Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Sunday, July 31, 2016

Konspirasi gulingkan kerajaan?

Sedikit Fakta untuk di kongsikan bersama dan Fikirkan guna otak yang belum tercemar air ketum ais ikat tepi?

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap beliau; bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Abdul Gani selaku Peguam Negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara baharu, berkuatkuasa 27 Julai tahun lepas.

Jadi ada setengah pihak yang menuduh bekas AG Abdul Gani menggulingkan kerajaan adalah perasangka dirinya sendiri tiada kaitan dengan kerajaan kata PM Datuk Sri Najib Razak.

Pemuda UMNO Malaysia saudara Khairi Jamaludin turut mengesahkan tidak tahu menahu dengan lapuran tersebut.

Ada juga sumber mengaitkan Naib Pemuda UMNO dengan RPK. Jadi adakah itu permainan untuk alihkan perhatian rakyat terhadap pendedahan DOJ terhadap saman Sivil berkaitan dengan sekandal 1MDB?

Sehingga bilakah Datuk Seri Najib Razak menjadi PM Malaysia. Akan tiba masanya juga PM DSN tidak menjadi PM. Sekandal 1MDB akan dibongkar juga bila tiba masanya.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas dibawa belayar,
Hutang budi dibawa mati.

Orang tua jalan bertongkat,
Jalan jauh nampak dekat,
Kalau sudah kata sepakat,
Harimau di hutan dapat diikat.

Pertuduhan Konspirasi menggulingkan kerajaan merupakan satu cara untuk menutup mulut dan ugutan terancang. Perbuatan ini tidak wajar sekiranya keadilan perundangan mahu di tegakkan.

Melainkan kita tidak berani untuk menegakkan keadilan.

Suka memetik kata-kata salah seorang Bekas Pegawai SPRM. " Jabatan SPRM bukan tempat orang Pengecut."

Harap semua jabatan dapat membawa semangat berani menegakkan kebenaran. Berani kerana benar. Hapuskan kebejatan.

Wednesday, July 27, 2016

Orang makan orang!!!

Nak kongsikan pandangan. Selagi rakyat tidak kelaparan. Selagi rakyat masih boleh bekerja makan gaji. Selagi majikan masih bayar gaji pekerja. Selagi kerajaan bayar gaji penjawat awam, selagi penjawat awam terima wang persaraannya. Malaysia Selamat.

Kalau semua keadaan diatas tidak berlaku. Lebih selamat pemimpin atasan duduk luar negara.

Kerana bila lapar babi pun boleh dimakan oleh orang Islam.

Sepekara lagi makanan ada duit tak ada. Duit ada makanan tak ada. Akan berlaku pulak orang makan orang.

Tuesday, July 26, 2016

MO1: Perdana Menteri kena buat pengesahan secara jujur dan terbuka?

Dalam waktu yang terdekat ini, di sebalik ada yang masih tertanya-tanya dan ada juga yang sudah membuat laporan polis, tugas utama Najib Razak ialah membuat pengesahan secara terbuka, jujur serta ikhlas mengenai siapakah Malaysian Official 1 yang sebenarnya.

Biar pun Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan sebahagian besar yang lain tanpa ragu-rayu menujukan gelaran itu kepada Najib, tetapi tidak ada sesiapa yang mengesahkannya setakat ini.

Jika Malaysian Official 1 itu adalah dirinya, Najib sebagai Pahlawan Bugis yang selalu membanggakan dirinya sebagai "gentleman", beliau haruslah berani mengakuinya secara terbuka.

Kalau bukan, berterus-teranglah juga dengan segala hujah dan silat kuntau yang ada untuk menafikan bahawa Malaysian Official 1 itu adalah dirinya.

Tetapi sehingga ini Najib masih lagi diam. Rosmah Mansor, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO juga diam. Malah "blogger serta facebooker 900" juga diam tidak berkata apa-apa.

Oleh itu, siapa Malaysian Official 1 itu terus dalam kekaburan minda rakyat Malaysia serta menjadikan semua orang terus berteka-teka.

Selain mengesahkan identiti Malaysian Official 1, tugas kedua Najib ialah mengesahkan sekali lagi, juga dengan secara terbuka, jujur dan ikhlas, mengenai wang berbilion-bilion ringgit yang pernah masuk ke dalam akaun bank peribadinya.

Najib sebelum ini mengatakan wang itu sebagai derma daripada Timur Tengah, manakala Peguam Negara menyebut wang tersebut diterima daripada salah seorang anak raja Arab.

Namun, dalam maklumat yang ada di tangan FBI dan Jabatan Kehakiman Kehakiman AS, mereka mengatakan wang yang secara keseluruhannya berjumlah AS$731 juta atau lebih RM3,000 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi dimAmbank milik Malaysian Official 1 adalah bersumberkan daripada wang 1MDB yang dilencongkan.

Tidak ada sama sekali nama anak raja Arab atau penderma Timur Tengah disebut dalam laporan FBI dan Jabatan Kehakiman itu.

Adakah Najib dan Malaysian Official 1 orang sama atau individu yang berlainan?

Siapakah sebetulnya yang menerima wang berbilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya?

Dua persoalan ini sedang memeningkan kepala rakyat Malaysia di mana khabarnya jualan pil panadol juga mendapat permintaan tinggi dan banyak habis di pasaran.

Jika Najib mengesahkan Malaysian Official 1 itu adalah dirinya, beliau harus menjelaskan sekali lagi bagaimana wang berbilion ringgit itu diperolehinya.

Adakah ianya daripada penderma Timur Tengah atau daripada 1MDB?

Najib tidak boleh berdalih atau kelentong lagi kerana kali ini maklumat mengenai wang itu bukan lagi sekadar ada dalam pengetahuan WSJ atau Sarawak Report saja, tetapi sudah ada dalam tangan FBI dan Jabatan Kehakiman AS.

Kiranya Najib menafikan Malaysian Official 1 itu adalah dirinya, beliau juga perlu menjelaskan siapakah orang lain yang menjadi Malaysian Official 1 itu?

Rakyat tentunya berhak tahu identinya sebenar Malaysian Official 1 itu kerana ia disebut dengan jelas telah menerima berbilion-bilion ringgit wang yang dicuri daripada 1MDB.

Rakyat juga ingin tahu bagaimana orang berkenaan membelanjakan wang sebanyak itu.

Dengan dapat menunjukkan bahawa Malaysian Official 1 itu bukan dirinya, Najib sekurang-kurangnya sudah terlepas daripada bebanan dikaitkan dengan wang 1MDB.

Beliau boleh terus mengatakan wang yang diterimanya itu adalah daripada penderma Timur Tengah atau anak raja Arab. Lebih menimbulkan keyakinan jika Najib juga dapat berterus-terang memperkenalkan nama penderma tersebut kepada umum.

Inilah dua tugas utama Najib dalam waktu terdekat ini, sekurang-kurangnya sebelum fasa saman sivil Jabatan Kehakiman AS bertukar menjadi saman jenayah.

Kedaulatan negara bukan urusan DOJ!!! 1MDB menipulasi kedaulatan undang-undang negara mereka atas sebab pengubalan wang haram?

Membela kedaulatan negara atau Najib?

ULASAN l Pada bulan Syawal di mana kita menyambut kemenangan berpuasa sebulan baru-baru ini, saya memohon pemimpin pemimpin politik supaya jangan menganggap rakyat Malaysia ini tidak celik maklumat dan kurang cerdik.

Isu kontroversi 1MDB telah melihat seorang bekas menteri kabinet, seorang menteri besar dan seorang ketua parti pembangkang mengeluarkan kenyataan yang sangat sangat mengelirukan dan tidak tepat.

Mereka menyatakan penyiasatan kes 1MDB oleh kerajaan asing adalah campur tangan kuasa luar untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Marilah kita merenung secara rasional situasi sebenarnya.

Kepada bekas menteri abinet itu, saya ingin tekankan di sini apabila kes NFL yang melibatkan pemimpin tinggi dan pinjaman beratus juta yang tidak digunakan untuk penternakan lembu, kerajaan Amerika tidak menyentuh langsung isu tersebut kerana tiada kaitan dengan mereka.

Kerajaan Singapura terpaksa memberi kerjasama siasatan kerana sebahagian dari wang tersebut telah dilaburkan di Singapura. Kes ini dalam proses perbicaraan. Tidak timbul kerajaan Singapura nak jatuhkan mana mana pemimpin.

Dalam kes 1MDB, ia melibatkan berbillion billion ringgit wang rakyat yang di bawa keluar dari Malaysia ke Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, kepulauan Caymen dan juga Hong Kong dengan cara haram yang melibatkan penggubalan wang secara haram (money laundering act).

Pada tahun 2015, Malaysia sendiri telah membawa pindaan rang undang-undang penggubalan wang haram di Parlimen untuk memperketatkan undang-undang tersebut. Kita sendiri mengakui penggubalan wang haram adalah salah.

Negara-negara lain juga mempunyai undang undang mereka tentang aktiviti penggubalan wang haram.

Apabila 1MDB telah membawa wang dan melabur secara haram di Amerika, Singapura dan Switzerland mereka terpaksa menyiasat kes kes tersebut kerana menjaga reputasi dan nama baik institusi kewangan mereka sendiri.

Kalau 1MDB hanya mengedar atau melabur secara haram di dalam Malaysia sahaja, tiada sebab atau kuasa mereka hendak menyiasat kes dalam Malaysia.

Tetapi isu dan masalahnya, 1MDB menjalankan aktiviti secara haram di Amerika, Singapura dan Switzerland,dan kerajaan mereka wajib menyiasat kesalahan di bumi mereka.

Tiada apa apa konspirasi di sini yang mereka melanggar kedaulatan undang undang kita. 1MDB yang melanggar undang undang di negara mereka. Ini kita perlu faham dan jangan kelirukan rakyat.

Singapura terpaksa menutup Bank BSI mereka sendiri, menangkap pengurus-pengurus mereka dan merampas harta 1MDB kerana kesalahan isu berkaitan 1 MDB di Singapura.

Bekalan air

Tiada sebab Singapura hendak berkonspirasi terhadap Malaysia apabila mereka bergantung begitu besar terhdap bekalan air kita, pekerja kita dan sedang berunding membina keretapi laju yang akan banyak menguntungkan Singapura.

Ini isu melanggar undang-undang Singapura.

Sebuah syarikat dari Abu Dhabi pula telah menuntut hutang 1MDB melalui Mahkamah Timbangtara Antarabangsa kerana 1MDB gagal membayar hutang mereka.

Adakah kita hendak tuduh Abu Dhabi, sebuah negara Islam, juga terlibat dalam konspirasi terhadap Malaysia.

Isunya ialah hutang 1MDB yang di ketuai oleh Datuk Seri Najib Razak, bukan negara Malaysia yang hendak dihukum.

Switzerland terkenal sebagai negara berkecuali yang tidak pernah terlibat bermain politk antarabangsa dalam sejarahnya, menyiasat 1 MDB kerana ingin menjaga nama baiknya sebagai pusat perbankan dunia terbaik kerana aktiviti mencurigakan 1MDB di Swizerland

Kembali kepada Amerika pula. Barrack Obama adalah rakan golf akrab Najib yang telah dua kali melawat Malaysia dalam setahun.

Di Parlimen kita telah diberitahu olih seorang bekas menteri pertahanan Malaysia yang Amerika sedang berunding dengan Malaysia untuk membina perlabuhan tentera di Sabah menghadapi ancaman negara China.

Dengan kes mahkamah antarabangsa oleh Filipina baru-baru ini terhadap China tentang kedaulatan Lautan Cina Selatan, yang menimbulkan ketegangan serantau ASEAN, mengapa Amerika hendak berbalah politik dengan Malaysia?

Topik panas

Ini semua tidak masuk akal melainkan ianya semata-mata isu perundangan kewangan antarabangsa berkaitan penggubalan wang haram yang amat serius.

Marilah kita menggunakan ilmu pengetahuan melalui penyelidikan dan bukan emosi sebelum membuat anggapan tidak munasabah yang mengelirukan rakyat dan mengalih pandangan dari isu sebenarnya.

Negara kita menghadapi masalah kepercayaan dan kredibiliti yang amat serius sekarang.

Saya baru pulang dari luar negara dan isu 1MDB dan Najib adalah topik panas utama di semua negara luar. Rakyat-rakyat Malaysia di luar negara dihujani pelbagai soalan dan cemuhan kerana isu 1MDB.

Yang amat melucukan adalah kenyataan dari bekas menteri wanita tadi bahawa campur tangan kuasa asing akan menyebabkan Malaysia menjadi seperti Iraq - yang dijajah!

Soalan kami berapa titik sahajalah rezab minyak Malaysia kalau dibanding dengan sumber Iraq, Arab Saudi atau Amerika sendiri?

Lagi pun bukankah perdana menteri Malaysia di antara kalangan kroni-kroni Amerika?

Pada tahun ini saya sendiri telah menyoal di Parlimen mengapa Malaysia menyertai latihan tentera - “ Northern Thunder” di Arab Saudi yang disertai oleh semua kroni Amerika dari negara Arab dan Afrika sahaja?

Kerana ingin mengambil hati Amerika, Malaysia sanggup "menyelit" dan merupakan negara tunggal yang bukan dari Arab dan Afrika dalam latihan tersebut.

Najib sendiri telah melawat tentera Malaysia semasa latihan tersebut. Patutlah Obama sayang pada Najib dan melawat Malaysia dua kali dalam setahun.

Presiden Amerika terakhir melawat Malaysia sebelum itu adalah Presiden Johnson pada tahun 1960an - iaitu hampir 50 tahun dahulu!

Apabila kita mendengar seorang bekas menteri kanan kerajaan, seorang ketua parti pembangkang, dan terakhir, seorang menteri besar Umno menyatakan isu 1MDB ini adalah usaha kuasa asing hendak menjatuhkan kerajaan Malaysia, cuba kita fikirkan dari mana datangnya logik analisis mereka!

Emosi

Saya mohon mereka cuba asaskan teori mereka dari fakta-fakta yang nyata serta kukuh dan bukan dari emosi!

Kami boleh memahami kenapa bekas menteri kanan dan menteri besar membuat kenyataan demikian kerana ia berasakan emosi dan sentimen kepartian. Tetapi susah kita hendak memahami kenapa seorang ketua parti pembangkang membuat kenyataan yang sama!

Cuba kita renungkan, mengapa tiada bantahan dan tuduhan mencabul kedaulatan atau campur tangan kuasa asing – Amerika dibuat oleh mereka ini semasa perkara-perkara tersebut di bawah berlaku:-

Latihan beribu-ribu tentera Amerika di Terengganu beberapa tahun lalu.
Penggunaan pelabuhan Pelabuhan Kelang oleh Kapal Perang Amerika.

Cadangan pembinaan pelabuhan tentera Amerika di Sabah seperti pendedahan bekas Timbalan Menteri Pertahanan.
Perjanjian TPPA yang akan menggunakan undang-undang negara asing - Amerika di Malaysia.

Adakah bantahan mereka ini untuk membela kedaulatan Malaysia atau untuk menyambung hayat pemerintahan Najib supaya terus berkuasa dan meneruskan salah guna kuasa dan memperkayakan golongan-golongan tertentu?

Raja Bahrin Shah adalah Ahli Parlimen Kuala Terengganu

DOJ dedahkan Penyangak 1MDB?

1MDB: Adakah Ianya Campurtangan Amerika atau Kebodohon Penyangak? Mari Kita Fikirkan

Nota: Kongsikanlah apa yang ditulis dengan rakan-rakan. Janganlah mudah menerima hujah bahawa ianya campurtangan asing tanpa memahami konteks tindakan Amerika tersebut.

1. Secara peribadi, saya amat tidak bersetuju dengan dasar campurtangan Amerika Syarikat di negara-negara lain didunia ini. Ianya sekadar menyerlahkan sikap mereka yang cuba menjadi Sherif dunia.

2. Apatah lagi sebarang campurtangan di tanahair tercinta, Malaysia.

3. Selepas Jabatan Keadilan Amerika mengeluarkan tuntutan terhadap aset-aset yang dibeli menggunakan wang 1MDB, jentera propaganda BN memainkan sentiment  bahawa tindakan tersebut adalah satu campurtangan Amerika dalam urusan Malaysia.

4. Saya tersentak melihat kedangkalan jentera propaganda ini.

5. Tindakan Jabatan Keadilan Amerika tersebut bukanlah satu campurtangan dalam urusan Malaysia. Sebaliknya ianya adalah usaha untuk mempertahankan tadbir urus sistem kewangan mereka.

6. Dari tuntutan Jabatan Keadilan Amerika tersebut jelas bahawa wang yang disalur keluar dari 1MDB telah melalui sistem kewangan Amerika Syarikat. Wang ini digunakan untuk membeli pelbagai jenis aset termasuklah hartanah dan kapal terbang peribadi.

7. Perlu diingat, wang tersebut bukannya dibawa menggunakan kapal, lori atau kapal selam. Sebaliknya ia telah disalurkan melalui sistem perbankan dan kewangan Amerika.

8. Transaksi melalui sistem perbankan adalah transaksi yang paling mudah dikesan. Ianya akan meninggalkan jejak audit yang boleh diikuti dari mula wang tersebut melalui sistem perbankan sehingga ianya digunakan.

9. Dalam kes aset-aset yang disebut oleh Jabatan Keadilan Amerika, tentunya pembelian aset-aset ini tidak dibuat dengan menggunakan wang tunai yang dibawa dengan lori atau kapal. Sebaliknya ianya menggunakan pelbagai instrumen kewangan seperti cek atau kad kredit.

10. Ianya memudahkan penyiasatan oleh pelbagai pihak, termasuklah agensi-agensi kerajaan Amerika. Mereka tidak perlu merujuk kepada 1MDB untuk mengetahui pergerakan wang didalam sistem kewangan Amerika. Ini kerana, apabila wang tersebut disalur keluar dari akaun 1MDB kepada pihak lain (yang bukan entiti 1MDB), pergerakan maka wang tersebut boleh dijejaki dengan mudah walaupun tanpa bantuan 1MDB.

11. Sejarah telah membuktikan bahawa Amerika Syarikat sentiasa berusaha keras untuk mempertahankan ketelusan dan tadbir urus sistem kewangan dan korporat mereka.

12. Didalam salah satu kes penyelewengan korporat terbesar di Amerika iaitu skandal Enron yang terdedah pada tahun 2001, CEOnya Jeffry Skilling telah didapati bersalah dan dipenjarakan selama 24 tahun (sebelum dikurangkan kepada 14 tahun).

13. Selepas skandal Enron, kerajaan Amerika Syarikat telah melakukan perubahan besar-besaran kepada sistem kewangan dan korporat mereka.

14. Satu undang-undang baru, Sarbanes-Oxley Act diperkenalkan pada tahun 2002. Akta ini adalah antara perubahan terbesar yang pernah dibuat kepada sistem tadbir urus korporat dan kewangan Amerika Syarikat.

15.  Pada tahun 2008 pula, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif NASDAQ yang juga pengasas Madoff Investment Securities telah ditangkap kerana didapati bersalah menganjurkan skim cepat kaya terbesar di Amerika. Beliau telah dihukum penjara untuk 150 tahun! Perlu diketahui bahawa Madoff juga seorang Yahudi.

16. Selepas krisis kewangan Amerika yang bermula pada tahun 2008, kerajaan Amerika memperkenalkan Dodd Frank Act pada 2010. Ianya merupakan perubahan paling besar kepada undang-undang dalam sistem kewangan Amerika sejak Great Depression.

17. Contoh-contoh diatas menunjukkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat amat mengambil berat akan ketelusan dan tadbir urus sistem keewangan mereka.

18. Jadi, apabila wang milik 1MDB di salurkan melalui sistem kewangan mereka dan digunakan untuk membeli pelbagai aset peribadi pihak tertentu, maka tentunya pihak berkuasa Amerika akan mengambil tindakan terhadap “kleptocracy” ini.

19. Oleh itu, hujah bahawa tidakan Amerika berkaitan dengan 1MDB adalah satu campurtangan asing dalam ehwal dalaman Malaysia adalah satu hujah yang dangkal.

20. Samalah juga tindakan kita mengambil tindakan terhadap rakyat asing yang terlibat dengan jenayah di Malaysia. Ianya tidak bermakna kita campurtangan dalam urusan dalaman negara asal penjenayah tersebut. Kita bertindak kerana mempertahankan keamanan dan kententeraman negara.

21. Jadi, fikirkanlah. Apakah tindakan Amerika tersebut adalah satu campurtangan asing atau satu tindakan yang diambil kerana kebodohan penyagak yang menggunakan sistem kewangan Amerika dengan harapan tiada pihak yang akan dapat mengesannya!

Friday, July 22, 2016

DELEGASI ANGKATAN TENTERA DARIPADA KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT MENGADAP DYMM SULTAN JOHOR DAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhun Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menerima kunjungan hormat delegasi Angkatan Tentera daripada kedutaan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Kolonel Ronald D. Sargent Jr. Atase Pertahanan Amerika Syarikat di Istana Bukit Pelangi pada hari ini, 22hb Julai 2016. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat serta berbincang mengenai sesi latihan bersama untuk masa akan datang. Allah Peliharakan Sultan.

----

UNITED STATES ARMY DELEGATION FROM THE UNITED STATES EMBASSY VISITS HM SULTAN OF JOHOR AND HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan of Johor, and HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, received the delegation of the United States Army from the United States Embassy led by Colonel Ronald D. Sargent Jr. , Defense Attaché at the Istana Bukit Pelangi today, July 22nd 2016. The visit was to foster and strengthen the ties between Johor Military Forces and the United States Army and also discuss future joint exercises. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Saya sengaja mengambil sedikit masa sebelum menulis kenyataan ini untuk memerhati gelagat pemimpin kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri dan Peguam Negara terhadap pengumuman yang amat mengejutkan oleh Peguam Negara dan pegawai tinggi Amerika Syarikat mengenai 1MDB dan tindakan perampasan aset milik mereka yang dinamakan hasil pemindahan wang haram yang dikatakan terbesar dalam sejarah AS, mungkin juga dunia.

Walaupun ia kes sivil yang bertujuan untuk merampas aset-aset, tetapi ia juga merupakan bukti penipuan oleh mereka yang dinamakan. Mereka telah mencuri wang milik 1MDB! Maka ia adalah suatu jenayah!

Jika 1MDB dan Kerajaan Malaysia secara tegas mahu melindungi harta dan khazanah rakyat Malaysia dari kehilangan atau kerugian, pendedahan yang amat mengejutkan ini seharusnya mendorong mereka mengambil tindakan segera mengikut undang-undang Malaysia ke atas MALAYSIAN OFFICIAL 1, Reza Aziz, Jho Low dan nama-nama lain yang disenaraikan dalam laporan Peguam Negara AS.

Sebaliknya, logikkah sebagai Perdana Menteri, Najib hanya menasihati rakyat Malaysia untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap penemuan yang mengejutkan dunia ini dengan berkata kes tersebut melibatkan mereka yang dinamakan sahaja dan proses perundangan masih berjalan?

Jika Najib seorang yang beramanah dan bertanggungjawab, apa yang dia sepatutnya kata? Mengejutkan! Ambil serius keputusan pihak Peguam Negara Amerika Syarikat, hantar delegasi tertinggi kerajaan untuk mendapatkan butiran terperinci dari Amerika Syarikat, tubuh sebuah tribunal bebas untuk menyiasat dan memulakan proses pendakwaan jenayah dengan kadar segera terhadap mereka didapati terlibat atau bersubahat dalam pemindahan wang haram berjumlah puluhan bilion ringgit yang amat memalukan negara. Ini kerana wang rakyat Malaysia dalam jumlah yang amat besar didapati hilang dan dilesapkan oleh mereka yang dinamakan.

Najib juga sudah sepatutnya menghantar Peguam Negara Malaysia dan Ketua Polis Negara ke Amerika Syarikat dengan segera untuk mendapatkan kerjasama negara itu supaya tindakan undang-undang Malaysia yang sesuai boleh diambil terhadap mereka yang terbabit. Najib juga sewajarnya telah mengarahkan Peguam Negara dan 1MDB segera menuntut wang yang dilapor dicuri daripada syarikat milik negara.

Nampak benar semua ini tidak dilakukan oleh Najib. Dia sebaliknya hanya berkata kes ini bukan kes jenayah tetapi kes sivil dan orang-orang yang dinamakan dalam laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Adakah ini sepatutnya respon seorang Perdana Menteri terhadap kes penemuan sejumlah besar wang yang dicuri daripada sebuah syarikat pelaburan strategik negara? Adakah pembelaan terhadap individu yang dituduh terlibat dalam perompakan harta negara lebih penting berbanding pembelaan terhadap seluruh rakyat yang terpaksa menanggung beban kehilangan puluhan bilion ringgit wang negara? 

Saya mencabar Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya! Saya amat kecewa dengan sikap penafian yang teruk yang dinyatakan oleh dia dan konco-konconya berkenaan kes penipuan terbesar yang ditemui oleh pihak kerajaan Amerika itu.

Peguam Negara Malaysia juga tidak menjalankan amanah! Logikkah apabila dia berkata tindakan sivil di Amerika Syarikat itu tidak membabitkan Najib? Siapakah MALAYSIAN OFFICIAL 1 yang difahami oleh Peguam Negara seperti yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan AS? Jika dia tidak tahu, tidak bolehkah dia bertanya dengan rakan sejawatnya di Amerika Syarikat siapakah dia MALAYSIAN OFFICIAL 1?

Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan AS, orang ini memiliki sejumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia. Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib!

Yang sepatutnya dibuat oleh Peguam Negara Malaysia bukan melindungi Najib. Dia sepatutnya terperanjat dengan penemuan pasukan penyiasat AS dan terus menghantar pasukan penyiasat Malaysia ke AS untuk mengambil tindakan susulan demi memelihara kepentingan rakyat Malaysia yang telah kehilangan wang berbilion ringgit.

Beliau juga sepatutnya telah mengarahkan SPRM dan PDRM membuka semula kertas siasatan terhadap 1MDB. Bagaimana boleh terjadi pasukan penyiasat negara kita tidak menemui sebarang bukti kehilangan wang 1MDB, sedangkan pasukan penyiasat negara asing menemuinya? Bukankah ini sepatutnya memeranjatkan Peguam Negara? Bukankah perkara ini yang harus diutamakan, bukan melindungi Perdana Menteri! Nampak benar rakyat Malaysia tidak lagi boleh mengharapkan dia untuk melindungi kepentingan negara!

Apakah harapan kita untuk terus percaya dengan Perdana Menteri Malaysia? Tindakannya selama ini adalah untuk melindungi diri sendiri, bukan melindungi kepentingan rakyat Malaysia!

Rakyat harus sedar dan bangkit bersuara dengan berani menuntut mereka yang merompak harta negara dihukum. Seruan agar rakyat bangun menentang kemungkaran ini hendaklah mengikut lunas undang-undang secara aman dan tidak semestinya dianggap provokatif.

DYMM Raja-Raja Melayu yang menjadi Payung Negara yang telah pernah bertindak bertitah sebelum ini sewajarnya tidak boleh membiarkan Perdana Menteri bermaharajalela merosakkan imej negara dan maruah rakyat serta memusnahkan khazanah negara. Majlis Raja-Raja boleh bertindak menjadi benteng terakhir pelindung hak rakyat dan negara! Majlis Raja-Raja tidak menyalahi mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia atas semangat Raja-Raja Melayu berbuat sesuatu untuk memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.

Sahlah tindakan dan pendirian saya selama ini bahawa kes 1MDB adalah satu kes penyelewengan yang amat memalukan yang melibatkan Perdana Menteri. Ia adalah suatu yang sahih dan benar.

Dengan pendedahan yang tidak dapat lagi diselindungi oleh sesiapapun ini, maka kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah mengkhianati Rakyat Malaysia dan sepatutnya menanggung akibat daripada perbuatan salahlaku yang amat serius ini! Bukan sahaja ia merupakan kes jenayah dan sivil yang cukup memalukan, malahan dari segi moral pun Najib sebenarnya tiada pilihan lain selain meletak jawatan dengan serta merta!

Saya akan tetap berdiri teguh dengan pendirian saya dan tidak akan sekali-kali berundur daripada kepercayaan dan keyakinan saya dalam perjuangan mempertahankan hak dan maruah seluruh rakyat Malaysia!

Marilah kita bersatu hati dan bersama-sama berjuang untuk Selamatkan Malaysia!

Faiza Azamta Fatawakkal AlaLlah!

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

YANG TIDAK ADA KENA MENGENA LEBIH BAIK DUDUK DIAM-DIAM SAHAJA

Pada saya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini JDT adalah kelab yang paling berjaya di rantau Asia Tenggara. Kami adalah juara sebenar dalam negara kerana kami telah berjaya mencapai kejayaan menentang sistem.

Kami memenanginya dengan mewujudkan sebuah kelab tanpa memerlukan dana dari kerajaan kerana dana tersebut sepatutnya menjadi milik rakyat dan bukannya digunakan untuk bola sepak.

Saya bukan berjaya kerana saya seorang presiden sebuah persatuan dan mempunyai pengadil yang bekerja dalam persatuan saya.

Saya bukan berjaya kerana pengadil yang memberikan sokongan terhadap parti politik yang saya turut terlibat di dalamnya.

Saya bukan berjaya dengan membelanjakan duit rakyat atau wang untuk kegunaan peneroka. 

Kepada Ahli Parlimen Kota Tinggi, Ahli Parlimen Sekijang dan pucuk pimpinan Felda, beringatlah bahawa duit peneroka atau dana kerajaan sepatutnya di gunakan untuk rakyat dan bukan bola sepak demi kesinambungan politik dan untuk menguntungkan sesetengah kontraktor-kontraktor Felda.

Seperkara yang terakhir, kepada pihak SPRM, tindakan anda ibarat seperti begitu terhegeh-hegeh hendak menyiasat FAM, adakah anda mahu menyiasat atau lebih hendak tahu siapa yang memberi maklumat kepada saya.

Banyak lagi kes-kes besar di dalam negara ini yang masih tak mampu SPRM selesaikan. Lebih baik berikan tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaikan.

Maklumat di dalam pendrive ini adalah hak milik saya. Saya sendiri akan selesaikan isu ini dan sekiranya saya mahu pertolongan SPRM, saya sendiri yang akan memanggil SPRM.

Tidak perlu hendak diperhebohkan mengenai hal ini. Yang tidak ada kena mengena lebih baik duduk diam-diam sahaja. Selesaikan masalah dan hutang masing-masing.

Masalah FAM ialah terlalu ramai pejuang FAM di luar FAM. Buat masa ini biarlah saya selesaikan isu ini dengan pihak tertentu. Dan sebelum saya terlupa, pertanyaan ini ditujukan kepada Dato Taufek yang mengeluarkan kenyataan dalam Harian Metro pada hari ini, anda dapat gelaran Dato dari mana?

Terima kasih.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

----

THOSE WHO ARE NOT INVOLVED SHOULD JUST SIT QUIETLY

To me, over the last few years JDT is the most successful club in South East Asia. We are the real champions in the country because we have achieved success against the system.

We won by creating a club that did not take the government's money because government's money belongs to the people and should not be used for football.

I didn't win because I am a President of a particular association and the referees are working for my association. I didn't win because the referee is supporting some political party which I am in. I did not win by spending the rakyat's money or money meant for the settlers.

To the member of parliament for Kota Tinggi, member of parliament for Sekijang and the top leadership of FELDA, remember that the money for the settlers or government funds should be used for the rakyat and not for football and your own political mileage and for the benefit of certain FELDA contractors.

Lastly, to MACC, your actions shows that MACC is so desperate to investigate FAM. There are plenty of other bigger cases in the country that MACC still are not able to solve.

Perhaps its better to focus on these unsolved cases. The information in the pendrive belongs to me.

I will personally solve this issue and should i require any assistance from MACC, I will inform MACC. There is no need to make a big fuss regarding the matter. Those who are not involved should just sit quietly.

Solve each of your debt problems. The problem with FAM is there are too many FAM's fighters outside of FAM.

For the time being, let me solve this issue with the relevant people. Before I forget, this question is directed at Dato Taufik who issued a statement in Harian Metro today, where did you get your Datoship from?

Thank you.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

PENERANGAN : Tindakan Jabatan Keadilan US terhadap 1MDB?

Oleh kerana berita tidak keluar wajar kita ketahui apakah isi penting yang disebut dalam tindakan terkini oleh Department of Justice Amerika Syarikat terhadap skandal 1MDB.

1. DOJ (Dept of Justice) mengumumkan bahawa mereka akan membeku lebih dari 1 Billion USD (4 Billion ringgit) aset di US seperti rumah-rumah mewah dan hak cipta filem Wolf of Wall Street.

2. Perbelanjaan wang 1MDB ini juga termasuk pembayaran hutang judi di Las Vegas, pembelian kapal layar mewah dan pembelian jet peribadi jenama bombardier yang berharga lebih dari USD 35 juta (RM 120 juta).

3. Diumumkan antara individu yang terlibat dalam tindakan ini (empunya aset) adalah Riza Aziz (anak tiri Perdana Menteri) dan Taek Jho Low.

4. DOJ menyatakan bahawa aset 1 Billion USD (RM 4 Billion)  ini merupakan sebahagian dari 3.5 Billion USD (RM 14 Billion) nilai jumlah wang yang dipercayai dicuri dari 1MDB.

5. 'Malaysian Official 1' merupakan antara penjawat awam yang juga dikatakan terlibat dalam skandal ini, walaupun namanya tidak disebut akan tetapi diterangkan bahawa Riza Aziz merupakan anak tiri kepada 'Malaysian Official 1'.

6. Lebih dari 100 Juta USD (RM 400 juta) wang 1MDB digunakan untuk membiayai filem 'Wolf Of Wall Street' sebuah filem yang mengisahkan cerita beberapa individu yang menipu dan mencuri duit orang ramai.

7. Filem 'Wolf of Wall Street' terbitan syarikat Red Granite Films yang dipunyai Riza Aziz.

8. DOJ menyatakan tidak satu sen pun dari sebarang keuntungan filem berkenaan ataupun dalam mana-mana aset dapat dirasai oleh rakyat Malaysia dan mereka becadang untuk memulangkan kembali semua kekayaan ini kepada Malaysia setelah selesai penyiasatan.

Ada soalan bertanya aset 1MDB tiada di luar negara mengapa US sibuk? Adakah ini ajinda Ya hu diiii?

DOJ saman sivil sekandal 1MDB bekukan asset?

1. Kalau 1MDB tidak ada salah laku salah guna kuasa. Mengapa Syarikat 1MDB boleh berhutang sehingga 50billion?

2. Mengapa Ahli lembaga pengarahnya di pecat oleh Menteri Kewangan 1?

3. Mengapa TSMY dan sahabat-sahabatnya di pecat dari keahlian dan jawatannya? Kita faham itu hak MT dan Perdana Menteri? Hak rakyat masih ada terhadap TSMY dan Sahabat-sahabatnya?

4. Hari ini pendedahan dari DOJ sekandal 1MDB saman sivil untuk membekukan aset 1MDB di Amerika?

5. Singapura yang turut menyiasat sekandal 1MDB turut membekukan beberapa acc bank yang dikaitkan dengan 1MDB?

6. Ada dikalangan rakyar Malaysia bertanya mana 1MDB ada asset di Amerika atau luar negara? Itu kena tanya dengan Datuk Seri Najib Razak. Ada ataupun tidak 1MDB melabur diluar negara?

7. Adik kepada Datuk Seri Najib Razak mengakui ada mengagihkan USD $700 juta kepada ahli Politik tertentu melalui acc peribadi Datuk Seri Najib Razak. Acc tersebut telah ditutup. Dari manakah wang tersebut datang? Kita takut untuk bercakap tetapi penyiasat antarabangsa telah lama menyiasatnya. Kini pendedahan demi pendedahkan dikeluarkan.

8. Beberapa nama yang dikaitkan oleh DOJ seperti dalam senarai tersebut:-

Thursday, July 21, 2016

Seorang Datuk, 7 pengikut Geng 21 Japan didakwa

JOHOR BAHRU 21 Julai - Seorang Datuk dan tujuh pengikutnya didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana menjadi ahli kumpulan penjenayah terancang dikenali sebagai Geng 21 Japan di kawasan Wilayah Iskandar antara Januari hingga Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Datuk K. Elumalai, 42, bersama-sama anggotannya, K. Puvendran, 28; M. Suresh, 39; S. Rajandran, 39; S. Jeeva, 26; R. Shamuga Nathan, 37; R. Ganabathy, 30, dan M. Krishok Kumar, 25; mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan hadapan Majistret, Nor Azlan Shah Mohd. Allias.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 130v Kanun Keseksaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA dan boleh dihukum mengikut akta yang sama, iaitu penjara tidak kurang lima tahun atau tidak lebih 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Wilayah Iskandar, di sini antara 18 Januari hingga 19 Ogos tahun lalu.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos ini untuk permohonan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, July 19, 2016

Penculikkan lagi berlaku di perairan Sabah?

MANILA: Angkatan Tentera Filipina sedang membuat pengesahan laporan bahawa lima orang telah hilang di perairan Lahad Datu, Sabah.

"Kami dengan penuh keinginan sedang berusaha ke arah itu dan akan berusaha untuk mengesahkannya secepat mungkin serta akan mendedahkannya sebaik sahaja data telah disediakan," kata Ketua Pejabat Hal Ehwal Awam Angkatan Tentera, Kolonel Edgard Arevalo, Selasa.

Penasihat rundingan damai Peace, Jesus Dureza berkata, berdasarkan laporan yang diterimanya pada Isnin, beberapa warga asing telah hilang dan mungkin telah diculik.

Pihak berkuasa Malaysia berkata sebuah bot tunda kosong dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Dent Haven, Tambisan, Lahad Datu pada Isnin.

Arevalo berkata Komando Mindanao Barat telah menyedari tentang laporan 'kemungkinan penculikan yang berlaku dalam dua hari lepas'.

Penculikan rakyat Indonesia juga telah dilaporkan berlaku di perairan selatan Filipina oleh kumpulan Abu Sayyaf baru-baru ini.

The Star Online melaporkan bahawa lima pelayar Malaysia, yang dilaporkan hilang dari sebuah kapal tunda di perairan Lahad Datu pada Isnin, mungkin telah diculik.

"Kami tidak menolak kemungkinan lima yang berkenaan diculik," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun kepada pemberita di Lahad Datu pada Selasa.

Beliau berkata, sehingga kini tiada panggilan diterima oleh keluarga kru kapal tunda itu.

Rashid turut menafikan khabar angin bahawa pemilik kapal tunda itu telah menerima panggilan pada lewat Isnin dan penculik menuntut 200 juta Pesos (RM20 juta) dan juga telah bercakap dengan mangsa.

"Tiada sebarang panggilan," katanya.

Beliau berkata mereka masih menyiasat kehilangan lima anak kapal yang dikenal pasti sebagai tiga rakyat Sabah iaitu Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23 dan Fandy Bakran, 26.

Selain itu seorang lagi yang berasal dari Sarawak ialah Tayudin Anjut, 45, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari semenanjung. -Philippines Daily Inquirer/Asia News Network

TMJ Bakal jumpa Exco tertinggi FAM?

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAKAL BERJUMPA DENGAN FAM

Hanya dua halaman 3.1.2.1 dan 3.1.2.2 dari 279 halaman yang kami dapat kongsikan disini atas titah DYAM Tunku Mahkota Johor oleh kerana tidak mahu menganiaya sesetengah individu dan mahu menyimpan sebahagiannya terlebih dahulu atas sebab sesetengah maklumat tersebut mempunyai nama yang mampu memberi implikasi besar pada individu tertentu. Terima kasih.

DYAM Tunku Mahkota Johor bakal berjumpa dengan Exco tertinggi FAM dan pegawai-pegawai di dalam FAM di Kuala Lumpur atau Johor Bahru secara 'personal' dan 'private' untuk membincangkan dan menyelesaikan isu sedia ada. Pertemuan tersebut juga bertujuan untuk menggesa individu-individu tertentu untuk berundur dan memberikan tugasan tersebut kepada mereka yang lebih berkaliber, dedikasi dan penuh integriti bagi menerajui FAM dan pengurusan pasukan kebangsaan.

Sepertimana titah DYAM Tunku Mahkota Johor, "individu yang akan menerajui FAM dan pasukan kebangsaan mestilah layak dan berkaliber serta diterima oleh semua pihak termasuk semua penyokong bolasepak tanahair."

-----

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR TO MEET FAM

Only two pages 3.1.2.1 and 3.1.2.2 out of 279 pages have been shared by us here as decreed by HRH Crown Prince of Johor to avoid persecuting certain individuals and withhold some of the information first as those information includes names that can have huge implications on those individuals. Thank you.

HRH Crown Prince of Johor will be meeting the FAM executive committee and officials in Kuala Lumpur or Johor Bahru to discuss and solve the issue personally and privately. The aim of the meeting is to urge certain individuals to step down and pass on the duties to those with more calibre, dedication and integrity to be at the helm of FAM and the national team's management.

As HRH Crown Prince Johor has mentioned, "individuals who will be heading FAM and the national team must be of caliber, capable, and accepted by everyone including the football fans in the country"

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Monday, July 18, 2016

Tun Dr Mahathir bin Mohamad jemputan ke Medan.

Masihkah kita kenal seorang rakyat Malayaia yang bernama Tun Dr Mahathir bin Mohamad atau terkenal dengan jolokkan Tun M.

TSMY Setuju cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Saya bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pakatan Harapan, PAS dan pertubuhan masyarakat sivil untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia di samping mengambil langkah-langkah perlu untuk melakukan reformasi institusi.

Saya telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz dan rakan-rakan yang lain mengenai keperluan penubuhan sebuah wadah politik untuk meneruskan perjuangan ini menerusi penyertaan di dalam pilihanraya.

Pada masa yang sama, saya juga akur bahawa penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang yang lain. Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya.

Saya juga bersependapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Seri Azmin Mohamed Ali dan beberapa pimpinan PH dan PAS yang lain bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Kesepakatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat.

Saya amat mengalu-alukan perkembangan positif ini dan bersedia untuk berbincang dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihanraya umum akan datang.

Andaian bahawa BN akan terus berkuasa dan pemimpin rasuah akan terus bermaharajalela lantaran perpecahan dalam kalangan parti-parti pembangkang tidak semestinya betul.

Saya yakin Malaysia sudah bersedia untuk menyongsong arus perubahan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan bersatu hati untuk membela nasib rakyat, menentang rasuah, salah guna kuasa dan manipulasi sentimen perkauman yang melampau demi mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.

InsyaAllah, berkat muafakat rakyat dan jiwa besar pemimpin yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan kepentingan negara, kita akan berjaya mengenepikan perbezaan, mewujudkan kesepakatan dan mencapai kemenangan.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
16 Julai 2016

A Wrong Businesd model for 1MDB?

Johari said three conclusions were made following the report. They included a wrong business model for 1MDB, weak management and lack of corporate governance.

Saturday, July 16, 2016

Waktu ziarah kubur ibu bapa yang afdal.

RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur, Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka,,,1X ANDA BAGI DAN SEBAR MUNGKIN DPT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI
.
Salam.
Kuliah dhuha masjid al-ehsan bandar kinrara.
.
Tajuk : Adab menziarahi kubur.
Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pd hari khamis selepas asar, sepanjang hari jumaat dan hari sabtu sebelum zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak2 menziarahinya.

Iman al-Bukhari meriwayatkan drpd Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :
.
Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pd hari2 tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kpd kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.
.
Jika anak tersebut adalah seorang yg derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.
.
Ketika dikubur :
.
1. Memberi salam kpd simati dgn panggilan yg biasa semasa hayatnya. Seperti " Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.
.
2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.
.
3. Membaca quran atau doa2 yg baik utk simati.
.
Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan

Friday, July 15, 2016

Rakyat Malaysia Mahu Perdana Menteri bawa Penyangak 1MDB ke muka Pengadilan?

Musuh negara dan musuh rakyat Malaysia sekarang adalah penyangak 1MDB?

Selagi penyangak tersebut tidak dibawa ke muka pengadilan Malaysia tidak akan tenang?

Sudah banyak kali diterangkan kononnya rakyat Malaysia yang tak faham. Kononnya rakyat Malaysia bodoh sengaja tak mahu faham.

Hakikatnya mengapa 1MDB di minta oleh bekas Gabenor Bank negara membawa pulang duit ke negara?

Akhirnya 1MDB membayar denda yang dikenakan oleh BNM dengan nilai rahsialah tetapi juta jugalah?

Dengan arahan siapakah MOF mengambil alih 1MDB? Dari sumber manakah 1MDB membayar hutang yang dikatakan telah mencecah RM 50 bellion?

Adakah wang negara boleh digunakan seperti kita gunkan wang kita sendiri?

Apa tujuan Audit negara di tubuhkan? Apa tujuan PAC di tubuhkan?

Perdana Menteri tidak boleh mendiamkan diri begitu sahaja. Perletakkan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB tidak boleh dianggap masaalah telah selesai?

Proses Mahkamah perlu dilakukan untuk mengadili kepada pelakunya. Perkara ini perlu dan mesti dijalankan untuk menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia yang di amanahkan untuk menjaga kepentingan negara?

Jika proses Mahkamah tidak berlaku jangan salahkan rakyat jika parti pemerentah sekarang bertukar kepada parti lain?

Misi selamatkan Malaysia adalah satu Proses. Jika perkara ini tidak dilakukan. Malaysia di ambang bahaya. Kerana ekonomi dan kewangan negara yang ke bergantungan dengan sumber pinjaman bank dunia amat merugikan negara.

Tambahan lagi dengan hilangnya wang dalam kementerian yang tidak dikawal urus dengan baik. Contoh yang dapat di kesan dalam KBS 100 juta wang hilang? Harap Kementerian lain tidak berlaku keadaan seumpama itu?

Jika perkara ini berlaku kepada pembangkang proses Mahkamah juga perlu dilakukan. Tuduh menuduh antara kerajaan dan pembangkang bukan jalan penyelesaian masaalah.

Tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana berani berjuang untuk selamatkan Malaysia. TSMY, DSM, DSSA dan semua pejuang-pejuang Deklarasi Rakyat.

" BERANI KERANA BENAR "

Politik Muafakat rakyat membawa berkat. Berat sama di pikul ringan sama dijinjing. Hati Kuman sama dicicah hati Gajah sama dilapah.

" Menyokong Pemimpin membabi-buta yang memikul bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan permaidani "- AZB

Thursday, July 14, 2016

TERKINI : PARTI BARU POLITIK MUFAKAT?

Politik Mufakat gabungan persefahaman untuk mentadbir negara. Jalan dia mudah.

Jangan sentuh yang sudah di meterai dalam Perlembagaan negara. Mufakat sesama bangsa dan kaum lain. Buat baik sesama bangsa bantu bangsa lain.

Amalkan anutan agama masing-masing. Jangan sebut atau sentuh agama atau bangsa kaum lain. Hidup bersatu padu menentang musuh-musuh negara.

Melayu, Cina,India, Sabah, Serawak bersatu dalam gabungan Politik Mufakat. Matlamat adalah untuk mentadbir Malaysia.

UMNO sudah ada yang uruskan. Biarkanlah UMNO dengan caranya yang tersendiri.

Perdana Menteri nasihatkan derma perlu masukkan dalam akaun bank rasmi parti politik untuk elak rasuah perlu diikuti demi kebaikkan Politik Mufakat.

DAULAT TUANKU : TMJ SUDAH " BERSEDIA "

MENGENAI PERSARAAN PEMAIN-PEMAIN DARI SKUAD KEBANGSAAN, FAM DAN FMLLP

Selepas kenyataan saya berkenaan kekecewaan saya terhadap organisasi skuad kebangsaan iaitu FAM dan FMLLP, kelab kami telah mengadakan mesyuarat untuk menyuarakan kebimbangan kami mengenai  kelemahan didalam menjalankan tugas dan pentadbiran dalam FAM. Sejurus selepas mesyuarat rasmi kelab JDT tersebut, beberapa pemain telah datang berjumpa saya dan memberitahu hasrat mereka untuk bersara. Saya memberi pendapat saya, dan bahawa apa juga keputusan yang mereka buat, saya akan menyokong keputusan mereka. Sebahagian daripada mereka meminta saya membantu mereka untuk mengumumkannya melalui laman rasmi JDT. Mereka tidak mahu mengumumkannya melalui media dan akaun media sosial mereka sendiri kerana terdapat ramai peminat bolasepak yang tidak bertanggungjawab sentiasa akan menyalahkan tindakan mereka. Saya bersetuju dan mengarahkan pegawai di kelab kami untuk mengendalikannya.

Sekarang, saya ingin menyuarakan pendapat jujur saya kepada peminat bolasepak di seluruh negara dan beberapa penyokong setia FAM. Untuk memahami keadaan ini, anda perlu menggunakan otak anda, walaupun kebanyakan anda tidak menyukainya. Adalah mudah untuk mengkritik tetapi anda perlu meletakkan diri anda di tempat mereka untuk memahami keputusan mereka. Pemain ini sayangkan negara mereka. Mewakili negara adalah penghormatan terbesar yang pernah mereka lalui dalam kerjaya mereka. Mereka bukan melakukannya kerana tidak suka kepada Malaysia. Mereka melakukan kerana mereka adalah manusia seperti anda dan saya. Mereka melakukan ini kerana mereka sudah letih dengan panggilan yang tidak sepatutnya dimana mereka perlu menghabiskan masa berbulan-bulan di kem latihan dengan latihan yang tidak mencukupi dan tidak memberi manfaat kepada pasukan kebangsaan.

Mereka terpaksa bermain untuk sebuah organisasi yang tidak pernah mengambil hal ehwal kebajikan mereka dan tidak berbuat apa-apa apabila rakan-rakan mereka tidak menerima gaji dari kelab masing-masing. Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak pernah menghadiri sebarang latihan atau pun mesyuarat. Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak mengetahui nama mereka dan kewujudan mereka. Mereka terpaksa juga bermain untuk sebuah organisasi yang tidak ambil kisah apabila mereka mengalami kecederaan. Saya berdiri bersama pemain-pemain ini. Terdapat lebih ramai lagi pemain yang mahu mengambil tindakan yang sama seperti pemain JDT lakukan tetapi mereka terlalu takut dengan pengurusan mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan. Mudah bagi anda untuk memberi komen dan mengkritik. Tetapi jika anda berada di tempat mereka, saya rasa anda juga akan melakukan perkara yang sama. Mereka telah cuba pelbagai cara yang sepatutnya dan profesional yang mungkin untuk mengendalikan perkara-perkara ini seperti merujuk kepada PFAM, dan juga menyuarakan masalah mereka kepada jurulatih dan pegawai FAM. Tetapi seperti biasa, FAM lakukan apa yang biasa mereka lakukan iaitu mengabaikan mereka. Sama seperti bagaimana mereka mengabaikan kelab dan penyokong bola sepak di seluruh negara selama 30 tahun. Oleh itu nasihat saya kepada anda adalah, anda perlu berdiri bersama pemain dan kelab. Minta perubahan dalam FAM. Sama ada mereka suka atau tidak, satu hari nanti mereka perlu berubah.

Seperkara terakhir, mereka sebelum ini menuduh saya membunuh bolasepak Malaysia. Jawapan saya kepada mereka adalah, "jika semua perubahan positif ini dianggap membunuh, saya akan terus membunuhnya". Hari ini saya ketawa kerana sewaktu saya mengatakannya, mereka fikir saya bergurau. Walaubagaimanapun, satu dunia tahu saya tidak membunuh bolasepak Malaysia dan memberi pengiktirafan yang saya telah menaikkan nama bolasepak Malaysia dengan pencapaian JDT dan prasarana JDT. Saya boleh memberi jaminan kepada anda, bahawa saya akan melakukan apa sahaja untuk membunuh korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia dan mereka-mereka yang terlibat. Malaysia memerlukan orang bolasepak dan jurulatih profesional dan bukannya 'businessman'. Untuk FMLLP. Anda sepatutnya menjaga kepentingan kelab dan penyokong. Bukan kepada beberapa individu-individu tertentu yang membuat jutaan ringgit. Didedikasikan khas untuk Dato Noza dan Kevin Ramalingam.

Sebelum saya akhiri kenyataan ini. Untuk makluman anda, saya sudah "Bersedia". Semoga Allah SWT merahmati anda semua.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-----

REGARDING PLAYERS RETIRING FROM THE NATIONAL TEAM, FAM AND FMLLP

After my statement that I was disappointed with the national team's  organisation namely FAM and FMLLP, our club held a meeting to address our concerns of how things a poorly run in FAM. Later after the meetings with JDT clubs official, a few players came to see me and told me about their decisions and what's my opinion. I told them what I thought and told them that whatever decision they make, they'd  have my support. So some of them , requested me to help them anounce it through our page. They did not want to go through the media and their own social media accounts because there has been a lot of irresponsible football fans constantly abusing them. I agreed and told the people in our club to handle it.

Now, I would like to voice out my honest opinion to football fans across the country and few of FAM loyalists. To understand this situation you have to exercise your brain, even though most of you don't like it. It is easy to criticize but you have to put yourself in their shoes to understand their decision. These player love their country. Representing the country is the greatest honour they have ever gone through in their careers. They don't do this because they don't love Malaysia. They do this because they are human beings like you and me. They do this because they are tired of unnecessary call ups that they have to spend months in training camp doing nothing.

They have to play for an organisation that never stand up for their well being and they don't  even do anything when their compatriots don't  receive salaries from their respective clubs. They are playing for a president who never attend trainings or meetings. Playing for a leader who doesn't even know their name and existence. Playing for an organisation that couldn't care less when they get injured. I stand with the players. They are more players that want to take the same action as the JDT players have taken but are too scared of their superiors.

Ladies and gentleman. Is easy for you to comment and criticize. But if you are in their shoes I think you would have done the same. These players have tried many ways to be as reasonable and professional as they can be in handling these matters by going to PFAM, and also voicing out their troubles to coaches and FAM officials. But as usual, FAM does what they do best which is ignoring them. Just like how they have ignored clubs and football fans across the country. Therefore my advice to you is, you should stand for the players, clubs and other organisation and demand changes in FAM. Whether they like it or not, one day they have to change.

Last but not least, they accused me of killing Malaysian football before. My reply to them was, "if all this positive changes is consider killing, I will continue killing it". Today I'm laughing because when I said that, they thought I was joking. Anyway, the world knows I'm not killing Malaysian football. But I can assure you, that I will do whatever it takes to kill corruption in Malaysian football and those who are responsible. Malaysia needs people with football knowledge and profesional coaches, not businessman. To FMLLP. You are supposed to take care of the clubs interest and the fans. Not the few individuals in making millions. Specially dedicated to Dato Noza and Kevin Ramalingam.

Before i end this statement. For your information, i am "Ready". May God bless all of you

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Tuesday, July 12, 2016

1MDB: LAPURAN AUDIT NEGARA DI TUKAR MENJADI AKTA RAHSIA RASMI 1972 MERUPAKAN PENGKHIANATAN TERHADAP PERLEMBAGAAN NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA?

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Saya bersama dengan seluruh rakyat yang menuntut kebenaran dalam isu 1MDB mendesak kerajaan supaya mengubah (declassify) status rahsia rasmi Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dengan segera supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan billion ringgit dalam urusniaga syarikat berkenaan.

Beberapa petikan yang dikatakan bersumber daripada laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seperti yang didedahkan oleh portal Sarawak Report beberapa hari lalu mengandungi maklumat-maklumat penting berkaitan penyelewengan syarikat berkenaan. Ini termasuk kehilangan wang berjumlah USD7 billion (RM28 billion) yang dibayar kepada beberapa buah syarikat palsu yang tiada kaitan dengan urusniaga 1MDB.

Ketika kemelut 1MDB mula dipersoalkan oleh rakyat pada awal tahun lalu, saya telah menyuarakan kebimbangan saya di dalam kabinet dan menyarankan supaya Ketua Audit Negara menyiasat akaun 1MDB, termasuk melakukan audit forensik. Siasatan Ketua Audit Negara adalah penting untuk menentukan kedudukan sebenar akaun 1MDB dan menjawab segala tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap syarikat berkenaan, termasuk yang melibatkan Perdana Menteri.

Perdana Menteri sendiri berjanji bahawa Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan diumumkan dan beliau memberi jaminan bahawa individu atau pihak yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penyelewengan 1MDB akan dibawa ke muka pengadilan. Bagi yang mungkin terlupa akan janji Perdana Menteri ini, saya ingin memetik tulisan beliau dalam portal NajibRazak.com yang disiarkan pada bulan Mei 2015.

Beliau berkata, “adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan...sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB”.

Kata Najib lagi, “Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi”.

Itu kenyataan Najib lebih setahun yang lalu.

Jabatan Audit Negara telah memulakan siasatan ke atas akaun 1MDB pada bulan Mac 2015. Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB telah disiapkan pada bulan Jun 2015 dan laporan akhir Ketua Audit Negara telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada bulan Mac 2016.

Malangnya, Najib telah memungkiri janjinya kepada rakyat. Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tidak didedahkan kepada umum, malah telah diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Tindakan mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara sebagai dokumen rahsia rasmi adalah aneh memandangkan Ketua Audit Negara mempunyai tanggungjawab di bawah Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan untuk menyerahkan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Laporan ini kemudiannya hendaklah dibentangkan di Dewan Rakyat. Adakah kerajaan mempunyai kuasa melebihi kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan  untuk menutup hasil siasatan Ketua Audit Negara daripada pengetahuan rakyat?

Lebih malang, ada Menteri kabinet yang melabelkan pihak yang membocorkan kandungan laporan Ketua Audit Negara sebagai pengkhianat negara. Siapakah pengkhianat sebenarnya? Orang yang mendedahkan salahlaku 1MDB atau orang yang merompak wang negara menerusi transaksi 1MDB dan kemudian menutup kesalahan mereka daripada diketahui oleh rakyat? Sudah tentulah merompak wang negara dan menutup perbuatan jenayah adalah suatu pengkhianatan yang amat jijik kepada negara.

Seluruh kabinet bertanggungjawab terhadap rakyat. Mereka tidak mempunyai kuasa mutlak untuk melakukan apa sahaja semata-mata untuk melindungi keselamatan seorang individu. Kepentingan majoriti rakyat adalah jauh lebih utama daripada keselamatan seorang individu.

Rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran. Najib telah dikaitkan secara langsung dalam skandal 1MDB dan dia harus tampil menjawab pertanyaan rakyat. Tindakan berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi akan menambah syak wasangka rakyat terhadap kredibiliti dan integriti Najib sebagai Perdana Menteri.

Jika dia seorang yang benar-benar ikhlas, budiman dan berani mencari kebenaran, ubah (declassify) segera status rahsia rasmi Laporan Akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dan dedahkan hasil siasatan untuk tatapan rakyat. Usah berdolak dalih lagi.

Jangan berterusan menyalahkan portal berita atas talian atau media asing kerana menyebarkan maklumat mengenai penyelewengan 1MDB. Anda mempunyai satu laporan penting yang sah mengenai 1MDB. Dedahkan isi kandungannya supaya rakyat dapat mengetahui fakta sebenar daripada sumber yang sahih. Ini adalah peluang terbaik untuk Najib dan kerajaan pimpinannya membersihkan nama daripada pelbagai dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Jika Najib gagal berbuat demikian, dan berterusan menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan rakyat, maka dia mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas skandal 1MDB dan mengambil langkah terhormat dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.


TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
12 Julai 2016

LEBIH RAMAI AHLI PERNIAGAAN BERBANDING JURULATIH DAN ORANG-ORANG BOLASEPAK DALAM FAM.

Saya dapati kebanyakan pemain JDT yang baru pulang dari tugasan skuad kebangsaan telah mengalami kecederaan. Seramai 5 pemain mengalami kecederan sewaktu pulang ke pusat latihan JDT. Laporan yang saya terima daripada pemain dan jurulatih kecergasan pasukan kami, sepanjang tempoh 30 hari pemain bersama dalam skuad kebangsaan, hanya empat hari sahaja mereka menjalani sesi latihan. Itulah sebabnya pemain mengalami kecederaan!

Ini terjadi kerana pasukan kebangsaan tidak mengikut momentum dan tidak menjalani 'high intensity' kecergasan yang sepatutnya. Apabila saya bersuara, mula semua melatah. Jadi, sampai bila harus begini? Sekarang saya bertanya dengan ikhlas kepada anda semua yang berada di dalam organisasi pasukan kebangsaan iaitu anda berada di organisasi ini hanya untuk makan gaji sahaja atau masing-masing ada matlamat  tertentu atau sekadar mahu menjaga poket sendiri? Masalah organisasi ini adalah terlalu ramai ahli perniagaan berbanding jurulatih dan orang-orang bolasepak.

Inilah masalahnya dalam negara ini semenjak dari dulu lagi sehingga hari ini apabila rasuah menjadi budaya

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

------

MORE ENTREPRENEURS COMPARED TO COACHES AND KNOWLEDGEABLE FOOTBALL PERSONNEL IN FAM.

It has come to knowledge that most of the JDT players that have returned from their national duties have suffered injuries. As many as 5 players were injured when they came back and resumed training with the team at the JDT training centre. According to the report that I've received from our players and fitness coach, the players only had 4 days of training throughout their 30 day tour with the national team. That is the reason why they are injury prone.

This happens because the national team does not maintain and follow the proper momentum and 'high intensity' fitness training that is necessary. When I voice out, everyone makes noise. Why must it be so? Now let me sincerely ask all of you in national team organisation. Are you all there with a specific goal? Or are you there just to receive your monthly remuneration and cater to your own personal interest? The problem with this organisation is that there are too many entrepreneurs compared to coaches and knowledgeable football personnel. 

This is the problem plaguing the country. A problem we are facing from before till this very day. It's when bribery has become customary.

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Monday, July 11, 2016

Perlembagaan negara di atas OSA?

Perlembagaan negara lebih tinggi dari OSA. Jadi tidak mengikut Perlembagaan negara adalah sama erti menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dengan itu lapuran Audit negara berkenaan kewangan negara. Ketua Audit negara hendaklah melapurkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong akan membentangkan kewangan negara di Parlimen. Semua itu adalah merupakan satu proses yang perlu diikuti dan dipatuhi penguatkuasaan demi menjaga kedaulatan undang-undang.

Sepatutnya kes besar seperti 1MDB yang melibatkan kepentingan awam. Siasatan DIRAJA hendaklah di aktifkan dengan kadar segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk menjadi parah.

Menyelamatkan negara adalah menjadi keutamaan dari menyelamatkan Politik Individu. Kerana negara akan hancur dan di pengaruhi oleh kuasa tangan hitam di sebalik tabir. Negara akan kerugian dan rakyat yang menanggung sengsara sepanjang hayat.

Adalah menjadi tanggungjawab dan kewajiban  orang Politik untuk selamatkan negara. Jika tidak mampu tinggalkanlah Politik tersebut agar tidak di pertanggungjawabkan di akhirat kelak. Kerana akhirat adalah tempat yang kekal buat selama-lamanya.

#Pena_Berlada

Thursday, July 7, 2016

Malaysia dan ancaman ISIS?

Sejak wujud pada 2014 – Daesh atau ISIL atau nama asalnya Caliph State – dilihat sebagai sensasi baharu selepas Arab Spring yang melanda secara domino dan berjaya meruntuhkan kerajaan Tunisia, Algeria, Mesir dan Libya bermula 2011. Manakala kebangkitan di Syria pula menjerumuskan negara itu dalam perang saudara yang berpanjangan sejak 2012.

Keghairahan membincangkan isu Arab Spring yang impaknya sempat menjalar ke Jordan dan Bahrain tetapi gagal menumbangkan kerajaan monarki – diperkatakan secara meluas kerana kesannya yang dibimbangi menghuru-harakan dunia Islam.

Iraq yang sudah sedia huru-hara lebih awal setelah Rejim Tentera pimpinan Saddam Hussein ditewaskan Tentera Perikatan, menjadi tapak bermulanya gerakan ekstrimis militan pimpinan Abu Bakar Al Baghdadi – sebelum menular ke Syria dengan sokongan kumpulan anti Bashar Al Assad. Dunia Islam lebih cenderung melihat perkembangan Aras Spring dengan pandangan pro dan kontra; termasuk dalam isu sokongan Barat terhadap kebangkitan demonstrasi jalanan.

Kini selepas lima tahun, isu Arab Spring sudah melantun jauh ke dalam longkang atau ditenggelami debu gurun di Utara Afrika atau ditelan ombak Laut Mediteranean. Sejak Oktober 2014, apabila Daesh muncul dengan tindakan militan yang mengerikan termasuk siri penyembelihan dan pembunuhan massa terhadap rakyat Iraq dan Syria – serta impak ideologinya merebak ke serata dunia termasuk di kalangan minoriti Islam di Eropah, dunia tersentap.

Kumpulan yang awalnya mengangkat senjata menentang Bashar atas nama Gerakan Sunni yang membalas dendam terhadap Rejim Tentera dokongan Parti Baath yang dituduh berfahaman Syiah – tiba-tiba berubah. Keganasan Daesh menjadi ancaman sejagat. Laporan perisikan CIA menyebut ribuan pengganas Daesh adalah warga asing. Malah, 6,000 pengganas berasal dari Eropah.

Bukit Aman pula mengesahkan lebih 200 rakyat Malaysia menyertai Daesh di Syria dan Iraq. Lebih dramatik, 20 maut dalam pertempuran. Enam bertindak sebagai pengebom bunuh diri.

Keganasan Daesh memuncak pada Ramadan kali ini dengan 800 kes pembunuhan dengan empat siri serangan di luar Iraq dan Syria yang membunuh 200 orang awam. Daesh melalui penyokong ideologi Negara Khalifah berjaya melakukan pembunuhan massa di Philidelphia Amerika Syarikat, Ankara Turki, Dhaka Bangladesh dan Madinah Arab Saudi. Ini tidak termasuk dua serangan bom di Kuala Lumpur dan terkini di Solo Indonesia.

Persoalannya: Masihkan kita beranggapan isu Daesh ialah isu perang negara Barat untuk menghapuskan gerakan ekstrimis Islam yang bercita-cita menguasai dunia melalui perang militan?

CIA melalui campurtangan langsung di Arab Saudi serta menggunakan tenteranya di Iraq dilihat sebagai pihak yang sepatutnya memerangi Daesh. Tiada sebarang usaha konstruktif di kalangan negara-negara Islam untuk bertindak secara kolektif memerangi Daesh walaupun sejak 2014, sel keganasan militan ini sudah dikesan menular berleluasa di banyak negara-negara Islam, malah yang jauh dari Iraq dan Syria.

Serangan di Puchong mengesahkan Malaysia sudah terancam secara terbuka dengan kesannya mula terarah untuk meragut nyawa orang awam. Walaupun sebelum kejadian di Puchong, Bukit Aman sudah menahan 193 orang disyaki ada kaitan dengan Daesh. Polis juga sudah mengagalkan sembilan percubaan serangan bersenjata yang dirancang ke atas pelbagai lokasi.

Banyak negara Islam masih beranggapan, tanggungjawab menghapuskan Daesh di peringkat global di bahu AS.

Tangkapan 15 saspek selepas serangan di Puchong memberikan gambaran sel pengganas Daesh memang berupaya melakukan sesuatu yang lebih dahsyat berbanding sekadar melontar sebiji bom tangan yang mencederakan 4 pelanggan pusat hiburan tersebut.

Malah, Bukit Aman mengesahkan: Matlamat sebenar serangan pada malam itu menyasarkan pusat hiburan yang lebih padat pengunjung. Namun, sasaran berubah apabila premis itu ditutup.

Dengan senarai saspek yang ditahan merangkumi pelbagai lapisan umur dan latar belakang termasuk dua anggota polis, kita sebenarnya sudah berada dalam situasi: Negara sasaran strategik Daesh setaraf AS, Eropah dan Turki. Madinah kota suci pun sanggup dibom Daesh – inikan pula Kuala Lumpur!

Hentikan sebentar sengketa politik tanahair yang menyakitkan kepala. Hentikan sebentar debat khilaf para ulama yang selama ini sudah cukup membingungkan orang awam. Kita buang dahulu hal-hal drama politik dan masalah kecenderungan ulama saling bercakaran!

Isu keganasan Daesh sudah terang dan nyata. Tindakan keganasan mereka melengkapi lima ancaman terhadap keutamaan Maqasid Syariah. Bukankah Daesh sedang menghancurkan agama, membunuh nyawa, merosakkan harta benda, mengancam akal (melalui ideologi nyawa umat Islam yang menentang mereka halal dibunuh) dan keturunan kita?

Segeralah mulakan langkah! Kita perlukan perpaduan dan persefahaman luar biasa untuk menangani dan memerangi Daesh. Kita tidak boleh lena. Tindakan harus bermula hari ini. Syawal wajar dirayakan – tetapi perayaan bukan alasan untuk menangguhkan tindakan drastik demi menyelamatkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.

Berdasarkan Maqasid Syariah: Menentang Daesh satu jihad!

Fikirkanlah. Tetapi rasanya kita sudah terlewat!

Monday, July 4, 2016

Jaringan Melayu Malaysia menganjurkan program untuk memalukan TSMY???

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menganjurkan program "Nothing to Hide 2.0" pada 3 Julai 2016 di Kelab Darul Ehsan. Presiden JMM, Azwandin Hamzah, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam  pertemuan empat mata antara saya dengan beliau. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM. Kenyataan Azwandin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya.

Untuk rekod, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk membuat penafian mengenai penyertaan saya dalam program tersebut di laman Facebook rasmi saya. Apabila mengetahui JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir, saya sekali lagi mengarahkan pegawai saya untuk membuat penafian di media. Saya juga telah meminta pegawai saya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan penglibatan saya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwandin telah tidak dijawab oleh beliau.

Saya mengetahui melalui laporan media bahawa JMM tetap menganjurkan program tersebut walaupun penafian telah dibuat oleh pihak saya. Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya.  Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya.

Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut. Sedangkan pihak saya telah lebih awal membuat penafian secara rasmi mengenai penglibatan saya. Penting untuk diketahui bahawa program "Nothing to Hide 2.0" adalah satu komplot jahat yang dilakukan secara terancang oleh pihak yang rendah moral dan muflis akhlak.

Saya berasa amat sedih dan kecewa kerana ada pemimpin NGO Melayu yang sanggup berbohong dan menabur fitnah apalagi di penghujung Ramadhan yang mulia ini di mana umat Islam dituntut meningkatkan amal ibadah dan memohon ke hadrat Ilahi supaya mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita. Begitu juga dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3 yang turut bersubahat menyebarkan pembohongan yang sama. Semoga Allah s.w.t memberikan petunjuk kepada mereka semua.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
4 JULAI 2016

SELAMAT HARI RAYA


Sunday, July 3, 2016

Nelayan China terkena tembakkan peluru berpandu Taiwan?

Taiwan silap bedil kapal nelayan China
2 Julai 2016

TAIPEI - TAIWAN. Sebuah kapal perang Taiwan tersilap melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah China pagi semalam, lapor AFP.

Peluru berpandu Hsiung-feng III dengan jarak serangan 300 kilometer terbang kira-kira 74 kilometer sebelum menjunam ke dalam perairan Penghu yang ditadbir Taiwan.

Peluru tersebut dikatakan terkena sebuah kapal menangkap ikan mengakibatkan kapten kapal terbunuh manakala tiga kelasinya cedera termasuk seorang rakyat Filipina serta Vietnam.

Kementerian Pertahanan Taiwan dilaporkan telah meminta maaf kepada keluarga mangsa.

Senjata itu dilancarkan semasa satu latihan sekitar 8.10 pagi daripada sebuah kapal peluru berpandu yang berlabuh di pangkalan tentera laut di bandar Tsoying.

Siasatan awal menunjukkan peluru berpandu itu dilancarkan secara tidak sengaja kerana kesilapan manusia.

Menurut Timbalan Laksamana Tentera Laut, Mei Chia-shu anggota yang melancarkan peluru berpandu itu tidak sengaja memilih mod perang dan mod lancar peluru berpandu ketika latihan.

“Siasatan awal kami menunjukkan operasi tersebut tidak dilakukan mengikut prosedur biasa,” katanya.

Helikopter dan tentera laut dihantar untuk mencari peluru berkenaan dan kesilapan itu akan dilaporkan kepada badan keselamatan tertinggi Taiwan, Sidang Keselamatan Kebangsaan.

Sumber

Saturday, July 2, 2016

1MDB: RM7.4 billion diurus sebuah Firma tidak begitu dikenali di Hong Kong?

Saya telah mengemukakan satu soalan kepada Perdana Menteri berhubung dana 1MDB sebanyak RM7.4 bilion (atau USD$2.3 bilion) yang diuruskan oleh sebuah firma yang tidak begitu dikenali di Hong Kong bernama Bridge Partners - Rafizi Ramli

Kita perasan tak mengapa dia selalu banyak tanya? Banyak mengeluarkan perkara-perkara yang kita nampak macam fitnah kepada kerajaan.

Rupanya Rafizi ini adalah anggota PAC, patutlah dia banyak tahu, banyak ingin tahu sebab itu tanggungjawab beliau.

Tanggungjawab PAC adalah memantau setiap sen kewangan negara yang digunakan oleh kerajaan. Supaya tidak berlaku salah guna kewangan negara. Cuba semak semula apakah fungsi PAC?

Tetapi anggota PAC yang lain kurang berminat untuk melalak?

Salahkah tindakkan Tun M mintak DS Najib berundur!!! Mungkin Tun M ada cara untuk menyelesaikan masaalah tersebut??? Salah laku dalam sekandal 1MDB tidak boleh bebas dari undang-undang negara??? Melangar Perlembagaan negara!!!

Tun M tidak mengkeritik atau bercakap andaikata 1MDB itu tidak menjadi tanggungan negara.

Mengapa dibutakan perut untuk menyokong pemimpin yang merosakkan nama baik negara dan membuat hutang yang besar. Hutang raksaksa.

1MDB mempunyai hutang sehingga RM50 bellion. Sekarang dikatakan mengupah peguam dari yahudi untuk memenangi saman di tribunal antarabangsa. Jika gagal RM 28 billion Malaysia kena bayar. Atau siapakah yang patut bayar 1MDB tersebut?

Sebagai seorang bapak dalam sebuah keluarga. Adakah salah tindakkan Tun M?

Boleh sahaja Tun M pekakkan telinga bisukan mulut dari menyentuh isu 1MDB. Tetapi atas dasar tanggungjawab terhadap Agama bangsa dan negara Tun M lakukan juga demi anak cucu bangsa Malaysia.

Kita-kita yang akal cetek konon perjuangkan agama bangsa dan negara nak sebut 1MDB pun tak reti?

Apatah lagi contoh yang buat repot Polis dan Peguam bela pun kena tangkap dibawah SOSMA?

Mampukah rakyat Malaysia untuk bercakap berkenaan salahlaku dalam sekandal raksaksa 1MDB?

Kita tahu kutipan GST lebih kurang 30billion setahun. Bayar bunga hutang dari 42 billion lebih kurang 2.4b hingga 2.7b menurut kenyataan Menteri Kewangan 2.

1MDB syarikat siapa yang tubuhkan? Atas cadangan siapakah hutang tersebut di buat dan apa tujuan pinjaman tersebut? Manakah wang tersebut berada?

MAHATHIR DAN PENGANGKUTAN AWAM BAHAGIAN 1

MONOREL BAWAH TANAH PUTRAJAYA YANG TERKUBUR

Najib dakwa Mahathir tidak ambil berat mengenai pengangkutan awam.

Putrajaya adalah bandar yang cukup tersusun yang DIILHAMKAN oleh TUN M (Kena bagitahu sebab nanti ada orang claim dia buat). Tak ramai tahu, Tun M dah buat SISTEM PENGANGKUTAN AWAM TERCANGGIH di Putrajaya sebelum ia dibatalkan oleh Pak Lah.

Dalam Blueprint Putrajaya telah dimaklumkan, Putrajaya hanya boleh menampung kenderaan sebanyak 300,000 pada satu satu masa untuk keadaan yang selesa, kini pasti dah bertambah tapi sebagai membantu menangani masalah ini, Tun M telah mereka satu jaringan monorel termasuk bawah tanah yang juga sebuah mall besar di bawah tanah ini untuk kegunaan rakyat.

Jambatan usang di Putrajaya ini masih utuh untuk dilihat, inilah jambatan monorel yang dimaksudkan. Untuk ke pejabat Tun M dari Precint 8, akan melalui jambatan ini, dan Tun M pernah berkata

"Kalau lalu saya akan tutup mata, sebab kalau saya tengok jadi sakit mata, sakit hati"

Inilah salah satu usaha pembangunan yang dibatalkan selepas beliau bersara.

Pak Lah nampak ia satu pembaziran.

Najib pula, baru merancang untuk bina LRT Putrajaya.

Tidak mengapalah jika benar nak menyambung projek yang Tun M dah asaskan. If he want to get credit for it, its up to him. Tun M bukan suka nak mengaku dia buat itu, dia buat ini.

Cuma tulisan ini untuk bacaan mereka yang mahu tahu apa yang Tun M dah buat.

Friday, July 1, 2016

Apabila Malikat Israfil meniup sangkakala, seluruh makhluk mati.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Hantar _*La illaha illa Allah*_,
_*Muhammadu Rasulullah*_
kepada 3 group sahaja. 
tengok sama ada anda
mempunyai masa untuk sebarkan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat