TERIMA KASIH

MTMR

Monday, August 15, 2016

Nota 1MDB.

Kemelut 1MDB kini bertukar menjadi bencana besar bagi kerajaan Malaysia dan mencalar kredibiliti Perdana Menteri Najib Razak.

Nazir Razak dari CIMB tepat apabila mendesak perletakan jawatan lembaga pengarah 1MDB sekiranya mereka mahu mendiamkan diri. Nazir berkata isu 1MDB perlu pantas diselesaikan selepas ia memberi kesan kepada keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Selaku syarikat milik penuh kementerian kewangan, 1MDB perlu bertanggungjawab bagi setiap sen dari hutang mencecah RM42 bilion. Bagaimanapun syarikat tersebut enggan melaksana tanggungjawab masyarakat dan korporat dengan memberi butiran penuh kedudukan kewangannya. Ia meminta kerajaan melakukannya.

Di celah kontroversi yang melanda 1MDB, terdapat beberapa persoalan pokok yang perlu dijawab Najib dan para menteri. Pertama, apa justifikasi bagi penubuhan 1MDB sekiranya tiada bukti urus niaganya melindungi kepentingan dan keselamatan negara?

Kedua, mengapa 1MDB mahu melaksanakan projek janakuasa, pembangunan hartanah mega dan sebagainya sedangkan projek sebegitu boleh dilakukan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pihak swasta?

Ketiga, kerana 1MDB hanya wayang korporat, mengapa kerajaan menyertai urus niaga sedangkan tugasnya mentadbir dan melaksana dasar bagi menyuburkan iklim perniagaan? Kerajaan tidak perlu terlibat dalam urusan perniagaan.

Najib berkata kementerian kewangan yakin akan melaksanakan rancangan pemulihan bagi menyelamatkan 1MDB dan ia mampu mencapai sasarannya. Ironinya, mengapa perlu 1MDB diselamatkan sekiranya ia ditadbir secara berhemah?

Ianya ujian buat kerajaan BN. Reformasi pertama yang perlu dilakukan speaker parlimen ialah membolehkan debat tentang 1MDB diadakan serta melaksana mekanisme bagi mengadili semua GLC yang dilanda krisis.

Sejak pendedahan di dalam Sarawak Report, banyak lagi urus niaga dan kontradiksi berlaku sehingga mustahil kerajaan dapat memandang sepi perkara ini.

Pada Januari, kementerian kewangan berkata 1MDB mendeposit US$1.103 billion (RM3.91 billion) yang diperoleh semula dari akaunnya di Cayman Islands ke cawangan bank Swiss BSI di Singapura. Ditanya mengapa wang tidak dibawa pulang ke Malaysia, CEO 1MDB Arul Kanda berkata ini kerana wang digunakan bagi membayar hutang 1MDB akibat faedah pinjaman.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat