Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, June 17, 2014

Berita Terkini Ganti Akta Hasutan Hapus Usaha Imbang Ekonomi - Mohamad


SHAH ALAM – Cadangan kerajaan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan tiga rang undang-undang baru akan menghapuskan saki-baki usaha mengimbangkan ekonomi antara kaum.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, rang undang-undang yang bakal dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan mengekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang berlaku sekarang.


Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-Undang Harmoni Nasional, Rang Undang-Undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional.

“Sesungguhnya rang undang-undang ini akan hapuskan saki-baki dari usaha mengimbangkan ekonomi antara kaum."

“Ia bukan akan menghasilkan persamaan atau keadilan tapi akan mengekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang terdapat sekarang,” katanya yang dipetik dari tulisan di blognya bertajuk ‘Harmoni dan Kesamarataan’.

Menurutnya, pelaksanaan Rang Undang-Undang Harmoni Nasional akan menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dibentuk untuk mengurangkan jarak perpisahan antara kaum tidak lagi relevan.

“DEB bertujuan kurangkan jarak perpisahan antara kaum dan untuk itu perlu ada diskriminasi untuk satu kaum yang ketinggalan mengejar kaum lain.

“Apabila Rang Undang-Undang Harmoni Nasional diluluskan maka DEB tidak boleh dilaksanakan. Ini bermakna negara akan amalkan meritokrasi iaitu mereka yang mempunyai merit atau kebolehan tertinggi akan dapat segala-galanya,”

Katanya. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengesahkan, Jabatan Peguam Negara sedang meneliti cadangan rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Hasutan.

Satu daripada rang undang-undang tersebut ialah Akta Harmoni yang kini sedang dalam proses draf dan dikemaskinikan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat