TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, December 12, 2013

Syarikat keselamatan bakal hadapi tindakan bekal senjata kepada kongsi gelap.

GEORGETOWN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memberi amaran tegas kepada kesemua 125 syarikat kawalan keselamatan di negara ini yang memiliki lesen persenjataan supaya tidak membekalkan senjata mereka kepada kumpulan kongsi gelap.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa syarikat kawalan keselamatan yang membekalkan senjata mereka kepada kumpulan tertentu.Artikal Lain
 
Katanya, pemantau terhadap syarikat kawalan keselamatan tersebut dilakukan dan amaran tegas telah dikeluarkan.

"Mereka yang terlibat telah dikenal pasti dan saya yakin mereka yang membekalkan senjata mereka kepada kumpulan kongsi gelap akan dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini, hari ini.

Katanya, hasil pemantauan awal mendapati ada syarikat kawalan keselamatan yang menyewakan syarikat mereka kepada pihak lain tanpa menukar hak milik ekuiti dengan operasi serta pengurusan syarikat dijalankan pihak ketiga.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan lesen syarikat kawalan keselamatan akan ditarik balik sekiranya tindakan amaran tidak dipandang serius.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata seramai 1.1 juta individu telah diperiksa sepanjang pelaksanaan Ops Cantas sejak 17 Ogos sehingga semalam dan operasi itu tidak menyasarkan kaum tertentu.
Katanya, jumlah tangkapan keseluruhan dalam operasi tersebut telah mencecah 39,000 individu, membabitkan pelbagai kesalahan.

"Daripada 39,000 yang ditahan, 55 peratus adalah Melayu, 30 peratus India dan selebihnya Cina dan lain-lain," katanya.

Menurutnya, seramai 10,000 individu didapati mempunyai rekod kesalahan yang boleh dikenakan tindakan.

Terdahulu Ahmad Zahid menghadiri majlis penghormatan dan sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang kepada wira-wira negara di Padang Kota di sini.

Pada majlis itu, KDN menerima sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM300,000 untuk diagihkan kepada 10 waris wira-wira yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada diceroboh pengganas di Lahad Datu.

Ahmad Zahid berkata, sebagai Menteri KDN beliau menghargai dan berterima kasih kepada kerajaan Pulau Pinang kerana walaupun berbeza fahaman politik namun mereka sanggup hulurkan sumbangan.

"Selain itu, pihaknya juga akan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi membendung kegiatan jenayah di negeri itu," katanya. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat