberikan dan perintah bersurai dikeluarkan.

Asal perjuangan Imam Hassan al Banna sangat baik namun berubah bila beberapa lapis kepimpinan selepas itu berubah arah perjuangan dan mazhab agama yang mereka amalkan.

Pendekatan Ala Salafi wahabi menjadikan IKhwanul Muslimin di Mesir mengkafirkan orang lain, melancar serangan dan mula bergiat dalam politik melalui pilihanraya.

Maka mereka inilah yang didorong untuk memikirkan kewajipan berjuang juga bergantung atas bahu ulama untuk mendapatkan kuasa. Walhal tugas Ulama bukan merampas kuasa Umara bahkan menjadi penasihat Umara seperti dilakukan ulama zaman silam. Tanpa merosakkan ajaran Allah dalam memberi nasihat kepada Umara.

Apa yang terjadi ialah kuasa dikejar dengan pelbagai cara termasuk mengadu domba, menfitnah, merasuah, menipu dan
sebagainya hingga kalimah Allah juga telah menjadi mangsa kerakusan politik mereka.

Sekali lagi saya ingin tegaskan Umnolah yang menghasilkan Ulama dan ahli agama dan pada masa yang sama telah menggunakan nasihat ulama.

Perlaksanaan hukum qisas dan takzir sudah lama dilaksana oleh Malaysia hasil dari nasihat yang disampaikan oleh Ulama dan dilaksana Umara.

Akhir kata, Ustaz-ustaz yang ada di negara patut berganding bahu dengan Umara bukan berseteru dengan mereka. Ulama akan ditanya apakah dakwah mereka dan ke mana ilmu yang disampaikan.

Demi kepentingan rakyat dan demi untuk Islam, Raja dan Negara ayuh kita bersatu bukan berseteru.

MUTAKHIR Saham KL melantun semula untuk ditutup tinggi .

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi sedikit hari ini di tengah-tengah sentimen lemah dalam kebanyakan saham Asia, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.02 mata untuk ditutup kepada 1,874.6, selepas berlegar antara 1,870.1 dan 1,876.22 sepanjang sesi dagangan.

Seorang peniaga berkata pelabur serantau telah mengurangkan pegangan risiko susulan kebimbangan akan situasi di Iraq dan peningkatan harga minyak mentah manakala data eksport lemah di Singapura telah menjejaskan sahamnya yang turun ke paras paling rendah dalam tempoh hampir tiga minggu.

Beliau berkata angka eksport Mei Singapura yang jatuh tanpa diduga berikutan penurunan eksport elektronik dan farmaseutikal ke pasaran-pasaran utamanya, menunjukkan bahawa negara itu mungkin masih belum mendapat manfaat lagi daripada pemulihan di negara-negara maju.

Sementara itu, beliau berkata Bank of Thailand dijangka mengekalkan kadar faedah dasarnya dalam mesyuarat esok, dengan kurang tekanan untuk mengurangkan lagi kadar faedahnya.

Di papan skor, Indeks Perusahaan naik 18.74 mata kepada 3,215.03, Indeks Kewangan meningkat 33.36 mata kepada 17,178.5 tetapi Indeks Perladangan susut 27.87 mata kepada 9,160.38.

Indeks FBM Emas naik 20.76 mata kepada 12,971.26, Indeks FBMT100 meningkat 20.39 mata kepada 12,606.45, FBM 70 menambah 23.19 mata kepada 14,069.39 dan FBM Ace naik 42.21 mata kepada 6,697.1.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 468 berbanding 353, manakala 317 kaunter tidak berubah, 491 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.63 bilion saham bernilai RM1.82 bilion daripada 1.36 bilion saham bernilai RM1.41 bilion yang diniagakan pada Isnin.

Dalam kalangan kaunter cergas, MAS dan China Stationery naik satu sen setiap satu masing-masing kepada 22 sen dan 13 sen, manakala Xinghe Holdings dan PDZ Holdings meningkat setengah sen setiap satu masing-masing kepada 26 sen dan 16 sen.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB susut satu sen setiap satu masing-masing kepada RM9.81 dan RM7.16, Public Bank meningkat 12 sen kepada RM20.90 dan TNB naik dua sen kepada RM11.72.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 1.33 bilion unit bernilai RM1.74 bilion daripada 1.05 bilion unit bernilai RM1.34 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 242.29 juta saham bernilai RM66.16 juta daripada 230.25 juta saham bernilai RM55.23 juta semalam.

Waran menambah kepada 35.94 juta unit bernilai RM6.98 juta daripada 21.46 juta saham bernilai RM3.01 juta.

Barangan pengguna menyumbang 128.69 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 275.39 juta, pembinaan 40.64 juta, perdagangan dan perkhidmatan 558.94 juta, teknologi 90.26 juta, prasarana 24.91 juta, SPAC 53.03 juta, kewangan 40.51 juta, hotel 6.33 juta, hartanah 91.48 juta, perladangan 10.05 juta, perlombongan 75,100, REITs 8.51 juta dan dana tertutup 26,200. - BERNAMA

Berita Terkini Ganti Akta Hasutan Hapus Usaha Imbang Ekonomi - Mohamad


SHAH ALAM – Cadangan kerajaan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan tiga rang undang-undang baru akan menghapuskan saki-baki usaha mengimbangkan ekonomi antara kaum.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, rang undang-undang yang bakal dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan mengekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang berlaku sekarang.

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.

Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganja
ran pahala kebaikan..

Ini mesej Cantik  
Yang membuat saya malu pada diri saya .

 Adakah anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika kita membawa al-Quran  seperti cara kita membawa telefon bimbit  ...?

 Bagaimana jika kita boleh membawanya di mana sahaja kita pergi;
Di Dalam beg kita  .... atau Poket kita?
 Bagaimana jika kita melihat halaman  beberapa kali sehari   ?

 Bagaimana jika kita kembali  untuk memuat jika dilupakan ?

 Bagaimana jika kita dianggap seolah-olah kita tidak boleh hidup tanpa ia ..?
- Dan benar-benar, kita tidak boleh hidup tanpanya ...!

 Bagaimana jika kita memberikannya kepada anak-anak kita  sebagai hadiah ??

 Bagaimana jika kita membacanya semasa dalam perjalanan       ??
 Bagaimana jika kita menjadikan ia satu keutamaan setiap hari??

Mari kita menjadikan

"Al-Quran  adalah kawan kita yg terbaik   ."
 Hanya 7% akan menghantar semula
mesej ini

 Jadilah kalangan mereka & hantar ke bilangan terbesar yang se banyak mungkin.

 Jangan daripada 93% yang tidak akan berkongsi mesej ....

 Fikirkan  ... Walaupun sekali ... sampaiHari kiamat ... kita akan sedar  di setiap hari membuka mesej daripada rakan-rakan  ...

 Kami berkongsi / dikemukakan jenaka  & gosip  ...

 Tetapi berapa kali kita membuka Al-Quran dan membaca     mesej  dihantar daripada Allah subhaana wa Ta'ala sendiri  

 Jika anda .. rakan-rakan anda  .... dan keluarga    .. , Berkongsi peringatan ini dengan mereka ...!!

 saintifik terbukti:

Mendengar  Quran  mengurangkan kelaziman sel-sel kanser dalam tubuh manusia dan juga memusnahkan mereka.

Dengan  pemanjangan sujud menguatkan memori , dan mencegah strok .

Sujud    membuang caj positif di dalam badan

- Dalam dunia    mana SEGALANYA menggunakan elektrik  dan memberi kesan negatif kepada kita jadi belajarlah dgn kepentingan ini.

 Syaitan    berkata:

"Saya tertanya-tanya bagaimana manusia  dgn tuntutan Cinta  Allah  dan menderhaka kepadaNya, dan tuntutan mereka benci  saya . tetapi mereka taat kepada saya!"

 Akan mengambil 60 saat untuk memberi manfaat kepada orang-orang yang tersayang, menyebarkannya sebagai peringatan.

Amaran  -  

Jangan hantar kemudian.

Hantar sekarang.

Semoga Allah swt memberi muafaat.  geran kejayaan kepada semua orang yang membaca  dan menghantar    .... Aminn ya robal  alamin.

Selamat beramal.

~~JAMBATAN YANG PALING AKU TAKUT~~

-- JAMBATAN PALING PANJANG DAN LAMA UNTUK DILALUI OLEH SEMUA ORANG.

Jambatan titian sirat yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang .

Dibawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya terbentang SYURGA yg luas .

Diceritakan bahawa , untuk merentasi titian mengambil masa 15000 tahun . 5 ribu tahun menaik , 5 ribu tahun mendatar , dan 5 ribu tahun menurun .

# Share la dpt pahala mengingatkan sesama agama ,, tdak kira agama ape .

^^ 7 petala langit , 7 petala bumi , 7 lautan , 7 hari , 7 syurga , 7 neraka , 7 baris surah dalam al-fatihah , 7 bukan nombor sebarangan . :')

Seandainya jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur, sudah pasti kita akan 24 jam di atas sejadah .

Bila kita dah nampak ayat ni , setan hasut " tak payah copy paste la .. buang masa je " .

Masya Allah... ORG YG SYG ALLAH JE YG COPY NIE :Tak smpai 1minit pun .

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

MH370: Adakah kita mencari di tempat yang betul?

Kehilangan penerbangan MH370 Malaysia Airlines telah menjangkau lebih 100 hari sekarang ini dengan nasib yang menimpa pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 krew masih menjadi tanda tanya.

Tanggal Ahad, Jun 15, menandakan genap 100 hari sejak pesawat itu hilang dengan sebahagian besar daripada operasi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Australia kekal bertumpu pada koridor Selatan Lautan Hindi.

Bahagian lautan itu menyaksikan aktiviti rancak di laut dan udara khasnya semasa kemuncak operasi mencari, dengan berpuluh kapal dan kapalterbang mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di bahagian lautan itu.

Setiap serpihan terapung, yang membawa harapan awal yang pesawat itu akan ditemui, dianalisis dan ditentusahkan. Malangnya, kesemua serpihan itu dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan pesawat itu.

Kehilangan pesawat itu terus kekal misteri selepas Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pada 29 Mei lepas menolak kesemua empat kedudukan di mana isyarat akoustik dirakamkan oleh Bluefin-21 sebagai kawasan di mana kemungkinan pesawat itu berada.

Isyarat akoustik yang direkodkan pada 5 dan 8 April pada awalnya dikatakan datang daripada kotak hitam pesawat itu dan memberikan sedikit harapan untuk merungkai apa yang telah berlaku dalam pesawat malang itu. Penerbangan MH370 ke Beijing, China, pada 8 Mac lepas, putus hubungan dengan menara kawalan sejam setelah berlepas.

PENEMUAN DARIPADA DATA MENTAH INMARSAT

Mencari pesawat itu di lautan ketiga terbesar di dunia bukan satu yang mudah. Apa lagi, timbul persoalan sama ada pihak berkuasa mencari di tempat yang betul? Oleh itu, adakah wajar untuk meneruskan dengan pencarian di Selatan Lautan Hindi berdasarkan pada data yang disediakan oleh pemilik dan pengendali satelit, Inmarsat?

Penganalisis CNN bagi Bidang Penerbangan Jeff Wise, yang juga seorang wartawan sains, dalam satu temubual dengan Bernama melalui e-mel memberikan sedikit sebanyak penjelasan akan data yang disediakan oleh Inmarsat berdasarkan pada 'ping' yang dirakam oleh satelit.

Wartawan dari New York, AS, itu membuka bicara dengan berkata, ping elektronik yang diterima satelit, tidak seperti yang sepatutnya, tetapi Inmarsat mengetahui segala-gala mengenai sistem itu.

"Mereka dapat menghuraikan percanggahan yang berlaku kerana orbit satelit itu berubah. Orbit satelit yang berubah ini turut mengubah frekuensi penghantaran isyarat yang menunjukkan pesawat itu berada di hemisfera selatan, dan bukan di hemisfera utara," katanya.

Beliau merujuk kepada artikel beliau, "Where the Missing Plane Went" (Ke Mana Perginya Pesawat Yang Hilang Itu), yang disiarkan pada 'Slate', sebuah majalah online hal-ehwal semasa dan budaya, di mana beliau berkata, dalam kes MH370 peralatan komunikasi satelit diaturcara untuk menganggap satelit Inmarsat mengelilingi bumi pada satu kedudukan kekal di Khatulistiwa.

Bagaimanapun, sebenarnya, berlaku perubahan dalam kedudukan orbit itu. Dalam tempoh pesawat itu hilang, satelit itu berada di Khatulistiwa, pada awalnya bergerak ke utara, dan kemudian ke selatan dengan kelajuannya terus meningkat. Ralat dalam menghitung kedudukan satelit itu menunjukkan sistem elektronik pada kapalterbang itu gagal memperbetulkan kedudukan berdasarkan kepada kelajuannya sendiri," katanya.

MEMAHAMI DATA INMARSAT

Wise berkata, cara mudah untuk memahami ciri data Inmarsat adalah menggunakan analogi seorang lelaki mabuk memandu motobot mengelilingi sebuah kolam and dalam keadaan diselubungi kabus tebal.

Anda berdiri di tepi kolam dan ingin tahu di mana beliau berada. Anda mempunyai sebuah hon kabus, dan setiap kali anda membunyikannya, beliau membalas balik dengan segera menggunakan hon kabus beliau.

Bunyi hon kabus itu menunjukkan dua perkara. Pertamanya, dengan mengetahui kelajuan bunyi dan tempoh masa reaksi lelaki itu, kedudukan beliau boleh ditentukan berdasarkan kepada tempoh yang diambil untuk anda mendengar bunyi hon kabus.

"Anda tidak akan tahu lokasi tepat beliau, tetapi akan tahu dalam lingkungan mana beliau berada. Dalam kes data satelit Inmarsat, ini serupa dengan isyarat ping yang diterima, dengan ping terakir iaitu lingkungan utara dan selatan," jelas beliau.

Menurut Wise lagi, petunjuk kedua daripada hon kabus lelaki itu adalah frekuensi bunyi, yang akan menunjukkan sama ada beliau bergerak menjauhi tebing atau mendekati tebing.

Ini, katanya, adalah apa yang dikenali sebagai Kesan Doppler, fenomena sama yang menyebabkan bunyi semboyan keretapi kedengaran kuat semasa keretapi menghampiri pemerhati tetapi berkurang setelah melepasi pemerhati.

"Jika anda tahu frekuensi asal hon kabus lelaki itu, perbezaan antara frekuensi hon kabus itu dan frekuensi bunyi yang anda dengar akan membolehkan anda menentukan kelajuan bot beliau, dan sama ada beliau bergerak menghampiri atau menjauhi anda, tetapi bukan kelajuan totalnya. Dalam kes MH370, data yang sama dikenali sebagai 'burst frequency offset' (BFO)," jelas beliau.

MENGAPA AKHIRNYA DI SELATAN LAUTAN HINDI?

"Dengan memahami kesemua ini, kita sekarang ini boleh memahami carta BFO, yang pihak berkuasa tidak menyatakan BFO atau pemasaan ping apabila mereka pertama kali mengemukakan laporan data satelit itu pada 25 Mac.

"Pada dasarnya, jika kita menghitung jarak daripada 'timing offset', dan kelajuan segera daripada 'frequency offset', kita mempunyai dua petunjuk yang boleh dipercayai bagaimana pesawat itu bergerak," jelas beliau.

Menurut Wise, selepas sahaja pesawat hilang daripada radar, ralat mengenai kedudukan pesawat akan menyebabkan frekuensi penghantaran isyarat sebuah pesawat yang menghala ke utara menjadi terlalu tinggi, dan selepas itu ralat kelajuan satelit akan menjadikannya terlalu rendah.

Di sebaliknya, kata beliau, dalam tempoh selepas sahaja kapal terbang itu hilang daripada radar, ralat kedudukan (position error) ini akan menyebabkan frekuensi pesawat yang menghala ke selatan menurun terlalu rendah, tetapi ralat kelajuan satelit akan meningkat secara berperingkat.

"Oleh kerana ralat kelajuan satelit terlalu dominan di akhir penerbangan itu, dan oleh kerana ralat itu berubah dengan ketara mengikut ketinggian pesawat itu berada, nilai BFO pada dasarnya menunjukkan di mana pesawat itu berada di sepanjang "lingkungan ping" terakhir apabila penerbangan itu berakhir.

"Dan atas sebab inilah pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja mencari di bahagian lautan itu," tambah beliau.

Oleh itu, dengan data yang sedia ada, dan untuk sementara waktu, koridor Selatan Luatan Hindi merupakan tempat pencarian yang wajar. Sumber

Nasib Rakyat Kelantan Tanah boleh pun tergadai jugak.

Kerajaan PAS tak hirau kerisauan Rakyat Kelantan. Habis tanah sudah diberikan pada Bukan Islam.

Terbaru Kawasan Hutan Simpan seluas 174 Hektar sudah diserahkan Syarikat TJ Natural Sdn Bhd dan 63.5 Ha kepada Ratus Premium Sdn Bhd. Hak ekslusif pada tanah tu selama 60 tahun.

Janji Kerajaan PAS sebelum PRU13 akan jaga Tanah Rakyat tapi nampaknya PAS mungkir janji lagi.

Pru14 #Kelantan Berhijrah

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat