TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, April 26, 2015

1MDB Part 1!!! Dokumen membuktikan USD$300 juta didepositkan ke akaun Low Taek Jho?

Laman pendedah maklumat Sarawak Report semalam mendakwa memiliki dokumen yang membuktikan sejumlah USD$330 juta untuk syarikat PetroSaudi International didepositkan ke akaun ahli perniagaan Low Taek Jho.

Dalam satu artikel yang dimuat naik laman itu semalam, Sarawak Report melaporkan pihaknya mempunyai dokumen permohonan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuat permohonan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memindahkan amaun tersebut kepada PetroSaudi.

Menurut Sarawak Report, bagaimanapun, pihaknya mempunyai rekod yang menunjukkan wang berkenaan sebaliknya dipindahkan kepada akaun syarikat milik Low yang dikenali sebagai Good Star Limited.

Sarawak Report turut melaporkan, Bank Negara meluluskan 1MDB menggunakan dana berkenaan untuk syarikat usahasama mereka, 1MDB PetroSaudi Limited untuk membiayai pelaburan yang sedang berjalan di luar negara dalam sektor minyak dan gas.
"Sekarang, penyiasat mendapati sejumlah USD$330 juta lagi, di mana 1MDB menerima kebenaran untuk digunakan oleh PetroSaudi pada Mei 2011 juga terus diberikan kepada Good Star Limited," kata Sarawak Report dalam laporan itu.

Good Star Limited merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Seychelles, namun menjalankan aktiviti korporatnya di Pulau Cayman dan mempunyai akaun bank di Zurich, Switzerland.

Low sebelum ini berulangkali menafikan dirinya mempunyai peranan dalam 1MDB.

"Sarawak Report bagaimanapun sebelum ini sudah pun mendedahkan pengarah PetroSaudi bersetuju 'bertindak bagi pihak' Jho Low dan sejumlah USD1.5 billion sudah dilaburkan kepada PetroSaudi antara September 2009 dan September 2010 dan dipindahkan secara rahsia ke akaun Good Star RBS Coutts di Zurich," kata Sarawak Report.

Laman tersebut berkata BNM memberikan kebenaran selepas ia bertujuan mendapatkan perkongsian global dan strategik dalam sektor tenaga dan mempromosikan pelaburan langsung asing Malaysia.

"Bagaimanapun tidak dinamakan syarikat Good Star dalam permohonan 1MDB, dan juga kebenaran diberikan untuk wang berkenaan disalurkan kepada Good Star," kata Sarawak Report.

Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya tidak akan memaafkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana bertanggungjawab menghilangkan RM42 bilion wang melalui syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata jumlah wang yang hilang itu bukan kecil, malah memberi bayangan ia akan berterusan jika Najib tidak meletakkan jawatan.

"Kita tidak boleh lagi maafkan, kita mesti tumpukan kepada perkara (1MDB) ini.

"Kalau kita tidak hentikan, ia akan terus berlaku," kata Dr Mahathir semasa forum Bicara Negarawan di Kelab K, Taman Melawati, Selangor semalam.

Dr Mahathir berkata tidak mempunyai niat untuk masuk campur dalam pentadbiran Najib, bagaimanapun keadaan memaksanya untuk mengkritik.

"Orang akan kata saya tidak boleh bersetuju dengan sesiapa pun, kata saya mahu jadi perdana menteri selama-lamanya.

"Tetapi isu ini melibatkan berbilion, jadi saya tanya diri sendiri bukan isteri saya tentang hal ini dan saya kata kepada diri saya ini tidak boleh diteruskan. Jadi saya soal mana wang itu, tetapi tidak pernah dijawab. RM1 bilion atau RM2 bilion ok lah, tetapi ini RM42 bilion," katanya.

Turut dipersoalkan Dr Mahathir peranan ahli perniagaan kontroversi, Low yang diberikan sejumlah wang yang besar daripada 1MDB.

"Saya tidak kenal Low ini, tetapi beliau menafikan terlibat dengan 1MDB.

"Tetapi rekod mahkamah di London menunjukkan beliau mempunyai sokongan kerajaan dan 1MDB. Beliau diberikan wang sebanyak RM42 bilion untuk diuruskan, perkara ini tidak boleh berterusan," kata Dr Mahathir.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat