TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, December 12, 2013

Perusuh terus diburu, Singapura haramkan alkohol

Pemangku Perdana Menteri, Teo Chee Hean, berkata polis menangkap beberapa orang lagi yang terbabit dalam rusuhan malam hari Ahad lalu di Little India.

Katanya, siasatan akan diteruskan supaya mereka yang melanggar undang-undang dikendalikan 
dengan tegas dan adil selaras undang-undang.

Mutakhir:13 anggota komando bot karam dianugerah PGB


Melaka: Semua 13 anggota tentera terdiri daripada 11 pelatih komando dan dua jurulatih dilaporkan hilang 28 jam selepas bot mereka karam dipukul ombak kuat di perairan Selat Melaka, Sabtu lalu, bakal dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB).

Syarikat keselamatan bakal hadapi tindakan bekal senjata kepada kongsi gelap.

GEORGETOWN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memberi amaran tegas kepada kesemua 125 syarikat kawalan keselamatan di negara ini yang memiliki lesen persenjataan supaya tidak membekalkan senjata mereka kepada kumpulan kongsi gelap.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa syarikat kawalan keselamatan yang membekalkan senjata mereka kepada kumpulan tertentu.

KDN adakan sidang media tergempar mengenai Syiah

GEORGETOWN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan satu sidang akhbar tergempar akan diadakan oleh Ketua Setiausaha (KSU) kementeriannya, kira-kira jam 3 petang di Putrajaya berkaitan isu Syiah.

Putrajaya: Kenderaan rasmi kerajaan Proton Perdana Baharu.

PROTON Perdana  baharu kenderaan rasmi kerajaan 
Najib dan Muhyiddin diiringi Mohd Khamil menerima PROTON Perdana versi baharu di lobi Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - Foto BERNAMA
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan PROTON Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

PROTON Perdana itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri keselamatan dan keselesaan. Dua unit edisi khas PROTON Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat