Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, December 11, 2014

Terkini: GST apa kata peniaga?

Ada kata GST menyusahkan rakyat. Siapa sebenarnya yang menyusahkan rakyat?

Kerajaan sentiasa di Fitnah UMNO di maki hamun oleh #rakyathakimnegara gara-gara untuk melaksanakan GST.

Tetapi cerita sebenar di sebalik GST ini adalah Pemborong dan peniaga menaikkan harga sesuka hati.

Perkara ini di tambah lagi ajinda pembangkang menaikan semangat rakyat dengan menuduh kerajaan melaksanakan GST barang naik harga.

Terkini: Duta Amerika Syarikat di Panggil untuk memberi penjelasan.

KUALA LUMPUR: Wisma Putra telah memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y Yun, hari ini untuk menjelaskan pendirian negaranya terhadap keputusan Malaysia untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata Kuala Lumpur kesal bahawa Duta AS itu memilih untuk memberikan komen tidak wajar berhubung keputusan kerajaan, berikutan pendirian tegas Malaysia terhadap kesederhanaan dan toleransi.

"Malaysia kesal dengan komen dibuat oleh Yun berhubung perkembangan terbaharu dalam keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Duta itu, dalam satu temu bual dengan sebuah portal berita dalam talian pada 6 Disember, berkata AS 'terkejut' dengan keputusan Malaysia untuk mengekalkan Akta Hasutan.

Sehari sebelum itu, Naib Presiden AS, Joe Biden, turut mengulas mengenai akta itu dan mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anifah berkata, Malaysia menggesa kerajaan AS agar menghormati hal ehwal dalaman negara dan memberikan Malaysia ruang yang amat diperlukan oleh semua negara dengan demokrasi matang untuk memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan berterusan.

"Malaysia ingin mengingatkan semua pihak bahawa keputusan berhubung Akta Hasutan adalah kuasa mutlak kerajaan," katanya.

Beliau menegaskan sebarang keputusan kerajaan berhubung Akta itu adalah hal ehwal dalaman dan sebarang komen tidak wajar berkaitan perkara itu akan dianggap sebagai campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara.

Anifah menjelaskan Akta Hasutan tidak mengekang penyuburan demokrasi tetapi langkah pencegahan untuk memastikan tiada pihak menghasut bagi mencetuskan ketegangan agama dan kaum yang akan menjejaskan keamanan dan kestabilan di negara ini.

"Kerajaan Malaysia kekal komited untuk mengekalkan keamanan, kestabilan dan keharmonian dalam negara dan melindungi nilai, norma dan amalan penduduk pelbagai kaum dan menganut pelbagai agama di Malaysia," katanya.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat