TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, March 26, 2014

Mutakhir:Perbicaraan saman malu RM60 juta Anwar terhadap Nallakaruppan dibawa ke mahkamah tinggi


PUTRAJAYA: Saman fitnah RM60 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator S Nallakaruppan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan.

Ini berikutan keputusan lima anggota panel Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang sebulat suara membenarkan rayuan Nallakaruppan untuk menempatkan semula pernyataan pembelaannya yang dibatalkan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin yang mempengerusikan panel itu berkata ia bukan satu kes yang jelas dan nyata untuk membatalkan pembelaan Nallakaruppan.

Beliau berkata terdapat isu yang boleh dibicarakan dalam pembelaan Nallakaruppan yang perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Zulkefli berkata butiran lanjut yang diminta Anwar bukan merupakan fakta tetapi sebenarnya keterangan yang perlu dikemukakan dalam perbicaraan itu.

Panel berkenaan turut dianggotai hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang mengarahkan Anwar untuk membayar RM20,000 bagi kos perundangan kepada Nallakaruppan.

Pada 25 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman berhubung kenyataan Nallakaruppan yang didakwa berunsur fitnah dalam artikel bertajuk 'Anwar terima RM60 juta', yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian.
Pada 19 Jun, 2012, Mahkamah Tinggi membuat penghakiman liabiliti ke atas Nallakaruppan kerana kenyataan fitnahnya terhadap Anwar selepas membenarkan ketua pembangkang itu membatalkan pernyataan pembelaannya (Nallakaruppan).

Anwar memohon untuk membatalkan pernyataan pembelaan Nallakaruppan kerana beliau mendakwa dia gagal memberikan butiran yang lebih baik dan lebih lanjut mengenai dakwaannya terhadap Anwar seperti yang diarahkan melalui satu perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 28 Ogos 2009.

Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau kemudiannya memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan dan mendapat kebenaran itu pada Ogos tahun lalu. Mahkamah Persekutuan mendengar rayuannya hari ini.

Nallakaruppan diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala R Sivarasa mewakili Anwar.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat