TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, November 1, 2014

TERKINI : KEJAYAAN PENEMBAKAN TORPEDO BLACK SHARK OLEH KAPAL SELAM KD TUN RAZAK

1. KOTA KINABALU, 31 Oktober 2014 – Kapal Selam KD TUN RAZAK (KD TRZ) telah berjaya melaksanakan penembakan torpedo Black Shark di Perairan Laut China Selatan (LCS) pada jam 11.20 pagi tadi. Penembakan yang dilancarkan dari aset strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini telah berjaya mengenai sasaran permukaa...n yang disasar pada jarak dan kelajuan yang telah ditetapkan.

2. Dalam penembakan pagi tadi, KD TRZ telah melancarkan torpedo Black Shark ke sasaran permukaan iaitu sebuah feri penumpang. Torpedo yang dilancar pada jarak yang dirancang ini telah tepat mengenai dan memusnahkan struktur feri penumpang yang telah diubah suai untuk tujuan penembakan.

3. Penembakan kali ini telah melakarkan sejarah, apabila buat julung kalinya kapal selam negara melaksanakan penembakan torpedo semenjak kapal selam pertama negara KD TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) tiba di Pelabuhan Klang pada 3 September 2009. Selain itu, penembakan ini merupakan penembakan yang julung kalinya bagi torpedo Black Shark semenjak diperkenalkan oleh syarikat pengeluar torpedo Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) dari Itali.

4. Operasi penembakan ini melibatkan aset bantuan dari perkhidmatan TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai aset untuk keselamatan kawasan, tim sasaran, rakaman dan analisis. Antara aset TLDM yang terlibat ialah KD JEBAT, KD TERENGGANU, KD KASTURI, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, helikopter Fennec, kapal penyelamat kapal selam MEGA BAKTI dan Bot Tempur CB 90 serta Tim Penyelam, sementara TUDM yang turut terlibat ialah pesawat B 200T dan EC 725.

5. Kejayaan penembakan torpedo ini telah membuktikan bahawa kesiagaan ATM khususnya TLDM sentiasa di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ia juga sekaligus meletakkan TLDM antara pasukan tentera laut yang wajar digeruni di rantau ini.

6. Setiausaha Bahagian Pembangunan KEMENTAH, Tuan Haji Mohd Shahbudin bin Ibrahim dan Panglima Armada, YBhg Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan bin Mohamad Ramli hadir menyaksikan penembakan ini dari platform pesawat EC 725 di Perairan Laut China Selatan. Eksesais penembakan torpedo yang dinamakan Op BARRACUDA 1/2014 ini dikelolakan oleh Panglima Angkatan Kapal Selam, YBhg Laksamana Muda Abdul Rahman bin Hj Ayob selaku Pengarah Eksesais. Kejayaan penembakan ini membuktikan keupayaan saling khidmat (interoperability) antara elemen dalam ATM.

7. Kemasukan kapal selam dalam inventori TLDM bukan sahaja meningkatkan keupayaan Armada TLDM malah melengkapkan keupayaan peperangan tiga dimensi iaitu peperangan bawah permukaan, aras permukaan dan anti-udara.

8. Kapal selam kelas SCORPENE merupakan antara kapal selam yang paling senyap di dunia dan amat sukar dikesan serta dijejaki pihak lawan. Ia bergerak dengan tenaga diesel dan boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter. KD TRZ dinamakan bersempena nama Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussien sebagai mengenang jasa negarawan ulung itu atas sumbangannya kepada kemerdekaan, permodenan, pentadbiran dan pembangunan negara. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat