Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, July 28, 2015

JAWAPAN KEPADA TUN FAISAL TPM TAK FAHAM ISU IMDB DAN TAK MENJELASKAN ISU2 SEMASA SPT GST, KOS SARA HIDUP DLL KETIKA PERASMIAN MESYUARAT UMNO CHERAS

1. TPM sentuh isu GST, kos sara hidup, perumahan, ekonomi dll dalam ucapan di Cheras. Tun Faisal ambil masa sikit tengok video penuh ucapan TPM sblm komen.

2. Bukan TPM tak faham isu 1MDB. Dia lebih faham sebab dia sendiri ada dalam kabinet dan sbg TPM dia terima macam2 laporan.

3. Yg semua org tak faham macamana 1MDB boleh buat perjanjian usahasama dgn Petrosaudi dgn bayar cash 1billion dollar utk 40% share dan Petrosaudi cuma sandarkan aset2 telaga minyak yg bukan milik dia pun utk 60% share. Telaga minyak tu pun tak de, JV gagal!

4. Yg semua org tak paham juga macamana company modal 1 juta boleh hutang 42 billion dgn ada implicit dan explicit guarantee oleh kjaan. Bila company ada masalah cash flow dan tak boleh bayar hutang, sbb dah buat perjanjian bodoh dgn syarikat penyangak dan lain2 pelaburan yg sehingga kini tak diberitahu kpd umum apa dah jadi dgn pelaburan2 itu, maka kerajaan terpaksa lah menanggung beban hutang berbillion dollar. Ini pakar ekonomi pun geleng kepala tak paham kenapalah cerdik sangat syarikat pelaburan strategik kerajaan boleh buat keputusan2 yg tak masuk akal.

5. Kalau ada yg lebih paham sebab musabab kenapa ini berlaku, ke mana wang tu pergi, jelaskanlah di sini supaya semua orang paham. Mungkin ada makhluk super intelligent yg boleh jelaskan kpd kita dan kpd semua pakar2 ekonomi di seluruh dunia.

6. Faham ni ada dua jenis. Bila cikgu tanya murid, faham ke tak faham murid kata tak faham, itu betul-betullah tak faham. Jenis kedua faham ialah, bila ada orang buat satu perkara yang tak betul, yang mustahil dibuat oleh orang yang waras, maka kita akan kata tak faham betullah dia ni! 1MDB ni jenis faham yang kedua.

7. Yang paling melalut ialah tak faham bahasa! Ini jenis yang tak tahu nak kata apa dah bila kerja dia cuma menegak benang  yang basah saja!

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.

Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO.

Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015

Tiga cara menegur pemimpin

Memang wajib mentaati ulil amri pada perkara2 makruf, tapi bagaimana dengan jelas dan nyata ulil amri yang berada dalam lingkaran munkar?

Tidakkah boleh rakyat yang memilihnya sebagai ulil amri tu menegur melalui 3 cara yang diajarkan nabi iaitu dengan tangan (tapi x mungkin berlaku sebab ada rasa hormat yang tinggi serta isu jaminan keselamatan), dengan lidah (yang ini tentunya mudah dan kurang risikonya) dan dengan hati (serendah2 tahap iman bagi peringkat ini)?

Tiada isu apa hak rakyat untuk menegur kerana rakyat sangat berharap orang yang dipilih sebagi pemimpin itu benar2 beramar makruf dan nahi munkar secara bergandingan. bukan amar makruf serta dalam masa sama tidak nahi munkar.

Anda sebagai orang yang takutkan Allah patut fikir tak mudah untuk rakyat membiarkan keadaan itu berterusan.

Jika tidak mampu untuk membuat perubahan sekurang2nya anda tidak perlu menyokong apa jua keadaan yang berhubung dengan isu integriti mana2 ulil amri

MTMR tabik spring kepada MB JOHOR. Mendengar suara akar umbi.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat