Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, April 7, 2015

Mutakhir: APA ITU POTA 2015 !!!!

KUALA LUMPUR:  Penularan elemen keganasan yang semakin merebak dan mengancam keselamatan negara mendorong kerajaan untuk mengemukakan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 atau POTA 2015 bagi menangani aktiviti militan di negara ini.

Berikut ialah intipati rang undang-undang itu yang diluluskan di Dewan Rakyat pada awal pagi Selasa selepas perdebatan hangat lebih 12 jam oleh anggota Dewan Rakyat:

TUJUAN:

* Suatu undang-undang untuk mencegah perlakuan atau sokongan bagi perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas dari sesuatu negara asing serta bagi kawalan terhadap orang yang terlibat dengan perbuatan sedemikian.

* Memastikan tiada individu terlepas daripada sebarang tindakan perundangan sekiranya mereka melibatkan diri dalam kegiatan keganasan.

* Akta memastikan rakyat dan keamanan negara tidak diganggu gugat oleh pihak yang terlibat dalam aktiviti militan.

LATAR BELAKANG:

* Pada 26 Nov 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan kertas putih bertajuk "Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)" di Parlimen sebagai memperakui ancaman keganasan berterusan di dalam dan luar negara.

* Kertas putih itu menegaskan komitmen kerajaan dalam membanteras ancaman yang ditimbulkan IS bersama masyarakat antarabangsa.

* Berdasarkan syor dalam perenggan 59 kertas putih itu, suatu undang-undang baru akan diperbuat untuk menangani secara khusus ancaman IS.

ELEMEN KUASA DALAM POTA:

* Seseorang pegawai polis boleh tanpa waran menangkap mana-mana orang jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai terdapat alasan yang menjustifikasikan siasatan diadakan mengenai kes orang itu.

* Apabila seseorang ditangkap, kes hendaklah dirujuk oleh pegawai polis kepada Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan tidak lewat daripada tujuh hari dari tarikh penangkapan.

* Mana-mana orang yang ditangkap hendaklah, melainkan jika dilepaskan terlebih dahulu, dibawa di hadapan seorang Majistret dalam tempoh 24 jam.

* Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

PERBEZAAN POTA DAN ISA:

* Kuasa-kuasa eksekutif menteri di dalam ISA akan diambil alih oleh Lembaga Pencegahan Keganasan yang anggotanya dilantik Yang di-Pertuan Agong.

* Orang yang ditahan boleh menemui waris serta mendapat khidmat peguam pilihan masing-masing.

Terkini: POTA di luluskan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015.

KUALA LUMPUR:  Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas  dibahaskan lebih 12 jam.

POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).

Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan oleh anggota Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini.

Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal, memaksa lapan undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu.

Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir dengan undian memihak kepada kerajaan, sekali gus menolak usul-usul pindaan dibawa pembangkang.

Antaranya, cadangan pindaan termasuk supaya pangkat pegawai polis dalam penangkapan suspek hendaklah tidak rendah daripada Superitendan, selain berhubung tempoh tahanan reman yang digesa tidak melebihi 14 hari berbanding cadangan rang undang-undang itu yang membolehkan suspek ditahan sehingga 21 hari.

Anggota Parlimen pembangkang turut mengusulkan supaya beberapa peruntukan termasuk di bawah Perkara 13 hingga 28 yang menyentuh mengenai perintah tahanan dan sekatan dibatalkan kerana disifatkan berniat jahat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa, berkata kerajaan tidak melihat pindaan yang diusulkan itu perlu dibuat pada masa ini.

Katanya POTA harus dilihat dengan 'mata hati' untuk memahami tujuan sebenar kerajaan memperkenalkan undang-undang itu, selain tidak harus dibandingkan dengan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Terdahulu, Ahmad Zahid ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat dasar, berkata elemen pemulihan menjadi keutamaan dalam pelaksanaan POTA.

Tegas Ahmad Zahid, ini kerana POTA tidak boleh dilihat hanya dari sudut perundangan semata-mata sebaliknya ia bersifat pencegahan.

"Elemen pemulihan terhadap tahanan menjadi keutamaan. Rekod tahanan ISA setakat sehingga undang-undang itu ditiadakan iaitu daripada seramai 10,800 tahanan ISA, 90 peratus berjaya dipulihkan," katanya.

Ahmad Zahid juga memberi jaminan POTA tidak akan disalah guna dan tiada sesiapa pun yang mempunyai perbezaan politik atau pendapat, akan ditahan di bawah undang-undang itu.

MTMR mengucapkan Tahniah kepada AP Malaysia. Terima Kasih juga kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang P159- Yb Hajah Normala kerana Update Info POTA kepada kami.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat