Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, July 31, 2014

TERKINI:SENJATA STRATEGIK MALAYSIA


Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia.

1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) banyak yang perlu dicapai untuk menjadi sebuah angkatan perang yang kredibel, misalnya negara masih belum memiliki sistem peluru berpandu darat ke udara berjarak sederhana dan tinggi, perlindungan udara dan “point defence” tentera lautnya juga masih belum mencukupi.

2. Analisis ini dibuat untuk melihat bagaimana senjata-senjata strategik milik negara boleh membantu mengekang atau “mengenakan” musuh, penulis tidak mungkin boleh memberi gambaran yang tepat dalam senario peperangan Malaysia vs Singapura dengan adil kerana tempo dan ruang lingkup pertempuran sebenarnya sentiasa berubah dan penuh dengan muslihat serta kerahsiaan.

3. Kemenangan juga tidak boleh dinilaikan dengan kehebatan senjata yang kita ada, sejarah telah banyak membuktikan, penggunaan taktik yang baik merupakan jawapan kepada semua masalah pertempuran.

4. Masalah sekarang, tentera yang menyerang sering memperolehi kemenangan kecuali dalam senario peperangan Yom Kippur apabila Israel yang hampir tewas berjaya bangkit dan mengepung tentera Mesir sehingga memaksa negara itu mengadakan rundingan Camp David.


5. Saya akan mengambil contoh mudah kerana tidak mahu memeningkan kepala pembaca dengan apa yang dimaksudkan dengan “tentera yang menyerang biasanya menang”, sebenarnya banyak lagi contoh tetapi malaslah nak tulis.

-Serangan Jepun ke atas Port Arthur (Jepun menang, Russia K.O)
-Serangan kilat Nazi German ke atas Eropah yang bermula di Poland & Belgium (German menang, Poland, Belgium & Peranchis K.O)
-Pearl Harbour (Jepun menang, US K.O)
-Penaklukan Kuwait (Iraq menang, Kuwait K.O)
-Penaklukan Iraq (US menang, Iraq K.O)
-Desert Storm (US menang, Iraq K.O)
-Siri serangan Jepun ke atas Asia (Jepun menang, US, British dan Belanda K.O)
-Perang Falkland (British menang, Argentina K.O)
-Perang 6 Hari (Israel menang, negara-negara Arab K.O)

6. Kajian di atas tidak mungkin lengkap kerana keadaan zaman dan senario semasa itu tetapi ia hanyalah gambaran ringkas, pembaca mungkin boleh mencari atau menjalankan kajian sendiri.

7. Dalam semua kajian peperangan terutama selepas Perang Dunia Pertama sehingga selepas tamat Perang Dingin, ada juga peperangan atau pertempuran yang dimenangi oleh pihak yang bertahan. Pihak yang bertahan ini kadang-kadang bersifat “underdog” terutama dalam senario perjuangan mendapatkan kuasa autonomi oleh gerila Tamil Eelam atau Harimau Tamil yang berjaya menenggelamkan moral tentera kerajaan Sri Lanka pada awal dan pertengahan peperangan di negara itu.

8. Kadang-kadang kemenangan ini bersifat subjektif, walaupun angka kematian ramai tetapi tentera yang bertahan dan hampir tewas berjaya mengekang objektif serangan musuh dan memaksa mereka berundur dan dalam kes ini, anda boleh mengkaji siri peperangan yang membabitkan China dan Vietnam yang berlaku pada tahun 1979.

9. Kes-kes kajian yang membabitkan pihak yang bertahan sehingga menang adalah :
-Perang Yom Kippur (Israel menang, Mesir K.O – masih boleh dipertikaikan kerana Mesir telah
mencapai objektif untuk menawan kembali Semenanjung Sinai).
-Perang Sino-Vietnam (Vietnam menang, China K.O)
-Perang Iran-Iraq (Iran menang, Iraq K.O atau berundur)
-Perang Thailand dan Vichi Peranchis (Vichi menang, Thailand K.O)
-Perang Lebanon 2006 (Hezbollah menang, Israel K.O)
Bersediakan kita jika diserang? (Gambar Penulis)

KUASA TENTERA SEBAGAI BARGAINING POWER

10. Keadaan politik yang tidak berpihak kepada kerajaan serta kedudukan kewangan yang tidak
mengizinkan menyebabkan perancang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa berhati-hati dalam soal membelanjakan peruntukkan pertahanan.

11.Sudah tentu jika ditanya, para jeneral kita akan membentangkan senarai panjang mengenai kelengkapan yang perlu ada dalam perkhidmatan masing-masing, misalnya cadangan untuk membeli kapal selam sudah wujud sejak dari awal 80an lagi tetapi ia terus ditangguhkan sehinggalah ia menjadi kenyataan pada dekad ini.

12.Isu air pada tahun 1988 yang memungkinkan negara ini terjebak dalam peperangan dengan Singapura menyedarkan pucuk pimpinan negara bahawa Malaysia tidak mempunyai apa yang dipanggil dalam bahasa Sains Politik sebagai “Bargaining Power” disebabkan kedudukan militarinya yang lemah, lemah kerana tidak berupaya menjalankan “offensive”.

13.Sebagai perbandingan, negara ketika itu tidak mempunyai apa-apa senjata yang dianggap strategik untuk menentang Singapura jika rundingan air mencetuskan malapetaka peperangan kecuali Malaysia mempunyai jumlah tentera yang besar dan lebih kurang 12 buah meriam 155 mm.

14.Bargaining Power ini pula berbeza dengan Indonesia, walaupun kedudukan ketenteraan negara itu sangat lemah dan jauh di belakang Malaysia, rakyat Indonesia hampir keseluruhannya menyokong pucuk pimpinan negara itu ketika mereka mengamalkan “Diplomasi Gun Boat” untuk menguat tuntutan mereka terhadap kepulauan Ambalat.

15.Malaysia pula berada di dalam kedudukan yang lain, mahu atau tidak, pucuk pimpinan negara terpaksa menguatkan ketumbukan tenteranya terutama Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) untuk berhadapan dengan Singapura walaupun hakikatnya percaturan politik kedua-dua negara masih dibuat di atas meja diplomasi.

16.Masalahnya, Singapura merupakan sebuah negara yang sudah maju ke hadapan dan sangat-sangat kaya, mengikut sumber penulis, republik itu mempunyai simpanan luar yang mampu menampung kos peperangan dengan Malaysia selama 5 hingga 10 tahun, jumlah itu termasuklah kos membangunkan Singapura (Maklumat 20 tahun lepas-sekarang tidak tahu).

17.Malaysia tidak mungkin meningkatkan belanjawan pertahanan berganda-ganda dari sekarang untuk menyaingi Singapura kecuali pada awal 80an, belanjawan pertahanan negara adalah lebih tinggi dari Singapura dan ia berkait rapat dengan program PERISTA, satu program pembangunan ATM yang menyaksikan Malaysia membeli belah kereta-kereta perisai dan puluhan jet pejuang terpakai Skyhawk.

18.Kemampuan Singapura berbelanja terbukti apabila setiap pembelian yang dirancangkan oleh Malaysia, republik itu akan membalas dengan balasan pembelian yang lebih sofistikated dan jumlah yang lebih banyak.

19.Walaupun para pemimpin politik boleh menapis kesangsian orangramai mengenai kewuju dan perlumbaan senjata di rantau ini tetapi trend pembelian Singapura dan Malaysia membuktikan wujudnya unsur-unsur persaingan dari segi jumlah pemilikan dan kualiti sistem persenjataan serta pertahanan mereka.

20.Terbaru, Indonesia…selepas Ambalat, malangnya negara ini yang sibuk membeli belah sistem pertahanan dari Russia, China dan Korea telah terpukul teruk dengan insiden serangan bom di Jakarta yang mengorbankan 9 orang, ini pasti merencatkan kuasa beli Indonesia kerana serangan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kestabilan ekonomi negara Sang Saka Merah.

21.Sebagai bukti, apabila Malaysia berura-ura mahu membeli pesawat generasi kelima seperti Sukhoi SU-30MKM, Singapura mula melihat jawapan kepada kelebihan itu ke Amerika Syarikat (AS) iaitu F-15 Eagle.

22.Sedangkan Singapura sudahpun memiliki jumlah pesawat F-16 yang banyak malahan masih mengoperasikan pesawat A4 dan F5 Tigernya (sudah diupgrade).

23.Mungkin republik ini tertanya-tanya samada F-16nya mampu berhadapan dengan Sukhoi Malaysia?, penulis tidak tahu tetapi adalah lebih adil jika saya andaikan republik ini mungkin mahu mempunyai sedikit kelebihan dari Malaysia dan kerana itu mahu pesawat F-15 ini dimasukkan ke dalam inventori Tentera Udara Republik Singapura (SAF).

24.Singapura juga mengambil langkah menguatkan tentera lautnya selepas melihat Malaysia mengumumkan projek enam buah kapal ronda New Generation Patrol Vessel (NGPV) dengan opsyen sebanyak 21 buah lagi (keseluruhannya 27 buah).

25.Satu langkah yang luarbiasa diambil, sejak dari awal penubuhan, tentera laut Singapura hanya dilengkapi dengan kapal-kapal dari kelas Fast Attack Craft dan korvet, tetapi selepas tahun 2000, buat pertama kalinya, kapal-kapal dari kelas friget dimasukkan dan kapal-kapal ini adalah dari kelas Delta.

26.Kelas Delta dioptimumkan untuk pertahanan udara.

27.Apabila negara membeli kereta kebal utama PT91, republik itu menambah kemasukan helikopter penyerang Apache dan lebih kurang 90 kereta kebal Leopard.

28.Republik itu turut membeli sistem rocket HIMARS sebagai jawapan kepada puluhan sistem pelancar roket berganda Astros II yang dimiliki oleh ATM.

29.Ini semua membuktikan republik itu mampu menambah belanjawan pertahanan yang lebih untuk setiap sen yang dikeluarkan oleh Malaysia bagi menambahbaik kekuatan pertahanannya. Ia juga membuktikan, memang ada perlumbaan senjata di rantau ini.

PEPERANGAN TIDAK SEMETRI

30.Tektik gerila adalah untuk tentera yang kalah, begitulah kata seorang kolonel yang pernah saya kenal satu ketika dahulu.

31.Walaupun ATM diiktiraf sebagai pakar perang gerila tetapi ia merupakan satu taktik untuk tentera yang sudah tewas dalam perang konvensional.

32.ATM tidak mampu berbelanja lebih tetapi ATM mempelajari setiap konflik di dunia ini dengan penuh teliti dari perang di Balkan yang pernah disertai oleh tentera Malaysia kepada Perang Iraq.

33.Perang Lebanon pada 2006 membuka mata dan mengejutkan banyak pihak apabila para pejuang Hezbollah yang sangat kecil bilangan dan amat tertinggal dari segi teknologinya tiba-tiba mampu menewaskan kekuatan tentera Israel yang telah menjadi juara kepada tiga perang besar iaitu perang 1948, perang 6 hari dan perang Yom Kippur.

34.Malaysia memerhatikan konflik di Lebanon dengan penuh minat dan tidak teragak-agak untuk menghantar pasukan tentera pengaman di bawah Panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi mendapatkan data-data penting mengenai pengalaman Hezbollah di sana.

35.Ini merupakan konflik yang sangat penting bagi Malaysia kerana Israel merupakan cermin bagi pembinaan pertahanan Singapura.

36.Konflik Lebanon 2006 merupakan contoh peperangan tidak semetri di zaman moden ini di mana sebuah pasukan tentera (Hezbollah) yang tidak sekuat mana mampu memenangi peperangan dengan menggunakan elemen-elemen muka bumi sebagai senjata strategik mereka dan dibantu dengan penggunaan sistem senjata yang murah tetapi mampu meruntunkan peralatan mahal pihak musuh dengan berkesan seperti pemusnahan kereta kebal Merkava dengan roket RPG yang berharga hanya lebih kurang RM2,000 sahaja.

37.Menyedari proses pembangunan angkatan yang kredibel mengambil masa yang panjang terutama untuk cabang tentera udara dan laut, pucuk pimpinan negara tidak teragak-agak untuk menambahkan kuasa tembak tenteranya dengan peralatan yang ringkas tetapi berkesan.

38.Jika pembangunan tentera udara banyak dijuruskan untuk mengatasi konflik di Kepulauan Spartly dan keberangkalian terjadinya konfrantasi kedua dengan Indonesia, tentera laut serta darat dibangunkan untuk berhadapan dengan Singapura.

39.Umum menyaksikan, Malaysia menyediakan hujung tombaknya dengan 3 front peperangan iaitu di Spartly, Indonesia dan juga Singapura, satu cabaran yang maha hebat untuk satu-satunya pasukan tentera yang belum pernah ditewaskan hingga kini.

40.Belum pernah ditewaskan?

1. ATM merupakan satu-satunya pasukan tentera konvensional yang telah berjaya menewaskan ancaman komunis di mana AS sendiri pun tersungkur.
 
2. Berjaya mengekang serangan Indonesia yang ketika itu merupakan di antara kuasa ketenteraan yang hebat di rantau dan sudah pun memiliki kapal selam Whiskey serta jet pejuang MIG dan pengebom strategik.

41.Untuk menidakkan penguasaan Singapura dalam medan pertempuran, umum telah melihat ATM terutama tentera darat dilengkapi dengan senjata RPG, ATGW dan misil Manpad dengan banyak sekali.

42.Peningkatan kuasa tembak dari unit kompeni hingga platun ini dan dengan bantuan bentuk muka bumi yang berpihak kepada tuan rumah, membolehkan satu bentuk peperangan tidak semetri yang baru.

43.Setiap teknologi persenjataan yang berharga jutaan dollar Singapura dijawap dengan senjata-senjata ringkas tetapi efektif milik ATM dan diguna dengan baik hasil dari pengalaman tempur yang dipelajari oleh tentera-tentera kita sepanjang ketika berkhidmat di Bosnia sehinggalah Lubnan.

SENJATA STRATEGIK MALAYSIA

44.Pembelian sistem roket Astros II membuktikan perancang pertahanan negara sudah mengetahui titik kelemahan Singapura.

45.Singapura bukan Israel, walaupun mempunyai ratusan pesawat terbang tetapi ia tetap bergantung kepada kewujudan landasan yang terletak di pengkalan udara Changi, Paya Lebar dan Seletar kerana republik itu terletak di sebuah pulau dan bukan sebuah tanah besar dan luas seperti Israel.

46.Melalui proses permodenan ATM yang bermula pada 1990an, Malaysia tidak lagi teragak-agak untuk membeli senjata bersifat ofensive dan strategik seperti Astros II.

47.Ia bukan sudah pasti bukan digunakan untuk memusnahkan flet-flet HDB sebaliknya dengan keupayaan beberapa variasi roket, ia digunakan untuk merosakkan landasan-landasan konkrit Singapura dengan hujan besi yang boleh menembusi 0.5 m ketebalan permukaan, begitulah caranya ATM melumpuhkan kekuatan udara republik itu.

48.Satu unit sistem Astros dikatakan mampu memusnahkan kawasan seluas 30 atau 60 ekar dan ATM dikatakan sudah pun memiliki roket SS80 yang amat berbahaya, ini dilihat oleh penulis sendiri tetapi tidak boleh diambil gambar, sekaligus mengesahkan pemilikan ATM ke atas senjata ini.

49.Terdapat laporan bahawa pengeluar Astros iaitu syarikat Avibras sudah pun menjual roket-roket Astros dari jenis TM (Tactical Missile) yang mempunyai kebolehan untuk dipasang dengan pelbagai jenis peledak dan pakej ini dipercayai sudah pun ditawarkan kepada Malaysia melalui pembelian Astros II (batch 2) yang bakal tiba tidak lama lagi.

50.Jika ini menjadi kenyataan, penukul baru ATM ini berkebolehan untuk memusnahkan sasaran bersaiz kompeni atau pun seramai 200 tentera dari jarak 150 kilometer, sama dengan kemampuan ATACMS yang boleh dipasang pada Himars Singapura.

51.Terima Kasih kepada Brazil yang berjaya mencipta Astros, alternatif murah kepada sistem MLRS yang sangat mahal, gergasi dari keturunan pelancar roket Katyusha Soviet.

52.Astros kini tersimpan dalam gedung-gedung bawah tanah dengan kemas, lokasi maaf tidak boleh diberitahU.

53.Meriam G5 versi MK III, satu-satunya senjata negara yang dilengkapi dengan sistem GPS, saya tidak pasti samada alat Global Positioning System (GPS) ini dimasukkan ke dalam package pembelian G5 atau dibeli dari pembekal lain yang mungkin boleh dipasang pada sistem meriam 155mm (meriam FH70) milik ATM yang lain.
G5 dengan sistem GPS (Gambar Penulis)

54.Sebagai senjata bantuan, dalam keadaan tidak terduga ia boleh menjadi senjata strategik ATM dan berkebolehan meletupkan sasaran dari jarak 40 ke 50 kilometer.

55.Pemasangan sistem GPS, yang tidak pernah dihebahkan sebelum ini menimbulkan tanda tanya sama ada, G5 milik Malaysia sebenarnya sudah dibekalkan dengan peluru-peluru pintar.

56.Pembelian Scorpene merupakan aset strategik yang dipuji pembeliannya oleh penganalisis pertahanan tempatan dan antarabangsa.

57.Ketiadaan AIP, bukan satu kekurangan kepada kapal selam ini, kerana ia beroperasi di kawasan perairan sendiri berbanding kapal selam milik Singapura yang mungkin terpaksa berada lama di laut dan jauh dari pelabuhan sahabat.

58.Ramai yang tidak faham konsep AIP ini sebenarnya, walaupun ia membolehkan kapal selam beroperasi lebih lama sedikit di dalam laut tanpa perlu naik ke permukaan tetapi dalam senario Malaysia, keperluannya bukan satu keutamaan lagipun ia cuma memberikan kebolehan sedikit sahaja.

59.Bukan sekadar ia merupakan kapal selam yang paling senyap di rantau ini, ia turut menjadi satu-satunya platform bawah permukaan laut di rantau ini yang mampu melancarkan misil dari bawah dasar laut.

60.Misil Exocet MM39 dilancarkan dari tiub menggunakan satu roket khas. Roket atau kenderaan pembawa ini akan bergerak jauh dari kapal selam untuk mengelakkan musuh dari mengesan kedudukan kapal selam Malaysia.

61.Sebaik sahaja berada pada kedudukan yang ditetapkan, barulah misil ini dilancar dari kenderaan khas terbabit dan bergerak laju hampir sangat pada permukaan untuk memusnahkan kapal musuh.

62.Kapal friget Delta mungkin halimunan pada radar tetapi sistem sonar Scorpene sudah tentu semasa konflik sudah pun mempunyai data bunyi akoustik yang terpancar dari propeller kapal canggih tetapi malang itu (itupun kalau kapal selam Singapura gagal mengesan Scorpene Malaysia).

63.Adalah dimaklumkan bahawa pihak Peranchis sekarang ini sedang membangunkan sistem Exocet MM39 yang mempunyai sistem panduan GPS.

64.MM39 variasi terbaru ini mampu memusnahkan sasaran-sasaran statik di darat, sama seperti keupayaan Tomahawk, saya percaya, perancang ATM sudah pun berangan-angan untuk memiliki Exocet yang terbaru ini.

65.Yang nyata, talian hayat Singapura yang amat bergantung kepada laluan perkapalan akan diganggu gugat dan ini menyukarkan kemasukan bekalan makanan dan material perang yang banyak tersimpan di luar negara.

66.Pembinaan pengkalan kapal selam di Teluk Sepanggar yang jauh di Sabah, membolehkan Scorpene beroperasi dengan selamat disamping menganggu gugat sebarang percubaan untuk menguatkan kedudukan Singapura jika republik itu menyerang kawasan Pantai Timur Malaysia.

MENGERAKKAN ASET KE MEDAN TEMPUR

67.Anda pernah mendengar Cabaran Tentera Darat?

68.Cabaran Tentera Darat merupakan satu perlubaan 4X4 yang dianjurkan oleh ATM, dua tahun sekali yang dilaksanakan sebelum atau semasa pameran Defence Service Asia berlangsung.

69.Selama beberapa minggu, kenderaan pacuan 4×4 milik tentera darat akan menyelongkar jalan baru merentasi hutan dan estet, yang anehnya bukan setakat kenderaan 4×4, terak jenis Handalan turut digunakan.

70.Jika dikaji betul-betul, perlumbaan ini bukan sekadar untuk menguji ketahanan kenderaan-kenderaan pengangkut tentera tetapi merupakan satu penerokaan jalan-jalan baru atau alternatif sama ada destinasinya ke kawasan Pantai Timur mahupun ke sebelah Selatan.

71.Dari projek-projek camouflage seperti inilah, perancang pertahanan kita melihat jangka masa unit-unit tentera tiba ke kawasan konflik.

72.Sudah tentu, tentera kita tidak bodoh untuk mengerakkan kekuatan menggunakan lebuhraya atau jalan-jalan biasa, sebaliknya mereka mengambil langkah bijak dengan mengoptimumkan pengetahuan mereka mengenai bentuk muka bumi sendiri.

NOTA PENULIS : ANALISIS DIBUAT MELALUI ANDAIAN BAHAWA 50 PERATUS KEKUATAN MALAYSIA TERMASUK TENTERA UDARA SUDAH PUN BERJAYA DIMUSNAHKAN ATAU DILUMPUHKAN OLEH SINGAPURA DALAM SERANGAN PRE EMPTIVE STRIKE SELEPAS SUBUH.

BAKI 50 PERATUS LAGI DIGUNAKAN UNTUK MEMUKUL BALIK KEMARAAN TENTERA SINGAPURA SELEPAS ASTROS BERJAYA MENAFIKAN HAK RE-ARMAMENT DAN LANDING STRIP TENTERA UDARA SINGAPURA. SELEPAS KEKUATAN UDARA MEREKA DINUETRALKAN, MAKNA PERTEMPURAN SEBENAR BERMULA

IA BUKAN UNTUK MENCARI PEMENANG, IA LEBIH UNTUK MEMAHAMKAN KITA BAGAIMANA SENJATA TAKTIKAL MILIK NEGARA BOLEH BERTUKAR MENJADI SENJATA STRATEGIK DALAM KEADAAN TERTENTU.

INI MERUPAKAN ARTIKEL TERAKHIR MENGENAI SINGAPURA, PENULIS AKAN MEMASUKI TEBING GAZA PADA 26 JULAI INI MELALUI PINTU RAFAH DI MESIR, BUAT MASA SEKARANG, KEADAAN DI GAZA MASIH LAGI GENTING KERANA SERANGAN ISRAEL SUDAH DIPERBAHARUI (INI MERUPAKAN MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI DARI PERSATUAN PALANG MERAH ANTARABANGSA KEPADA KONTEK-KONTEK PENULIS DALAM SEBUAH BADAN NGO DI SINI.

BLOGGER ONDSCENE.VIA.MY TURUT MENYERTAI MISI YANG DITAJA OLEH SEBUAH NGO, BELIAU KE SANA TERLEBIH AWAL IAITU PADA 21 JULAI BAGI MENYEDIAKAN PRASARANA UNTUK WARTAWAN NST DAN SIN CHEW JIT POH YANG AKAN MENYERTAI ROMBONGAN KAMI TETAPI ATAS FAKTOR KESELAMATAN MUNGKIN MEREKA TIDAK MASUK GAZA.

SAYA AKAN MENGEPOST ENTRY-ENTRY MENGENAI MISI SAYA JIKA LINE INTERNET ADA, ATAUPUN KALAU SAYA TIDAK TERKENA BOM FOSFORUS HEHEHE, SEMUA BERGANTUNG PADA KEADAAN.

BERITA PENUH KLIK SINI

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat