TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, November 1, 2014

TERKINI : KEJAYAAN PENEMBAKAN TORPEDO BLACK SHARK OLEH KAPAL SELAM KD TUN RAZAK

1. KOTA KINABALU, 31 Oktober 2014 – Kapal Selam KD TUN RAZAK (KD TRZ) telah berjaya melaksanakan penembakan torpedo Black Shark di Perairan Laut China Selatan (LCS) pada jam 11.20 pagi tadi. Penembakan yang dilancarkan dari aset strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini telah berjaya mengenai sasaran permukaa...n yang disasar pada jarak dan kelajuan yang telah ditetapkan.

2. Dalam penembakan pagi tadi, KD TRZ telah melancarkan torpedo Black Shark ke sasaran permukaan iaitu sebuah feri penumpang. Torpedo yang dilancar pada jarak yang dirancang ini telah tepat mengenai dan memusnahkan struktur feri penumpang yang telah diubah suai untuk tujuan penembakan.

Mutakhir: Wanita cuba kahwin anggota militan IS didakwa

Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan cuba menjadi anggota kumpulan militan digelar IS.

Ummi Khalsom Bahok, 25, didakwa cuba memberi sokongan kepada IS dengan mengambil penerbangan pesawat Airasia dari KLIA2, Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu, Aqif Huessin Rahaiza.

Ummi Khalsom, seorang penolong pegawai kredit yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa, klia2, pada pukul 5.20 pagi, 5 Oktober 2014.
  
Bagi kesalahan itu, Ummi Khalsom didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.
  
Ia memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada setengah daripada tempoh hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.
  
Ummi Khalsom turut didakwa atas tuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan pesawat Airasia dari KLIA2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.
  
Kesalahan itu dituduh dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.
  
Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.
  
Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November untuk sebutan bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
  
Aizatul Akmal tidak membenarkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak memperuntukkan tertuduh dijamin dan akan ditahan sementara menunggu perbicaraan selesai.
  
Sepanjang prosiding, Ummi Khalsom yang bertudung labuh dan berjubah hitam kelihatan tenang dan mengganguk sebagai tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.
  
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Sharuddin Wan Ladin.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat