Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, March 31, 2014

Renungan akhir zaman

Assalamualaikum..prasan x bnyk musibah yg x di ingini tlah blaku.
1.jerebu
2.mh370 ilang 
3.bas jatuh gaung kt utara 
4.zina smakin bleluasa 
5.fitnah dajjal smakin truk 
6.hiburan muzik smakin bmaharajalela shingga mnyebabkan ramai kematian 
7.kemarau yg bpanjangan 
8.bumi smakin panas 
9.bumi bpusing smakin laju mngikut kajian nasa yg d kluarkan metro mggu lpas.. 
10.perebutan kuasa antara pmimpin 
11.perang dunia ke 4 smakin hmpir 
12.rmai ulama n org soleh mninggal dunia 
13.printah Allah d ketepikan 
14.Al quran d permainkan 
15.smakin ramai yg xttup aurat n btlanjang 
16.masjid d bina btjuan utk d banggakan 
17.ulama memutar belitkan hadis n Al quran utk kpentingan diri. dan bnyk lg antara kita prasan ataupon tidak akn prkara yg d nyatakan dlm Al quran blaku.. prnah x korg terfikir knape hal sdemikian blaku..

ikut kata ulama mesir n seluruh dunia bile d kaji sbnarnye tanda2 awl kiamat sudah sempurna hanya tggal sberapa je lg..yg pling d tkotkan yg no 7 d mana nasa mmbuat kajian bumi skrg bgerak mngelilingi matahari smakin laju n d jangka 2015 matahari akan terbit mlalui barat..dan bg org bkn islam hal sdemikian di aggap fenomena alam tp bkn bg umat islam..skiranyablaku maka sgala pintu taubat ttutup..

wallahua'lam.....skrg ni cube fikir kt mne kite skrg.....fikir sjenak ye...

#copypaste ..

smpaikanlah kepada semua muslimin dan muslimat di atas muke bumi ini..sesungguhnya kita tidak tahu bilakah pintu hidayah Allah akan berikn kepada seseorang hambaNya..waallahualam..
Kwn2..

ada berita sedih..

Kedutaan malaysia dichina diserang.
Ya Allah selamatkan lah kami..siren amaran da kluar..diorg da ade dpn embassy..

Skrg mcm2 bleh berlaku..
Kwn2 doakan kami di sini........

please pray4malaysianemmbassybeijing

(copy&paste)

China marah anggap msia bersengkongkol dgn AS.

Tlg Ambil iktibar !!!

Akta Pencegah jenayah akan di kuatkuasakan Rabu ini.

KUALA LUMPUR: Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (POCA) akan berkuatkuasa mulai Rabu ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Kerajaan akan mewartakan POCA esok dan berkuatkuasa pada 2 April ini," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat, sebentar tadi.
Pindaan terhadap POCA 1959 itu adalah bagi memerangi dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini menjelaskan POCA bukan satu undang-undang bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menerusi pindaan itu juga tiga profesional mewakili badan kehakiman dari Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi akan dilantik menganggotai Badan Pencegahan Jenayah yang akan dibentuk.

Mengikut pindaan itu, Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) akan dipasang pada anggota badan penjenayah terbabit bagi memudahkan pihak polis melakukan pemantauan.

Sempadan Agama Islam di langar.


Garis sempadan menyentuh agama Islam mula dilanggar, malah ada kalangan bukan Islam semakin 

lantang mencabar perkara berkaitan agama itu melalui ungkapan dan kenyataan bernada mempersendakan syariat dan memperkecilkan aqidah umatnya.

  
Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan dan terbuka seharusnya dihentikan dan dicegah secara tegas kerana ia boleh mencetuskan tragedi buruk dalam negara.

Dua pesawat TUDM sertai pencarian


Dua pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM), C-130 Herculis bersama 49 pegawai dan anggota di hantar ke Australia bagi membantu memaksimumkan Operasi pencarian MH370 di Lautan Hindi.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata langkah ini juga supaya tumpuan dapat diberikan sepenuhnya di sesebuah lokasi dengan segera.

Nik Aziz Menangis Mohon Maaf


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil bergenang air mata pagi ini memohon maaf di atas segala kesilapan yang beliau lakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini.

Nik Aziz memohon maaf itu ketika beliau menyampaikan kuliah subuhnya di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.

Wednesday, March 26, 2014

PAS mewakili Malaysia untuk pembebasan.

Saya suka mencadangkan agar Malaysia menghantar HADI AWANG, MOHAMMAD SABU dan MAHFUZ OMAR ke Mesir untuk berunding dengan Kerajaan Al-Sisi bagi membebaskan semua tahanan Ikhawanul Muslimin kerana PAS sebagai gerakan Islam tersohor di persada antarabangsa dan mempunyai pertalian rapat sebagai wakil IM di Malaysia.

Dengan ini sayugia dicadangkan ada lah menjadi prioriti Pas mengambil tindakan
drastik dalam usaha menyelamatkan pimpinan IM. Saya berkeyakinan penuh bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bersetuju dan merestui apa-apa tindakan PAS sebagai usaha untuk melenyapkan kezaliman dan ianya amat bertepatan dengan anjuran Islam.

Dengan ini saya menyeru agar kita semua memberi kata sokongan di atas usaha yang baik ini.

p/s: Fahami AQIDAH baru kita akan lebih jelas memahami tentang SHARI'AH.

Mutakhir:Perbicaraan saman malu RM60 juta Anwar terhadap Nallakaruppan dibawa ke mahkamah tinggi


PUTRAJAYA: Saman fitnah RM60 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator S Nallakaruppan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan.

Ini berikutan keputusan lima anggota panel Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang sebulat suara membenarkan rayuan Nallakaruppan untuk menempatkan semula pernyataan pembelaannya yang dibatalkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin yang mempengerusikan panel itu berkata ia bukan satu kes yang jelas dan nyata untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan.

Beliau berkata terdapat isu yang boleh dibicarakan dalam pembelaan Nallakaruppan yang perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Zulkefli berkata butiran lanjut yang diminta Anwar bukan merupakan fakta tetapi sebenarnya keterangan yang perlu dikemukakan dalam perbicaraan itu.

Panel berkenaan turut dianggotai hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang mengarahkan Anwar untuk membayar RM20,000 bagi kos perundangan kepada Nallakaruppan.

Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.
Pada 19 Jun, 2012, Mahkamah Tinggi membuat penghakiman liabiliti ke atas Nallakaruppan kerana kenyataan fitnahnya terhadap Anwar selepas membenarkan ketua pembangkang itu membatalkan pernyataan pembelaannya (Nallakaruppan).

Anwar memohon untuk membatalkan pernyataan pembelaan Nallakaruppan kerana beliau mendakwa dia gagal memberikan butiran yang lebih baik dan lebih lanjut mengenai dakwaannya terhadap Anwar seperti yang diarahkan melalui satu perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 28 Ogos 2009.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau kemudiannya memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan dan mendapat kebenaran itu pada Ogos tahun lalu. Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini.

Nallakaruppan diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala R Sivarasa mewakili Anwar.

- BERNAMA

Mahkamah Persekutuan Menolak

PUTRAJAYA 26 Mac - Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi menolak permohonan semakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memadam satu perenggan dalam penghakiman bertulis Mahkamah Persekutuan terdahulu dalam kes liwat melibatkan bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar yang diputuskan sembilan tahun lalu.

Dalam penghakiman bertulis tersebut, tertera beberapa kes yang menyatakan Anwar mempunyai kecenderungan melakukan homoseksual bersama Azizan pada ketika itu. - Rakyat News

Tuesday, March 18, 2014

PBS Keberkesanan untuk murid dan guru

KENYATAAN MEDIA

YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.

Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.

Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.

Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.

Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS:

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.    

Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.

Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

LAMPIRAN 1 DAN 2

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.

Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

LAMPIRAN 3

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.   

Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).  

Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

LAMPIRAN 5

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.

Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

Sunday, March 16, 2014

MH370 Misteri Kehilangan yang belum terungkai

h 16, 2014

Artikel ini sangat menarik , kerana intipatinya kebanyakannya menguraikan beberapa persoalan yang belum terjawab didalam misteri kehilangan MH370. Dan ada diantara intipatinya yang pernah  utarakan didalam ruangan FB .Amat menarik didalam membongkar misteri dan konflik dalaman  yang pada kebanyakan orang biasa  tidak dapat menjawab dalam sudut fakta dan konspirasi.

MH370 Rahsia DOA Masyarakat Dunia.

ermmmmm MUNGKIN LAAAAAAAAAAAAAA
Received by e-mail

1) adakah MAS merahsiakan perbualan antara perisik XXX dengan menara kawalan kepada kerajaan, rakyat malaysia dan seluruh dunia? kenapa nak rahsiakan?? adakah takut sebab kawalan keselamatan terlalu longgar? kenapa setelah sejam lebih pesawat hilang dari radar, tapi mereka masih lagi berkomunikasi dengan pesawat?? apa isi perbualan mereka?? 

2) radar untuk tujuan komersial tidak secanggih seperti untuk tujuan ketenteraan.. maka radar jammer dari pasar gelap sudah memadai untuk "menghilangkan" pesawat dari radar di menar kawalan subang 

3) setelah "menghilangkan" pesawat dari radar, pesawat patah balik untuk ke destinasi XXX (destinasi ini saya tidak pasti di mana), pesawat terus berlegar di ruang udara malaysia, iaitu di kawasan banjaran titiwangsa selama sejam lebih sambil masih lagi "berunding" dengan menara kawalan.. 

4) kenapa pertahanan malaysia tidak dapat kesan pesawat itu ketika berlegar di udara banjaran titiwangsa? kerana di situ pertahanan udara kita paling lemah..

 5) rundingan dengan menara kawalan gagal setelah 2 jam lebih.. perisik XXX putuskan hubungan dengan menara kawalan di subang.. perisik XXX terus menerbangkan pesawat ke lokasi XXX 

6) saya gunakan istilah "perisik" kerana hijacker ini bukannya pengganas, tapi seorang perisik dari negara XXX (antara kuasa besar dunia).. sebab itulah sehingga sekarang tiada pengakuan dan tuntutan di media massa.. semua rundingan adalah secara tertutup antara pemimpin negara kuasa besar.. 

7) ketika pesawat bergerak ke lokasi XXX, perisik tiba-tiba menukar laluan, dan pesawat didapati terbang di selat melaka, menuju ke utara (thailand).. ketika ini, radar pertahanan udara malaysia dapat mengesan kehadiran pesawat asing ini (kerana pertahanan udara malaysia di selat melaka adalah lebih baik dari di pantai timur dan banjaran titiwangsa).. 

8) tetapi pihak pertahanan masih lagi clueless tentang rampasan ini, kerana pihak menara kawalan TIDAK PERNAH MEMAKLUMKAN KEPADA KERAJAAN DAN KEMENTERIAN PERTAHAAN 

9) pesawat terus menuju ke thailand.. thailand dapat tahu dan terus memaklumkan kepada seluruh ketenteraan mereka, termasuk pangkalan udara milik amerika di thailand (lokasi rahsia) 

10) ketika pihak thailand cuba menghubungi pesawat MAS tersebut, perisik XXX cuba menipu dengan mengatakan pesawat mereka tersesat..jet amerika cuba intercept dan tembak pesawat, tetapi perisik XXX cuba berunding dengan amerika dn thailand 

11) ketika rundingan di nanning, kerajaan malaysia TIDAK TAHU MENAHU pasal ini.. rundingan hanyalah melalui negara XXX, YYY, ZZZ dan mungkin beberapa negara lain 

12) pihak MAS baru maklumkan kepada umum pesawat MH370 hilang setelah benar-benar pesawat itu disahkan tidak mendarat di beijing (jam 7 pagi lebih).. kenapa lambat sangat nak sahkan MAS?? kamu ingat perampas itu main-main ke?? 

13) ketika ini barulah kerajaan malaysia maklum dan seluruh dunia gempar dengan berita ini.. akibat kurangnya maklumat dari pihak MAS (pesawat tiba-tiba hilang, tak ada sebarang petanda) maka kerajaan mulakan SAR agak lambat.. 

14) saya tidak pasti sampai bila baru pemimpin negara malaysia dimaklumkan perkara sebenar oleh negara XXX,YYY dan ZZZ.. DS Najib cuma mengikut arahaan dari negara XXX, YYY, dan ZZZ untuk kumpul keluarga mangsa, cari di situ, cari di sini, buat itu buat ini.. tapi rasanya sekarang mereka sudah dimaklumkan.. 

15)TIADA APA-APA YANG BERLAKU DI LAUT CINA SELATAN.. tiada.. semua penemuan kononnya debris, tompokan minyak, claim dari navy negara XYZ kononnya dah jumpa bangkai dll adalah..... saya tidak pasti dan tidak berani nak buat andaian.. yang pasti negara2 kuasa besar dah hantar armada ketenteraan mereka di kawasan yang kononnya tempat pesawat terhempas 

16) malaysia serta negara lain yang "tak tahu apa-apa" meneruskan usaha mencari.. ketenteraan kita BARU PERASAN mereka pernah kesan satu pesawat asing di selat melaka (adakah saya yang ingatkan mereka hahahaha) maka mereka terus membuat pencarian di selat melaka, kerana andaian mereka di situlah kali terakhir malaysia mengesan pesawat itu 

17) ketika jet amerika hampir memintas pesawat MAS di thailand, perisik XXX berunding dengan negara amerika agar "melepaskan" pesawat itu dan memaklumkan pesawat itu adalah pesawat komersial dan mengandugi 200 lebih penumpang 19) amerika bersetuju, mungkin ada yang pelik mengapa USA boleh bersetuju dengan mudah.. ini kerana perisik itu BUKANNYA PENGGANAS tetapi dari negara XXX.. pihak amerika memaklumkan kejadian ini kepada negara XXX, dan negara XXX mengesahkannya..pada mulanya amerika demand pesawat itu mendarat di thailand, tetapi akhirnya terpaksa akur permintaan perisik XXX untuk mendarat di nanning.. kenapa nanning?? saya belum mahu hurai lebih lanjut.. 

18) dipendekkan cerita, ketika mendarat di nanning, sepatutnya pendaratan MH370 di nanning dirahsiakan, tetapi terbocor juga oleh beberapa orang pegawai lapangan terbang yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang pendaratan cemas ini serta MISI RAHSIA negara XXX.. akhirnya cerita pendaratan pesawat MH370 di nanning berjaya diputarbelitkan sebagai hoax 

19) apa isi rundingan?? mengelakkan PERANG DUNIA KETIGA 

20) ketika rundingan, negara XXX mengugut untuk melancarkan perang dunia ketiga seandainya misi mereka ini dibocorkan.. negara YYY, ZZZ dan beberapa negara lain (saya yakin malaysia tidak terlibat dalam rundingan ini) terpaksa bersetuju 

21) jadi, apakah sebenarnya tujuan pesawat itu dihijack?? sebenarnya hijack itu hanyalah backup plan dari perisik XXX seandainya identiti dan operasi beliau berjaya dikesan oleh perisik dari negara lain yang turut sama berada di dalam pesawat tersebut.. semalam saya ada dedahkan salah satu nombor passport perisik iaitu YA3189197, nama pemilik passport ini ialah luigi miraldi, tetapi didapati passport ini adalah passport curi (cepat sungguh negara mereka tutup cerita) 

22) saya ada terbaca berita dari china, di mana ahli keluarga cuba hubungi telefon bimbit salah seorang penumpang pesawat, dan berjaya, tetapi tidak diangkat atau disahut.. ya, memang la, sebab pihak negara XXX lupa nak off henset mamat tu setelah dirampas.. 

23) (imaginasi saya sahaja) - pada mulanya, pihak yang berunding berusaha untuk cari jalan untuk tutup cerita rampasan ini untuk kepentingan bersama.. mereka cuba membawa ahli keluarga terdekat penumpang untuk berunding di satu tempat rahsia (kemungkinan di nanning).. antaranya, mungkin penumpang yang terlibat terpaksa dipalsukan kematian mereka, dan pihak yang berunding akan cuba untuk membuat seolah-olah pesawat itu benar-benar telah terhempas, tetapi banyak kali kantoi.. banyak kali mereka terpaksa trik balik statement.. 

24) insyaAllah, sama-sama kita doakan mereka semua masih hidup Mmg dr awal kes hijack Sebab Ukraine dgn Russia tgh berperang Dlm pesawat tu ada 2 org Ukraine, seorg Russian Pengaruh cina dperlukan russia TERKINI ... Ada beberapa aspek berbangkit dlm isu MH370 ... 1) 2 pasport hilang berprofile tinggi dlm bidang askar/ ketenteraan. 2) 4 org China yg mempunyai kepakaran dlm bidang kimia and biologi expert di dalam pesawat. 3) 27 anak Malaysia yg berada di dalam pesawat adalah dari syarikat motorola yg expert dlm it and communication. 4) Boeing 777 sebelum bertolak ke beijing baru kembali dari Pakistan. 5) Pasport 2 org yg hilang tidak di report pada interpol. 6) Semua negara besar telah menghulurkan bantuan kecuali Russia. 7) Boeing 777 boleh terbang lebih dari 11 jam dan boleh sampai di negara lain kerana perjalanan 777 adalah pada waktu malam yg tidak dpt dijangkau ... 8) ID Patrik Gomez perlu dikaji dgn lebih terperinci. 9) MH 370 telah pun dihijack kerana laut sedalam 3km jika crash signal dca masih dapat dikesan. 10) 4 Bilionair China berada di dalam flight tersebut.

Received by e-mail
 
1) adakah MAS merahsiakan perbualan antara perisik XXX dengan menara kawalan kepada kerajaan, rakyat malaysia dan seluruh dunia? kenapa nak rahsiakan?? adakah takut sebab kawalan keselamatan terlalu longgar? kenapa setelah sejam lebih pesawat hilang dari radar, tapi mereka masih lagi berkomunikasi dengan pesawat?? apa isi perbualan mereka??

MH370: KD Kasturi tunggu arahan lanjut pusat operasi TLDM


Gambar Sekadar Hiasan


KUANTAN: Kapal KD Kasturi milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan terus membantu operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 sehingga menerima arahan selanjutnya daripada Pusat Operasi TLDM.
 
Pegawai Memerintah KD Kasturi Komander Mohd Zaidi Ibrahim berkata semua anak kapal mempunyai motivasi tinggi untuk meneruskan usaha menjejak pesawat itu, yang hilang sejak Sabtu lepas.

Thursday, March 13, 2014

Juruterbang dilapor aktifkan kod tango

Seorang juruterbang berpengalaman mendakwa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Shah telah mengaktifkan isyarat 'tango' 40 minit selepas pesawat itu dikesan hilang dari radar menara kawalan.
Katanya, kod rahsia 'tango' atau 'charlie' hanya diaktifkan apabila berlaku kecemasan seperti rampasan pesawat di udara, lapor Sinar Harian.

Mutakhir: MH370 APMM di hantar ke lokasi penemuan Objek besar.

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) sudah dihantar ke lokasi penemuan objek besar yang dikesan satelit China di Laut China Selatan.

Tun M percaya Anuwar liwat.

Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menuduhnya seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

MH370: Kita masih mengharap dan berharap.

Malaysia terkejut dengan berita kehilangan MH370. Kita mahu mengatakan hal ini tidak mungkin berlaku. Sebuah pesawat Boeing 777-200ER, yang dianggap tercanggih di dunia tidak mungkin hilang begitu sahaja. Kita juga tidak mahu mempercayai bahawa pesawat itu berdepan dengan masalah teknikal, dirampas atau meletup di udara. Semua pandangan negatif itu mahu kita hakiskan daripada fikiran kita.

Satelit China kesan 'tiga objek' disyaki pesawat Malaysia yang hilang

BEIJING: China berkata satelit miliknya mengesan tiga objek besar terapung di kawasan terakhir pesawat MAS 370 dilaporkan terputus hubungan.

Pentadbiran Sains dan Teknologi China pada lewat semalam berkata, satelitnya melihat objek yang disyaki kawasan di mana pesawat hilang' di Laut China Selatan pada 9 Mac lalu dengan imej satelit sedang dianalisis.

Objek yang disyaki dari pesawat itu dikesan di 105.63 darjah longitude Timur dan 6.7 darjah latitude Utara, demikian menurut pusat pentadbiran itu dalam laman webnya.

Ia menambah objek itu bertaburan di kawasan lingkungan 20 kilometre dengan bersaiz 13 x 18 meter, 14 x 19 meter dan 24 x 22 meter. - AFP

Penyelamat Cina jumpa benda terapung.

Pasukan penyelamat China menemui objek terapung di permukaan laut, yang disyaki dari pesawat Malaysia Airlines penerbangan MB370.

Laporan agensi berita Xinhua menyebut, ditemui di satu kedudukan mungkin menjadi lokasi kehilangan pesawat tersebut, pada Sabtu.

Xinhua pagi ini menyiarkan gambar pasukan penyelamat sedang memungut satu objek berwarna oren dari permukaan laut.

Setakat ini belum disahkan sekiranya objek berkenaan dari MH370.

Sejak beberapa hari lalu, beberapa objek yang ditemui didapati bukan dari pesawat tersebut.

Ujian dari satu tompokan minyak yang dijumpai juga mendapati ia bukan dari bahan bakar jet pesawat terbang.

Lapan kakitangan bank disyaki lesap RM300,000


Georgetown: Lapan kakitangan sebuah institusi kewangan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang RM300,000 dari sebuah bilik pemprosesan wang di Bank Negara Malaysia (BNM) Pejabat Wilayah Pulau Pinang, di sini.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 34 tahun termasuk seorang wanita ditahan secara berperingkat di negeri ini sejak kelmarin hingga semalam.

Perbuatan sejak September Sumber memberitahu, mereka dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September lalu sebelum kegiatan terbabit disedari pengurus BNM berkenaan.

Berikutan itu, pengurus BNM berkenaan memaklumkan kepada pengurus institusi kewangan tempat suspek bekerja sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

“Susulan itu, BNM membuat siasatan dalaman dan lapan pekerja institusi kewangan itu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes berkenaan,” kata sumber berkenaan.

Tuesday, March 11, 2014

PRK Kajang hari penamaan Calun bermula.

BANGI: Calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 8.55 pagi diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Monday, March 10, 2014

Malaysia Airlines MH370 Flight Incident

Malaysia Airlines MH370 Flight Incident - 9th Media Statement

It has been more than 48 hours since we lost contact with our flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing.

Despite not being able to establish any positive findings on the whereabouts of the aircraft, Malaysia Airlines has been actively cooperating with the search and rescue authorities coordinated by the Department of Civil Aviation Malaysia (DCA).

DCA has confirmed that search and rescue teams from Australia, China, Thailand, Indonesia, Singapore, Vietnam, Philippines and the United States of America have come forward to assist. We are grateful for these efforts.

Malaysia Airlines' primary focus at this point in time is to care for the families. This means providing them with timely information, travel facilities, accommodation, meals, medical and emotional support. The costs for these are all borne by Malaysia Airlines.

Initial financial assistance has been given out to all families over and above their basic needs.

At least one caregiver is assigned to each family. These caregivers are well-trained staff and volunteers from Malaysia and other organisations.

As of now, there are more than 150 "Go Team" members consisting of senior management and caregivers at Beijing to attend to these families. In Kuala Lumpur, a different group of caregivers are attending to the families’ needs.

Families from other nations apart from China have been arriving at Kuala Lumpur since early yesterday. More are expected to arrive today.

Malaysia Airlines is working closely with the government of China to expedite the issuance of passports for the families as well as with the immigration of Malaysia for their visas into Malaysia.

When the aircraft is located, a Response Coordination Centre (RCC) will be activated within the vicinity to support the needs of the families. This has been communicated specifically to the families.

The airline continues to work with the authorities and we appreciate the help we are receiving from all parties and agencies during this critical and difficult time especially the members of the media.

Malaysia Airlines reiterates that it will continue to be transparent in communicating with the general public via the media in all matters affecting MH370.

Malaysia Airlines is similarly anxious and we appreciate the patience, support and prayers from everyone.

Please note translation for this statement to Chinese language is in progress.

请您理解本声明的中文版本目前正在翻译中。

Sunday, March 9, 2014

Nampak tak perangai Komunisnya.

lagi sekali dia cuba nak main kan sentimen agama ,  belum tahu pucuk pangkal dia dah buat andaian, AHLI PAS  DAH TAK BOLEH PAKAI LAGI SAMPAI STATEMENT BEGINI PUN MEREKA MASEH LAGI NAK SEBELAH kan betina bangsat ini WOOT

Wahhh! this is too much!! aritu dah kena lempang kali ni mintak kaki ke ape??
lagi sekali dia cuba nak main kan sentimen agama , belum tahu pucuk pangkal dia dah buat andaian,
AHLI PAS DAH TAK BOLEH PAKAI LAGI SAMPAI STATEMENT BEGINI PUN MEREKA MASEH LAGI NAK SEBELAH kan betina bangsat ini WOOT.

PRK Permatang PAU menyaksikan rakyat Malaysia bertambah matang.

 PR kecewa dgn Keputusan Mahkamah Rayuan... Bagaimana pula Hak dan Keadilan utk Saiful Azlan Bukhari??? 

Negara Malaysia ini negara berdaulat, mempunyai perlembagaan, undang2 dan sistem kehakiman yg tersendiri. Adalah menjadi tanggungjawab setiap warga negara mempertahankan undang2 negara. Anwar dan MP Pakatan sebagai Ahli Parlimen lebih2 lagi kerana Ahli Parlimen mengangkat sumpah taat setia mempertahankan Perlembagaan Negara.

Saya Amat kesal dengan kenyataan Pemimpin pembangkang terutama Presiden PAS, Haji Hadi Awang, yg tanpa berfikir panjang terus menghentam keputusan Mahkamah Rayuan. HARI HITAM SEJARAH NEGARA KATANYA??? KALAU Anwar menang, baru Hari yg Cemerlang??? Ini seolah2 hanya Anwar sahaja yg berhak di negara ini. 

Adakah ini bermaksud, boleh tak boleh, Mahkamah Perlu, WAJIB memihak kepada Anwar baru Makhamah itu Adil? Bagaimana pulak hak dan keadilan utk Saiful Azlan Bukhari? Di mana kah keadilan dan Hak Rakyat Malaysia, sekiranya trend 'walau apa pun, mesti memenangi' kes kes Pembangkang ini berterusan.

Apakah hak Anak2 Malaysia sekiranya terbukti ada kes terhadap pemimpin2 PR, adakah mesti, WAJIB mahkanah memenangi Pembangkang baru mahkamah itu adil? Adakah PEMBANGKANG ATAU ANWAR BERADA ABOVE THE LAW?

PERLU DIINGAT 61 kali mahkamah ini ditangguhkan. Setiap ruang diberikan kepada Anwar melalui peguam2 antara yg paling baik dinegara ini mewakili beliau. Bukan setahun dua perbicaraan berlangsung, banyak tahun. Saya pasti peguam telah menggunakan sepenuh ruang utk berhujah. MASIH LAGI KAH TIDAK CUKUP?. ATAU HANYA AKAN CUKUP BILA ANWAR MENANG???

Pada saya, hari yg hitam bukan kerana mahkamah menjatuhkan hukuman kepada Anwar, tetapi Hari Hitam dalam sejarah kerana kita mempunyai Pemimpin Pembangkang yg lebih memihak kepada kepentingan parti, daripada menpertahankan perlembagaan dan undang2 Negara, mempertahan hak2 dan keadilan manusia marhein seperti Saiful Azlan Bukhari?? Kalau begini sikat pembangkang, apakah nasib dan hak rakyat jelata?

Kalau begini, senang betul jadi pembangkang, buat salah, salahkan semua orang yg lain. 

Saya merayu hakim2 terus menjalankan tugas dan tanggungjawab without fear and favour, kerana setiap anak dan warganegara Malaysia mempunyai hak yg sama seperti yg termaktub dlm undang negara.

-CuitOrgKayaHajiMenulis...
PR kecewa dgn Keputusan Mahkamah Rayuan... Bagaimana pula Hak dan Keadilan utk Saiful Azlan Bukhari???

Negara Malaysia ini negara berdaulat, mempunyai perlembagaan, undang2 dan sistem kehakiman yg tersendiri. Adalah menjadi tanggungjawab setiap warga negara mempertahankan undang2 negara. Anwar dan MP Pakatan sebagai Ahli Parlimen lebih2 lagi kerana Ahli Parlimen mengangkat sumpah taat setia mempertahankan Perlembagaan Negara.

Misteri kehilangan MH370.

 
 
Pihak berkuasa sedang siasat kemungkinan wujud unsur jenayah berikutan laporan bahawa seorang warga Itali yang disenaraikan dalam penerbangan MH370 tidak pernah menaiki pesawat tersebut.

Thursday, March 6, 2014

PARENTING TIPS 11: TIPS MEMBANGUNKAN ANAK DARI TIDUR

Salah satu daripada masalah besar ibu bapa ialah kesukaran mengejutkan anak dari tidur.

Tips kali ini memberikan contoh secara langsung bagaimana amalan terbaik membangunkan anak dari tidur. Kali ini ia berbentuk video, sebagai memenuhi permintaan ramai yang ingin melihat secara live amalan parenting kami. Maaf kualiti agak rendah sebab ini ...rakaman video lama dan ia adalah kandid, bukan filem/drama.

Polis Maut Ditikam Penjenayah.

Media arus perdana semalam melaporkan berita mengenai seorang anggota polis yang maut ditikam dengan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah warga asing ketika melakukan rondaan di Taman Sentosa, Klang.

Manakala rakan setugas mangsa pula dikatakan nyaris maut setelah dilibas dengan parang di muka dan kepala. Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi, ketika mangsa, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, dan rakan setugasnya, Koperal Mohd. Aidil Mustafa, 29, cuba menahan dua lelaki dan tiga wanita dalam keadaan mencurigakan.

Tuesday, March 4, 2014

Rusia Perkukuhkan kedudukan tenteranya.

Russia perkukuh cengkaman
» Hantar askar tambahan, pesawat tempur ke Crimea

Moscow: Russia mengukuhkan cengkamannya ke atas Crimea semalam apabila semakin ramai askar bergerak memasuki wilayah itu manakala pesawat tentera mula dilihat terbang di ruang udaranya ketika Moscow terus mengingkari perjanjian antara kedua-dua negara, kata pengawal sempadan Ukraine.

Pengawal berkenaan berkata sepanjang tempoh 24 jam lalu, 10 helikopter tempur dan lapan pesawat kargo sudah mendarat di wilayah itu, manakala empat kapal perang Russia berlabuh di Pelabuhan Sevastopol sejak kelmarin.

Monday, March 3, 2014

Serangan Strok Haba banyakkan minum Air.

As salam n greetings to all

Press statement frm DG:

Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal "heat stroke" atau "strok haba" berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya.

Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas di samping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya.

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. - Bernama, 1 Mac, 2014.

Saturday, March 1, 2014

Selamat Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 81.

 Perjuanganmu bukan kerana nama,bukan kerana pangkat,juga bukan kerana mengejar darjat namun, namamu akan tersemat kuat melekat pada setiap jiwa rakyat merdeka,yang sentiasa menghargai perjuangan dan pengorbanamu...KEPADA PERWIRA NEGARA yang gugur di bumi LAHAD DATU,SABAH... krn mempertahankan negara dari penceroboh.... AL-FATIHAH buat mereka.... moga roh2 mereka yang gugur di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..... SALAM TAKZIAH buat keluarga mereka...dan SELAMAT MENYAMBUT HARI TENTERA DARAT MALAYSIA KE 81.
Perjuanganmu bukan kerana nama,bukan kerana pangkat,juga bukan kerana mengejar darjat namun, namamu akan tersemat kuat melekat pada setiap jiwa rakyat merdeka,yang sentiasa menghargai perjuangan dan pengorbanamu...KEPADA PERWIRA NEGARA yang gugur di bumi LAHAD DATU,SABAH... krn mempertahankan negara dari penceroboh.... AL-FATIHAH buat mereka.... moga roh2 mereka yang gugur di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..... SALAM TAKZIAH buat keluarga mereka...dan SELAMAT MENYAMBUT HARI TENTERA DARAT MALAYSIA KE 81.

Lahat Datu Sentiasa di Ingatan. Al-Fatihah.

1 Mac 2014..genap setahun terkorbannya perwira-perwira negara di Lahad Datu.
3 Mac 2014..genap setahun terkorbannya perwira-perwira negara di semporna..

Al Fatihah untuk semua yang terkorban semuga syurga milih semua kerna berkorban untuk pemertahankan negara.

Lahad Datu
(1 Mac 2013)
Terkorban
Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat
Koperal 113088 Sabarudin B. Daud

Semporna
(3 Mac 2013)
Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
ASP Michael, (KCKD Semporna)
Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)
Al-Fatihah
بسم الله الرحمن الرحيم (١)
الحمدلله رب العلمين (٢)
الرحمن الرحيم (٣)
ملك يوم الدين (٤)
اياك نعبد واياك نستعين (٥)
ا هد نا الصر ط المستقيم (٦)
صر ط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم و لا الضا لين (٧)

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat