Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, August 31, 2016

MERDEKA KU SEMAI BAKTI DEMI MU MALAYSIA.

BERSATU SELAMATKAN MALAYSIA

Hari ini genap 59 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Daripada sebuah negara bekas tanah jajahan yang miskin, Malaysia telah berjaya menjadi sebuah negara yang pesat membangun. Untuk selama beberapa dekad, Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai model sebuah negara membangun yang aman, stabil dan maju.

Namun, kini Malaysia berhadapan dengan suatu bencana yang amat membimbangkan. Ekonomi negara sedang menuju krisis. Rakyat bergelut dengan masalah ekonomi yang kian meruncing. Harga barangan keperluan harian semakin mahal, kos sara hidup kian meningkat, harga rumah terlalu mahal, pekebun kecil menderitai kemiskinan kerana kejatuhan harga getah dan kelapa sawit, peniaga gulung tikar, pekerja hilang pekerjaan dan mata pencarian, orang muda tiada pekerjaan, ibubapa terbeban dengan kos pendidikan anak-anak yang semakin meningkat, pelajar universiti tidak mendapat biasiswa kerana sumber kewangan kerajaan semakin terhad dan banyak lagi masalah lain yang dideritai oleh rakyat.

Tatkala rakyat sedang dihimpit oleh masalah kehidupan yang semakin rumit, khazanah negara tidak diurus dengan telus. Salah guna kuasa dan penyelewengan berleluasa. Aset dan wang negara dicuri dan dibelanja secara boros.

Malah, Perdana Menteri yang diamanahkan untuk menjaga khazanah negara dan membela kebajikan rakyat mencuri duit rakyat tanpa rasa bersalah walau sedikitpun. Beliau dan konco-konconya hidup mewah sedang rakyat menanggung beban. Malah, institusi-institusi penting negara dicabul dan kuasa yang ada di tangannya digunakan dengan angkuh semata-mata untuk menyelamatkan dirinya.

Apa yang berlaku di negara kita pada ketika ini bukanlah sesuatu yang didambakan oleh rakyat. Apa yang rakyat Malaysia mahu? Mereka mahu kenaikan harga barangan keperluan harian dibendung, pekerjaan dengan pendapatan yang mencukupi dan setimpal dengan kenaikan kos sara hidup, peluang-peluang pekerjaan baharu diwujudkan, tiada kutipan cukai yang membebankan, keselamatan diri dan keluarga terjamin, gejala rasuah diperangi habis-habisan, kemiskinan dihapuskan, kualiti pendidikan ditambah baik, kebebasan rakyat dipelihara, dan atas segalanya, mereka mahukan sebuah kerajaan yang jujur, amanah dan berintegriti.

Namun, apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan harapan rakyat. Ekonomi negara tidak diurus dengan baik, kebajikan rakyat tidak terbela dan kerajaan  dipimpin oleh seorang yang khianat dan pecah amanah. 

Saya bimbang negara kita lambat laun akan terjerumus ke dalam gaung kemusnahan dan kegagalan sekiranya keadaan ini berterusan. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal dengan khazanah negara dirompak dan segala institusi kerajaan tidak lagi dapat bertungsi dengan baik kerana dirosakkan oleh pemimpin yang hanya mahu menyelamatkan dirinya sahaja, bukan membela kebajikan rakyat dan memelihara kepentingan negara. Ini adalah satu bencana besar yang kita tidak pernah terfikir akan menimpa Malaysia.

Sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka dan cintakan negara, kita mahu Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara yang bermaruah dan dihormati oleh dunia. Justeru adalah menjadi hak dan kewajipan kita semua sebagai rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk bersatu hati mengharungi cabaran getir ini secara bersama dan bangkit menyelamatkan Malaysia, tanah air kita yang tercinta.

Marilah kita bersatu selamatkan Malaysia dan bina masa depan yang lebih baik untuk semua.

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-59.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Tuesday, August 23, 2016

Wisma Putra akan dihubungi bagi memanggil MO1 sebagai saksi utama?

NAMA NAJIB RAZAK DISEBUT SECARA RASMI sebagai #MalaysianOfficial1
oleh Timbalan Pengarah FBI !!!!!!

Hari ini bermulalah detik hitam bagi MO1 apabila sebanyak 53 organisasi media antarabangsa yg telah membuat liputan besar-besaran mengenai kes perbicaraan saman sivil DOJ terhadap syarikat 1MDB, Antara yang dipanggil untuk membela diri termasuklah Riza Aziz anak tiri kepada Malaysian Official 1 (Najib Razak) dan Jho Low.

(23/08/16) Media ABC yang berpusat di Sydney melaporkan bahawa Timbalan Pengarah FBI Mr. Andrew Mccabe yang menamakan #MalaysianOffial1 ialah Najib Razak turut akan dipanggil juga sebagai saksi utama dan sekali lagi DOJ akan menetapkan tarikh yang sesuai bagi menghantar surat rasmi kepada wisma putra.

#saveMalaysia
#beranikeranabenar

Tuesday, August 16, 2016

GAS Ammonia bocor di loji Petronas Chemical Sabah.

2 maut manakala 3 cedera dalam insiden kebocoran gas ammonia di loji Petronas Chemical Fertiliser Sabah Sdn Bhd PCFSSB di Sipitang Sabah.

Kejadian berlaku 9.30 pagi tadi.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan media oleh Petronas Chemicals Group Berhad PCG.

Susulan kejadian, pasukan tindakan kecemasan Petronas telah diaktifkan dan berjaya mengawal situasi.

2 yang maut dan 3 yang cedera dalam insiden itu adalah kontraktor Petronas.

Namun identiti mereka tidak didedahkan.

Mereka yang cedera sudah diberikan rawatan perubatan.

Menurut PCG, insiden itu tidak mendatangkan ancaman kepada alam sekitar dan orang ramai di kawasan berhampiran.

Siasatan untuk mengenal pasti punca kebocoran gas Ammonia itu sedang dilakukan.

Sunday, August 14, 2016

Aku yang bertanya? Wajib!!!

Aku nak tanya. Awak awek ahli UMNO atau Pangkah UMNO?

Awak awek pernah dapat surat jemputan Mesyuarat atau dibagitahu untuk datang Mesyuarat ? Ada kan?

Aku pernah dapat surat bagi tahu Mesyuarat AJK UMNO tapi tarikh tu dah lepas. Jemput sekali lagi memang awal surat. Sekali dalam mesyurat tersebut bincang dan maklumkan nama di gugurkan kerana tidak datang mesyuarat tiga kali.

Perhhhh!!! Ingat aku nak sangat ke jawatan tu. Tapi sekadar mengimbau kisah silam permainan Politik.

Tetapi aku tetap pangkah keris atau dacing. Tetapi kali ini aku kena BERSATU Selamatkan Malaysia.

Setakat aku seorang mana mungkin UMNO di Pekan boleh kecundang. Orang Felda ramai lagi kat sana.

Aku seorang bersatu mana mungkin BN kalah di Malaysia.

Untuk memulakan kejayaan bermula dengan yang satu.

Jangan kecam aku, aku tidak kecam UMNO. Aku sokong awak awek sayangkan UMNO. Tetapi bukan aku tak sayangkan UMNO. Orang UMNO yang tak sayangkan UMNO.

UMNO lahir di Istana Johor. Mana mungkin aku tak sayangkan Johor. Dalam kita berjuang biar terima perbezaan bukan bermusuh.

BERSATU lahir kerana apa? Kerana peluang bercakap demi kebenaran demi negara tercinta disekat.

Kerana sekandal 1MDB negara kacau bilau. Pemecatan sama sini berlaku. Kalau pemimpin yang bijak pilihan terbaik adalah selesaikan dahulu ISU 1MDB. Jika benar mereka-mereka yang bercakap berkenaan 1MDB adalah Fitnah maka gugurkanlah mereka. Pecatlah mereka. Pindahkanlah mereka. Tetapi perkara tersebut berlaku sebaliknya.

Mengapa perkara tersebut berlaku. Nampak seolah-olah tidak mahu membongkar kebenaran. Kebenaran yang mahu disembunyikan atau mahu disorok dari rakyat.

Akhirnya DOJ  mendedahkan wang dari Syarikat 1MDB disalah gunakan dari tujuan asal telah masuk ke negara mereka.

Aliran wang tersebut telah merentasi tiga benua mengikut lapuran yang di terima. Beberapa negara telah membekukan aset bersumberkan dari 1MDB.

Terdapat lapuran acc dari Virginia melalui bank di Singapura dan masuk ke Malaysia. Perkara ini semua orang tahu. Dunia luar juga tahu. Adakah kita masih mahu mengatakan 1MDB di Fitnah oleh orang-orang yang sakit hati dengan kejayaan Malaysia? Tolonglah jangan mabuk sebelum minum ketum!!!

Adakah bunga faedah hutang yang perlu dibayar sebanyak 2.7 billion setahun dari Syarikat 1MDB juga merupakan Fitnah?

Kutipan GST 30 billion setahun merupakan pendapatan negara. Tetapi kerana penipuan dan ditipu negara terpaksa membayar faedah sebanyak 2.7billion setahun. Bagi saya tidak adil kepada negara dan rakyat Malaysia. Penyangak tersebut mesti dibawa ke muka pengadilan.

Friday, August 12, 2016

Bank Negara akan bekerjasama dengan badan-badan lain yang meneliti dakwa terhadap1MDB?

Bank Negara tidak akan membuka semula siasatan terhadap 1MDB susulan dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) bahawa lebih AS$3.5 juga wang telah “dicuri “ daripada syarikat itu.

Gabenornya Datuk Muhammad Ibrahim berkata bank pusat sudah mengambil tindakan yang perlu terhadap 1MDB.

“Kita sudah selesaikan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan maklumat dan kertas siasatan.

“Kita sudah kenakan denda kepada syarikat itu, kita sudah ambil semua tindakan yang diamanahkan ke atas kita oleh undang-undang dan kita sudah tutup siasatan itu,” kata Muhammad dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata Bank Negara akan bekerjasama dengan badan siasatan lain yang meneliti dakwaan-dakwaan terhadap 1MDB.

Thursday, August 11, 2016

Tun Musa Hitam persoalkan perlantikkan Individu terpalit tuduhan rasuah bagi mengetuai Felda?

Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diasaskan Tun Abdul Razak kini hanya dijadikan alat oleh anaknya Datuk Seri Najib Razak bagi meraih undi Melayu luar bandar.

Dalam buku terbaharunya “Frankly Speaking”, Musa turut mempersoalkan pelantikan individu yang terpalit dengan tuduhan rasuah bagi mengetuai Felda.

Musa, yang pernah mempengerusikan Felda, berkata Najib menjadikan Felda sebuah syarikat yang disenaraikan dengan harapan dapat meraih sokongan pengundi luar bandar melalui tawaran saham.

“Perkiraan politiknya mudah. Sekiranya Najib menggunakan Felda mendapatkan sokongan Melayu, peluangnya kekal berkuasa adalah baik. Malangnya, Felda kini menjadi masalah serius kepada kerajaan,” katanya, yang menjelaskan nilai saham Felda jatuh daripada RM5.39 pada Jun 2012 kepada RM1.54 setakat Mac tahun ini.

Katanya walaupun harga kelapa sawit sedunia memainkan peranan dalam kejatuhan nilai saham Felda, ia turut dilanda masalah salah urus dan rasuah.

Dalam buku setebal 443 muka surat itu, Musa turut mempersoalkan kriteria pelantikan jawatan tertinggi Felda.

“Felda kini ditadbir seorang pemimpin kanan Umno yang pernah digantung keahlian Umno selama tiga tahun kerana mengamalkan politik wang,” kata Musa, dipercayai merujuk bekas naib presiden Umno Tan Sri Isa Abdul Samad, yang dilantik pengerusi Felda pada 2010, dua tahun selepas tamat tempoh penggantungannya.

Tun M: Kebebasan ala Najib!!!

Tun M menulis dari dalam hospital. Tulisan ini adalah terjemahan dari artikel ini http://chedet.cc/?p=2208

KEBEBASAN ALA NAJIB

1.Najib memberitahu penonton belaannya bahawa saya mahu dia melakukan sesuatu mengikut telunjuk saya. Mungkin begitu walaupun saya tidak fikir ianya benar.

2.Tetapi jika dia mahu melakukan sesuatu dengan caranya tersendiri, seharusnya hendaklah sesuatu itu adalah yang terbaik untuk negara. Mempromosikan rasuah adalah tidak baik untuk negara mahupun sesiapa.

3.Memiliki 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi juga tidak baik. Tidak ada Perdana Menteri Malaysia perlu memiliki jumlah wang Ringgit sebegitu di dalam akaun peribadi.

4.Dan sekarang pula tentang kesetiaan kepada institusi Presiden UMNO.

5. Jadi, apa pula selepas ini? Mungkinkah Presiden seumur hidup?

6. Dan selepas itu. Adanya pula dinasti. Mungkin juga Putera Mahkota. Tetapi dengan panggilan Timbalan Presiden. Dan mesti datang dari susur galur keluarga, termasuk isterinya.

7. Di zaman saya, saya dicabar. Tengku Razaleigh bertanding mencabar saya. Juga Musa Hitam. Empat daripada Menteri Kabinet saya menyokong pencabar saya. Saya tidak meminta mereka untuk setia kepada saya sebagai Presiden parti ketika itu.

8. Mereka kalah. Tetapi Menteri-Menteri terus menyambung tugas mereka sebagai Menteri. Salah seorang dari mereka telahpun menjadi Perdana Menteri.

9. Mereka tidak dan saya tidak mengharapkan mereka untuk menganggap saya sebagai institusi yang tidak boleh dicabar.

10. Ah! Adakah saya mempromosi anak saya sendiri? Tidak di zaman saya. Tidak pula semasa saya memegang puncak kuasa.

11. Tetapi apabila beliau melawan pertarungan secara sendirian, apakah saya perlu untuk menentang beliau? Jika beliau menang, maka menanglah. Jika kalah bukanlah saya penyebabnya. Beliau telahpun kalah ketika berpegang kepada prinsip yang sama seperti saya.

12. Saya sudah tua. Alhamdulillah, saya tidak nyanyuk. Saya dengan bangga menerima debat terbuka dengan Najib secara langsung di hadapan hadirin atau siaran langsung di TV.

13. Debat mestilah tentang mentadbir sebuah negara.

14. Saya mungkin kalah. Tunai mesti akan menang. Terpulang kepada rakyat Malaysia untuk menilai. Bukan TV3 atau NST atau penyokong saya.

15. Saya menulis dari hospital. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan pesanan agar saya segera sembuh.

16. Pesanan yang diberikan boleh membantu tetapi dengan memohon untuk menyertai parti baru adalah lebih baik.

Selamatkan Malaysia!

Tuesday, August 9, 2016

Kemaskini Fakta sekilas Info 1MDB?

Boleh kemas.

1MDB dikatakan diirihati oleh kroni yang sakit hati membesarkan tembolok yang pernah memerintah 22 tahun negara?

Hakikatnya Sekilas fakta yang nampak terkepit-kepit bercakap mengenai fakta ke longkang.

Kononnya 1MDB beli IPP dapat kurangkan harga letrik 1 SEN. Harap beli lah sekali jabatan Air negara.

Hakikatnya 1MDB sudah jual IPP kepada negara Cina.

kononnya perbelanjaan PRU 13  dari sumbangan Arab Saudi RM 2.6 b. DAP juga katanya dapat sumbangan Politik RM1.5 b yang tidak jelas sumbernya.

Pada aku kalau dua-dua parti tersebut terima sumbangan dana Politik dari luar negara. Kena siasat adakah kedua-dua dana tersebut masuk ke acc peribadi Presiden masing-masing?

Seperkara lagi di ceritakan 1MDB bermodalkan 2 billion? Ini fakta atau auta rakyat pun nak tahu dari mana sumber 2 billion tersebut?

1MDB Perdana Menteri suruh buat Audit. Lapuran Audit di OSA kan? Adakah lapuran Audit 1MDB boleh mengancam keselamatan negara?

4 Ogos Arul Kandasamy buat penerangan 1MDB?

Sunday, August 7, 2016

Jabatan keadilan jejak dalang melalui banyak “cut-outs” kepada putera Arab Saudi, yang kemudian menghantar wang itu kepada Najib.

Pemfailan Jabatan Keadilan juga menyebut, banyak wang mengalir kepada Malaysia Official 1, yang menerima ratusan juta dolar daripada 1MDB ke dalam akaun peribadinya.

Kerajaan AS telah menjejak aliran wang-wang itu. Ia melalui banyak “cut-outs” kepada putera Arab Saudi, yang kemuydian menghantar wang itu kepada Najib.

Mungkin ini akan menjelaskan dakwaan kerajaan Malaysia bahawa wang itu datang daripada seorang putera Arab Saudi. Akhirnya, ya, ini betul.

Dia seorang putera, satu daripada ribuan putera-putera di Arab Saudi.

Tetapi menurut Jabatan Keadilan AS, wang itu – wang curi yang Malaysian Official 1 terima dalam akaun peribadinya daripada putera itu – sebenarnya berpunca daripada 1MDB.

Ini yang kerajaan AS – Jabatan Keadilan, FBI dan Perkhidmatan Hasil Dalaman – simpulkan. Dan ini apa yang membuatkan mereka berani bersuara keapda awam, tidak kira apa kesannya terhadap hubungan AS-Malaysia.

Ini bukanlah pengakhiran. Kerajaan AS meneruskan siasatan jenayah terhadap pengubahan wang haram, penipuan ‘wire’ dan halangan pada proses keadilan.

Saya pasti sudah tentu akan ada pendakwaan jenayah di masa depan terhadap individu-individu secara khusus, bermula dengan “Aziz” dan “Jho Low”.

Buat masa ini, “Malaysian Official 1” akan dinamakan sebagai “dalang bersama konspirasi yang dituduh” pada masa depan.

BERKENAAN TAWARAN DARI MENTERI BELIA DAN SUKAN, KHAIRY JAMALUDDIN DAN APA YANG TELAH SAYA TUNJUKKAN KEPADA BELIAU

Sepertimana yang kebanyakan anda dengar, baru-baru ini saya telah diberi taklimat mengenai FAM oleh YB Khairy Jamaludin dan Datuk Seri Norza. Antara topik yang diperbincangkan adalah berkenaan untuk melantik saya sebagai Pengerusi Pasukan Kebangsaan, ketua kongres FMLLP, dan jawatan Presiden FAM.

Walaubagaimanapun, saya mempunyai cadangan saya tersendiri dan saya ingin berkongsikannya dengan penyokong bolasepak tanahair semua yang berhak tahu.

1. Presiden FAM tidak sepatutnya datang dari golongan keluarga diraja, dan juga mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian. Beliau juga mestilah seorang yang neutral kepada semua negeri dan kelab-kelab yang mengambil bahagian.

Ini bertujuan untuk mengelakkan rasuah dan berlakunya sikap pilih kasih.

2. Pengadil mesti mempunyai sebuah Persatuan pengadil yang bebas dan dibiayai oleh kerajaan supaya mereka juga akan dibayar gaji seperti persatuan pengadil di luar negara. Ini adalah untuk menghapuskan sebarang bentuk pilih kasih dan mengelakkan berlakunya campur tangan secara halus daripada pegawai-pegawai tertinggi FAM yang akan mempengaruhi mereka.

3. Presiden dan ahli Exco yang sedia ada mesti digugurkan. Ahli-ahli Exco baru pula perlu terdiri daripada mereka yang berupaya untuk menyumbang dan bekerja demi kepentingan bola sepak negara. Jika mereka tidak mampu, maka mereka perlu berundur dan memberi laluan kepada orang-orang yang berkebolehan.

4. Ketelusan FAM dalam perancangan mereka amat diperlukan dan penyokong mesti dibenarkan sekali-sekala untuk memberi persoalan dan pertanyaan kepada FAM. Penyokong berhak untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dalam FAM dan  segala matlamat serta hala tuju FAM untuk masa-masa akan datang.

5. Untuk Pasukan Kebangsaan, kita perlu menggunakan khidmat jurulatih luar. Jurulatih dengan latar belakang, pencapaian dan rekod prestasi yang baik. Beliau juga perlu mempunyai pengalaman sebagai jurulatih kelab atau pasukan kebangsaan. Jurulatih tersebut mesti dibenarkan untuk membawa pasukannya sendiri dan melaksanakan apa jua yang telah dirancangkannya. Paling penting, beliau mesti diberikan masa untuk membuat perubahan. FAM tidak begitu berkembang sejak 30 tahun yang lalu dan saya percaya kita perlu berikan masa secukupnya dan ruang yang diperlukan oleh jurulatih baru tersebut.

6. Mesyuarat Exco perlu diadakan dan dilakukan secara penggiliran di setiap negeri dalam negara ini.

7. Semua pasukan yang bertanding perlu mempunyai program akar umbi, stadium dan pusat latihan sendiri yang akan diusahakan oleh kelab.

Baru-baru ini YB Khairy telah mencadangkan agar saya mengambil alih jawatan Presiden FAM. Saya tidak bersetuju untuk menjadi Presiden FAM kerana saya sudah mempunyai JDT. Akan ada konflik kepentingan kerana saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya. Seperti yang saya nyatakan berpuluh-puluh kali sebelum ini, kita perlu mencari seseorang yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian.

Berkenaan tawaran Pengerusi Pasukan Kebangsaan dan Ketua Kongres untuk FMLLP yang akan dipertimbangkan, saya akan menanti pertemuan sekali lagi dengan YB Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Norza sebelum membuat sebarang keputusan. YB Khairy Jamaluddin telah memberikan formula beliau, dan saya telah membentangkan pandangan  saya untuk maklumat penyokong semua.

Kepada semua penyokong bola sepak di seluruh negara, tindakan saya membuktikan bahawa dua perkara yang sememangnya merupakan fakta. Pertama, saya bukan seseorang yang mementingkan diri sendiri, pemanipulasi, dan terbabit dalam gejala rasuah, kerana jika saya adalah sedemikian rupa, saya pasti akan menerima tawaran untuk menjadi presiden sekarang ini. Kedua, FAM dikawal oleh sekumpulan individu dan sistem yang mengawal bola sepak Malaysia dengan budaya mementingkan diri sendiri. Tidak ada seorang pun yang dapat mengubah FAM selama lebih dari 30 tahun. Kemudiannya pada suatu hari, seorang pemuda yang begitu sayangkan bola sepak telah datang dan mengambil alih pentadbiran pasukan negeri yang dicintainya. Seorang lelaki yang menyedari bahawa satu-satunya cara untuk mengubah bola sepak malaysia adalah dengan mengubah keseluruhan sistem.

Lelaki muda ini terpaksa berjuang dengan sistem FAM, ahli politik, penyokong bola sepak Malaysia yang jahil, media dan laman sosial, serta orang-orang yang hanya tahu bercakap tetapi enggan menukar sistem. Hari ini, Exco bersetuju untuk bersara bersama-sama dengan Presiden. Pilihan raya akan diadakan dan muka baru akan dipilih untuk mengendalikan bola sepak Malaysia. Kepakaran luar akan dibawa masuk untuk menambah baik sistem sedia ada dan hari ini saya dengan perasaan bangga ingin menyatakan bahawa lelaki muda tersebut yang benar-benar sayangkan bola sepak dengan impian besarnya dan pernah juga digelar "budak mentah", telah mengalahkan rejim 30 tahun FAM. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, saya akan memusnahkan apa yang mereka bina dari awal dan membina semula ianya dengan lebih baik (Walaubagaimanapun, saya mendapat idea ini dari sebuah organisasi rahsia, bukan dari filem X-Men. Haha...).

Dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas 'Latihan Operasi Hitam' di Luar Negara yang telah menjadikan saya seorang lelaki sepertimana saya hari ini. Kepada penyokong bola sepak Malaysia, ia merupakan satu penghormatan melakukan perkara ini untuk anda... Terima Kasih.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-----

REGARDING THE OFFER BY SPORTS AND YOUTH MINISTER KHAIRY JAMALUDDIN AND WHAT I HAVE PRESENTED TO HIM

As many of you have heard, I've recently been given approached by YB Khairy Jamaludin and Datuk Seri Norza regarding FAM. Among the topics discussed was, chairman of the National Team, the congress head of FMLLP, and the Presidency of FAM. Datuk Seri Norza mentioned to me that he would like me to be hands on all of them.

Well I had my own suggestions and I would like to share them with all of you.

1. The FAM President should not have come from Royal Family, must have no affiliation with any state FAs or participating clubs. He must also be someone who is neutral to all states and participating clubs.

This is purely to avoid corruption and favoritism.

2. The referees must have Referes Assiciation from an independent body, funded by the government so that they will be well paid as referees overseas. This is to eradicate any form of favoritism and avoid any hidden hands from top FAM officials influencing them.

3. The President and existing exco members must go. The new exco members must be able to contribute and work in the best interest of football. If they can't, then they should step down and make way for those who can.

4. FAM must be very transparent in their plans and fans must be allowed to address their questions and queries to FAM once in a while. The fans deserve to know what is going on in FAM and be kept in the loop on the aims and direction FAM is heading towards.

5. As for the National Team, we need to employ a foreign coach. A coach with good background, achievements and track record. He must also have the experience in coaching a club or national team. The coach must be allowed to bring his own team and implement whatever he has planned. Most importantly, he must be given time to make these changes. FAM has not progressed much over the last 30years and I believe it's only right for us to give any new coach the appropriate space and time they need.

6.  The exco meetings must be held and rotated in every state in the country.

7. 7. All teams must have its own stadium and training center that will be maintain by the club.

Lately YB Khairy has proposed that I take up the job as FAM President. I do not agree to me being the President of FAM because I have JDT. There will be a conflict of interest as I will be biased towards my state. As I've mentioned earlier, we need to find someone who's not affiliated to any state FAs or participating clubs.

As far as the offer for Chairman or advisor of the National Team and the Head of Congress for FMLLP is concerned, I will wait to meet YB Khairy Jamaluddin and Datuk Seri Norza again before making my decision. YB Khairy Jamaluddin has given me his formula, and I'v e presented mine. Thus, I will have to discuss with him further on these matters.

For football fans across the nation, my action proves that two things which are facts. 1 is I'm not selfish, manipulative, and corrupt, because if I was I would have already accepted the offer to be the president by now. Secondly, FAM is controlled by a group of people and a system that controls Malaysian football with corruption. No one was able to change FAM for 30 over years. Then 1 day a young man who loves football came along and took over his beloved state team. A man who realised that the only way to change malaysian football was to change the system.

This young man had to fight with the FAM's system, politicians, Malaysian ignorant football fans, media and social media, as well as people who only knew how to talk but refuse to change the system. Today the exco have agreed to retire together with the president. New elections and new faces will be handling Malaysian football. Foreign expertise will be brought in to improve the system and today I'm proud to say that that young man who genuinely loves football with big dreams and was once even called "budak mentah" defeated the 30 years regime of FAM. I have said it before, I will destroy what they build from inside and build a better one (By the way, I got that from a secret society not from the movie X-Men Haha.. ).

Anyway I would like to thank my black ops training for making me the man I am today. To malaysian football fans, it's been an honour doing you this favour... You're welcome.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Tuesday, August 2, 2016

1MDB : Sekandal 1MDB menghampiri penghujungnya?

Ulasan rentetan 1MDB?

1. 1MDB ditubuhkan dengan tujuan murni. Mengumpulkan kekayaan untuk diagihkan kepada rakyat Malaysia.

2. 1MDB hanya mempunyai Geran 1 Juta jaminan kerajaan. Menurut apa yang diterangkan oleh pihak kerajaan.

3. 1MDB terpalit dengan beberapa sekandal yang melibatkan Penasihat 1MDB Perdana Menteri, Menteri Kewangan 1.

4. 1MDB juga dari segi aliran kewangan yang merentasi benua menarik perhatian untuk pihak berkuasa antarabangsa menyiasat dan membekukan aset dan acc yang berhubung kait dengan 1MDB.

5. 1MDB juga di mana aliran kewangan ada dikaitkan dengan kemasukkan ke acc Najib Razak.

6. 1MDB mempunyai hutang sebanyak 50 billion setakat Jan 2016 menurut sumber.

7. Perdana Menteri mengaku menerima RM 2.6 billion sebagai derma. Akhirnya baki RM 2.03 billion telah di kembalikan. TPM baru mengesahkan wang tersebut telah dipulangkan. AG baru mengarahkan SPRM tutup siasatan.

8. Rakyat Malaysia terutamanya dari parti pembangkang mendesak kerajaan telus dalam membuat siasatan 1MDB. Hanya segelintir rakyat dari UMNO menyatakan pendirian berkenaan sekandal 1MDB. Mereka mengharapkan badan-badan berkuasa untuk menegakkan kebenaran agar kepentingan negara dapat ditegakkan.

9. Pada 20hb Julai 2016. DOJ mendedahkan dengan saman sivil terhadap beberapa nama nama yang disenarailan bagi membekukan aset-aset yang dipercayai bersumberkan penyelewangan 1MDB.

10. 1MDB sekandal amat memalukan dan merosakkan nama baik negara Malaysia. Kepercayaan pelabur-pelabur luar negara boleh terhakis jika perkara ini tidak diselesaikan dengan berkesan.

11. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelihatan terburu-buru dalam membuat keputusan. Dalam kelihatan seoalah-olah penyabar sebenarnya gagal bersabar. Dalam kelihatan bijak membuat keputusan tetap kelihatan gelabah yang melihatkan riak keresahan diwajahnya.

12. Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayah kepada Datuk Seri Najib Razak untuk berani kerana benar.

13. Kuasa hanyalah pinjaman. Akhirat jualah tempat yang kekal buat selama-lamanya.

14. Kepada Allah berserah.

15. SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN.

16. Rakyat Malaysia adalah pejuang bukan pengecut.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat