Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, July 15, 2014

MUTAKHIR: Ekspatriat warga Australia ditemui mati

KUALA LUMPUR: Seorang ekspatriat warganegara Australia ditemui mati tergantung dalam rumahnya di Jalan Mont Kiara 1, di sini, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pengarah urusan sebuah syarikat pengeluar makanan berumur 40-an itu ditemui tergantung dalam bilik tidurnya oleh pembantu rumahnya pada jam 6.45 petang semalam.

"Kira-kira jam 8 malam, polis tiba di alamat berkenaan dan menemui lelaki itu mati dengan kabel elektrik di lehernya di dalam sebuah bilik," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya, polis juga menemukan sepucuk nota, dipercayai ditulis oleh lelaki terbabit kepada anak dan isterinya yang tinggal di Belanda.

"Nota itu bersifat peribadi dan polis tidak dapat mendedahkannya," katanya.

Muhammad Azlee berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan sudah dimaklumkan kapada Suruhajaya Tinggi Australia.

Katanya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.
- BERNAMA

Duhai suami fahamilah isteri Duhai isteri fahamilah suami

EMPAT HAL SEBELUM TIDUR WALAUPUN KITA SIBUK DENGAN TUGAS HARIAN KITA.�

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedaqah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampaihari kiamat.... آمِيّنْ...

Tiada Negara yang seberani Negara Malaysia

1. Ini bukan kata aku tetapi kata dari seorang rakan dari Sepanyol. Kenapa dia kata macam tu? İtu semua selepas dia belek-belek passport aku dan dia sangat terkejut bila dia terbaca 'Passport ini sah digunakan disemua Negara kecuali İsrael.'

2. Katanya. "Eh saya tak pernah tengok passport yang macam ni. Malaysia benar-benar anti İsrael. Saya boleh katakan tiada Negara yang seberani Negara Malaysia!"

3. Rakan-rakan Palestin pula kebanyakan daripada mereka sudah tahu perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru tahu, berpusu-pusulah ambil gambar dan share di Facebook. Kata salah seorang dari mereka "Di Palestin kami tak boleh sebut nama Malaysia sesuka hati apatah lagi kalau askar İsrael ada sebab mereka sangat sensitif dengan Negara Malaysia. Kebencian mereka terhadap kalian (malaysia) membanggakan kami warga Palestin!"

4. Seoang rakan Jordan aku mengatakan bahawa tiada langsung di dalam mana-mana passport negara Arab yang berani tulis macam ni sebab mereka takut dengan İsrael. Tapi Malaysia bukan Arab pun Negara pun jauh tapi jauh lebih berani dan kuat daripada Arab sendiri.

5. Dan yang paling tak boleh blah seorang rakan aku dari Libya mengatakan sesuatu yang keterlaluan bagi aku iaitu "Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tapi dari Malaysia sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang İslam dari orang Arab sendiri"

6. Demi Allah yang memegang urat jantungku, ini semua bukan rekaan tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika di Turki. Sedangkan orang Turki pun kibarkan bendera Malaysia di kedainya apatah lagi dengan kenyataan seperti ini.
#sharing dr group lain

Kisah seorang murid pintar.

Dlm sebuah kelas..guru memulakan pengajarannya
Guru: murid2...binatang apa yg bermula dr huruf 'G'?
Dgn pantas seorg murid berdiri dan menjawab...Gajah cikgu...lalu dia dipuji oleh cikgu.
Guru: soalan seterusnya..binatang apa yg bermula dgn huruf 'D'?
Semua murid diam.........lalu murid td berdiri dan menjawab..." Dua gajah cikgu"....murid2 lain mula ketawa...cikgu mulai marah..
Guru: awak berdiri atas kerusi, soalan seterusnya...binatang apa yg bermula dgn huruf 'M'?
Semua murid diam.......lalu bdk td jawab lgi...."Mungkin gajah".....
Guru: awak keluar dan berdiri di pintu..........
Soalan terakhir...binatang apa yg bermula dgn huruf 'J' ?
Semua murid2 diam...guru menunggu murid menjawab tp semua hanya diam....lalu murid tadi menjawab......" Jangan jangan gajah"....

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat