TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, March 30, 2015

Terkini: Penafian Fitnah pelajar terpaksa masuk Islam di Sarawak

KENYATAAN PENAFIAN TERHADAP FITNAH PENGISLAMAN SECARA PAKSA SABRINA AK NGUMBANG
BERTARIKH: JUMAAT, 27 MAC 2015

Kami, Suti Kamila Md Zain dan Nik Seri Ayu Nik Ibrahim telah membuat Laporan Polis pada pagi tadi di Balai Polis Lutong.

Laporan tersebut adalah laporan penafian terhadap laporan polis yang mengandungi unsur fitnah yang telah dibuat oleh Sabrina Anak Ngumbang (No Kad Pengenalan: 020323-13-1100, Tarikh Repot 25.03.2015 jam 12.18pm, No Repot: LUTONG/001631/15) di Balai Polis Lutong.

Kami menafikan sekeras-kerasnya perkara yang mengandungi unsur fitnah yang tidak benar sama sekali, yang mana di dalam kandungan laporan polis itu antara lain menyatakan seperti berikut:

1. PengIslaman Sabrina merupakan satu paksaan dan merupakan satu muslihat dari pihak kami adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana Sabrina sendiri telah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam kepada rakan-rakannya di sekolah dan telah datang berjumpa dengan beberapa orang guru memohon bantuan untuk pengIslamannya secara sah mengikut saluran yang sepatutnya. Ini menunjukkan tiada paksaan dari pihak kami mahupun tipu muslihat untuk mengIslamkan Sabrina secara tidak sah. Malah beliau sendiri telah memilih nama Islam beliau iaitu Nhur Syahirrah Azhra.

2. Satu surat aduan yang mengandungi unsur fitnah yang sama dan berniat jahat terhadap kami juga telah dihantar kepada pihak sekolah kami iaitu SMK Lutong. Untuk makluman, Sabrina sendiri telah mengesahkan kepada pihak kami bahawa sedari kecil beliau telah dijaga oleh datuknya sendiri iaitu Achu Anak Mangku dan sehingga kini masih tinggal bersama datuknya. Datuknya sendiri telah membenarkan proses pengIslaman cucunya. Untuk rekod, bahkan apa yang sebenarnya berlaku adalah datuk kepada Sabrina sendiri iaitu Achu Anak Mangku (No Kad Pengenalan: 480519-13-5231) juga sebenarnya telah secara sukarela bersyahadah dan memeluk Islam tanpa paksaan serta ingin didaftarkan pengIslaman beliau mengikut saluran yang sah melalui pihak berkuasa.

3. Pihak kami yakin dan percaya bahawa ada pihak tertentu yang mempengaruhi mereka untuk membuat pengakuan atau kenyataan sebaliknya.

4. Kami memohon satu siasatan yang telus dan adil perlu dilakukan memandangkan laporan polis yang dibuat oleh Sabrina dan surat aduan yang dibuat kepada pihak sekolah telah disebarkan secara meluas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial seperti Facebook, FB Miri Community dan lain-lain yang telah mengundang pelbagai kritikan tidak berasas, tuduhan melulu dan komen yang tidak sewajarnya sama sekali.

Laporan penafian ini dibuat kerana bimbang keselamatan kami akibat dari tuduhan tersebut. Emosi dan kehidupan kami sangat terganggu akibat dari dakwaan palsu dalam laporan tersebut. Marilah kita bersama-sama bersikap adil untuk menjaga keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam.

Sekian, terima kasih.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat