Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, August 18, 2015

Dua laras senapang di ladang sawit Sungai Tumboh.

SERI ISKANDAR – Dua lelaki ditahan selepas disyaki menyimpan dua laras senapang buatan sendiri dalam satu serbuan di sebuah pondok dalam ladang sawit di Sungai Tumboh, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, bagaimanapun dalam serbuan jam 5 pagi itu, dua lelaki berkenaan yang masing-masing berusia 26 dan 44 tahun mengakui tidak mengetahui kewujudan selaras senapang buatan sendiri
barel 12 bore dan selaras senapang angin di pondok berkenaan.

“Melalui pemeriksaan lanjut di pondok itu, kita turut menemui beberapa barangan kes lain termasuklah 101 butir peluru hidup 12 bore pelbagai jenama, satu tali pinggang peluru dan dua telefon bimbit.

“Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 8 dan 8(a) Akta Senjata api 1960,” katanya.

Mohamad Fakri berkata, polis tidak menolak kemungkinan, pondok berkenaan dibina oleh peneroka di kawasan itu bagi kemudahan bekerja.

"Buat masa ini, kedua-dua suspek akan direman bagi membantu siasatan,” katanya.

20 Ahli Parlimen di Fitnah gulingkan kerajaan???

Harap TPM selaku KDN. Dapat keluarkan nama yang terlibat. Buat kenyataan akhbar.

Ini bermakna 20 Orang Ahli Parlimen tidak terlibat untuk gulingkan kerajaan.

Semua itu tuduhan liar dan berniat jahat.

Puak ni nak pakai terma "guling kerajaan" sebab hukuman "guling kerajaan" adalah melawan/derhaka kepada YDMM dan boleh di hukum mati... Memang jahat betul..

PM Najib Razak perkara ini jangan dibiarkan dan jangan di jadikan lawak jenaka.

Semoga 20 orang yang di tuduh di fitnah mendapat pembelaan sewajarnya. Nama mereka perlu dibersihkan.

Yb Hajah Normala Abdul Samad, semoga Allah melindungi Yb dan sahabat-sahabat Yb yang di Fitnah untuk gulingkan kerajaan.

Satu demi satu UMNO Bahagian bermesyuarat. Langkawi tidak terkecuali.

Sunday, August 16, 2015

UMNO Bahagian Langkawi Usul Percepatkan/Batalkan Penundaan Pemilihan Parti

UMNO Bahagian Langkawi pada Mesyuarat Agung Tahunannya semalam, Sabtu, 15 Ogos 2015, telah meluluskan usul yang mendesak agar pemilihan parti dipercepatkan agar dilangsungkan pada 2016 seperti dijadualkan pada asalnya. Usul tersebut sebagai usaha membatalkan keputusan Majlis Tertinggi UMNO (MKT) tempohari untuk menunda pemilihan tersebut selama 18 bulan ke tahun 2018 yakni selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14).

Usul Politik yang dibentangkan oleh Hj Basri Hashim, AJK Bahagian Langkawi dari Cawangan Bayas pada asalnya hanyalah menyokong tanpa bebelah bagi menyokong kepimpinan parti. Kemudian apabila menyokong usul tersebut, Marwas Aziz, Setiausaha Cawangan Taman Huma telah mencadangkan penambahan kepada usul, mendesak agar pemilihan parti dipercepatkan. Desakan mempercepatkan pemilihan hujahnya adalah berniat menunjukkan keutuhan sokongan akar-umbi terhadap kepimpinan UMNO Bahagian mahupun Kebangsaan.

Walaupun pada awalnya ada pembahas yang menggesa perwakilan menolak cadangan tambahan usul tersebut, suara tersebut ternyata sumbang apabila para perwakilan berderetan untuk menyokong penambahan usul politik agar pemilihan dipercepatkan. Akhirnya, Pengerusi Tetap terpaksa menasihatkan perwakilan yang masih ingin berkongsi pendapat berkenaan usul tersebut membawa hujah mereka ke penangguhan dan usul politik diluluskan sebulat-suara dengan penambahan usul yakni agar pemilihan parti dipercepatkan.

Mesyuarat Agung Bahagian Langkawi telah dirasmikan oleh Datuk Hj Abdul Rahman Dahlan, Ahli MKT UMNO merangkap Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada sebelah pagi. Dalam ucapan perasmian, beliau telah memberi sedikit-sebanyak penerangan kedudukan kerajaan bersabit skandal 1MDB, isu derma politik RM2.6Billion serta rombakan kabinet tempohari.

Namun penjelasan beliau tidak dapat meleraikan kemusykilan perwakilan yang terus meluahkan kegusaran mereka tentang isu-isu tersebut di sesi ucapan penangguhan pada penghujung mesyuarat.

Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak menyebut tentang apa-apa hubungan di antara pemecatan Peguam Negara, TS Abdul Gani Patail dengan usaha mengelak DS Najib dari dicaj tentang apa-apa jenayah dalam ucapannya di Langkawi.

Kubu kuat UMNO Barisan Nasional tersebut baru-baru ini dilanda kontroversi apabila klip rakaman ucapan penangguhan di Mesyuarat Agung Wanita Langkawi yang menyerang integriti Perdana Menteri dan Presiden UMNO, DS Najib menjadi viral ke seluruh negara.

Mesyuarat Agung Pemuda Langkawi pada 7 Ogos 2015 pula telah meluluskan Usul Politik yang menyarankan DS Najib bercuti rehat sementara isu-isu seperti 1MDB disiasat sehingga selesai demi kebaikan parti.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat