TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, May 12, 2013

Veteran MCA malu di aibkan pada PRU 13.

Sekumpulan veteran MCA yang malu parti itu diaibkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mendesak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletak jawatan sebagai presiden dan bertanggungjawab atas kekalahan berkenaan.

Atas dasar sayang dan taat pada parti, 15 bekas pemimpin MCA itu mahu Soi Lek berundur segera supaya MCA dapat bangkit semula dan kekal relevan untuk mewakili komuniti Cina di negara ini.
Kelangsungan parti

Bekas Presiden yang juga jurucakap kumpulan itu, Tan Sri Tan Koon Swan, berkata kelangsungan parti adalah lebih penting dalam situasi getir seperti ini, bukan faktor peribadi.

Pemimpin yang baik tentunya akan berkorban untuk kelangsungan parti dan kami merayu Soi Lek supaya meletak jawatan serta-merta jika sayangkan parti, komuniti dan Malaysia.

Hanya itu dapat memulihkan kredibiliti parti selepas kekalahan mengaibkan dan kami percaya barisan kepemimpinan baru parti dapat menstruktur semula MCA menuju hala tuju yang lebih kukuh, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kumpulan itu termasuk, bekas presiden, Tan Sri Lee San Choon; bekas Timbalan Presiden, Tan Sri Lee Kim Sai dan Tan Sri Lim Ah Lek; bekas Bendahari, Tan Sri Lau Yin Pin; bekas Timbalan Setiausaha Agung, Tan Sri Dr Sak Cheng Lum; bekas Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Wong Kam Hong; bekas Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Tan Sri Wong Sea Wah; bekas Ketua Penerangan, Datuk Fu Ah Kiow; bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Micheal Chen; bekas timbalan menteri, Datuk Wang Choon Wing dan Datuk Jimmy Lau yang juga Presiden Persatuan Cina Kluang.
 
Pemimpin datang dan pergi tetapi parti tetap kekal dan atas alasan itu MCA perlu kuat dan berubah secara drastik demi komuniti Cina, katanya.

Biar parti tentukan

Ditanya siapa calon paling sesuai untuk menggantikan Soi Lek, beliau berkata: Biar ahli MCA tentukan.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak boleh berbuat apa-apa jika Soi Lek enggan berundur.

Kumpulan itu juga merayu ahli supaya tidak mengabaikan MCA, sebaliknya terus setia bersamanya.

Ahli perlu kembali kepada parti untuk membawa perubahan dan menghidupkan semula parti supaya dapat terus berkhidmat dengan berdedikasi kepada rakyat serta membentuk komuniti Malaysia yang harmoni, katanya.

Menjawab sama ada MCA masih relevan, Ah Lek berkata ya, dengan syarat imej parti tercemar dipulihkan segera.

Beliau juga percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memilih wakil MCA dalam Kabinetnya.

Perdana Menteri mewakili semua kaum di negara ini, katanya.

Kim Sai berkata, Soi Lek perlu rasional dan meletak jawatan dengan segera.
Dalam situasi sekarang, walau seminit pun beliau melengahkan keputusannya, bermakna sudah terlalu lama.

Hanya masa yang dapat menentukan sama ada komuniti Cina akan kembali yakin kepada parti, bagaimanapun kita tidak boleh putus ada, katanya.

1 Rejab UMNO menyambut ulang tahun ke 67 dengan mengadakan tahlil dan bacaan Yasin.

Seminggu selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan berikutan pilihan raya umum Ahad lalu, sambutan ulang tahun ke-67 UMNO diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat