Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Friday, April 8, 2016

TAKBIR : KENAPA DEKLARASI KENAPA TIDAK UNDI TAK PERCAYA-TUN M.

Artikel Tun Terbaru: KENAPA DEKLARASI KENAPA TIDAK UNDI TAK PERCAYA

1. Dalam negara demokratik memang cara yang terbaik untuk menukar Kerajaan atau Perdana Menteri ialah dengan undi tidak percaya dalam dewan.

2. Di Malaysia perlembagaan memperuntukkan penyingkiran PM boleh dibuat jika ada bukti ia tidak mendapat sokongan dari majoriti ahli Dewan Rakyat dengan apa-apa cara yang jelas walaupun tidak ada usul dalam Dewan. Ini bermakna jika majoriti ahli Dewan (Kerajaan dan Pembangkang) mengemuka pengakuan secara tertulis, ditandatangani dan bersaksi, bahawa mereka tidak lagi percaya kepada Najib, maka Yang diPertuan Agong boleh bertindak menyingkir Najib. Ianya sama seperti yang Najib lakukan di Perak pada 2009 dan di Kedah baru-baru ini.

3. Tetapi, seperti kita semua maklum wakil rakyat BN yang menjadi majoriti dalam dewan sudah mengikat diri dengan Najib untuk tidak menandatangani sebarang deklarasi yang tidak menyokong Najib. Pengakuan oleh Shahrir Samad dan Ahmad Maslan serta kenyataan oleh Dato Nazir, adik Najib, bahawa dia telah diberi wang sebanyak US$ 7 juta untuk diagih kepada pemimpin BN, mengesahkan penerimaan sogokan oleh Najib.

4. Oleh itu untuk menjayakan usul tidak percaya kepada Najib tidak mungkin dilakukan. Percubaan telah dibuat untuk mengenalpasti 24 wakil rakyat BN yang tidak utamakan diri sendiri, yang berasa bertanggungjawab, yang prihatin terhadap negara yang sanggup menyokong undi tidak percaya kepada Najib walaupun bersama ahli-ahli dewan dari pembangkang. Percubaan ini gagal kerana walaupun mereka sedar akan kesalahan Najib, tetapi kerana kepentingan diri, kerana takut tindakan seperti yang dilakukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, takut juga kepada lain-lain tindakan oleh Najib, tidak ada yang sanggup menandatangani pengakuan menyingkir Najib. Oleh itu undi tidak percaya tidak boleh dibuat.

5. Membuat deklarasi mendesak Najib disingkir tidak ada dalam perlembagaan dan mungkin tidak berkesan. Najib tidak akan undur. Tetapi Raja-Raja Melayu akan termaklum berkenaan rintihan rakyat.

6. Semasa melawan Malayan Union, setelah Raja-Raja dipaksa oleh British menandatangani perjanjian menyerah negeri-negeri Melayu kepada mereka, rakyat bangun dan mendesak Raja-Raja supaya tidak menghadiri dan mengiktiraf pelantikan Gabenor bagi Malayan Union. Raja-Raja pun tidak hadir. British terpaksa batal rancangan Malayan Union mereka dan menubuh Federation of Malaya pada 1948.

7. Dari peristiwa ini kita boleh buat kesimpulan bahawa suara rakyat ada hikmat-nya.

8. Itulah sebab deklarasi rakyat penting.

Sumber: http://chedet.cc/?p=2055

HINDRAF DINASIHATKAN JANGAN USIK URUSAN UMAT ISLAM.

Kenyataan Akhbar
Biro Hal Ehwal Islam
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

HINDRAF DINASIHATKAN JANGAN USIK URUSAN UMAT ISLAM.

1. Hindraf Makkal Sakthi, NGO hak asasi manusia Hindu dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan umat Islam apabila mereka menggesa agar kerajaan Malaysia membatalkan siri jelajah ceramah  Dr. Zakir Naik yang dijadualkan tidak lama lagi.

2. PERKASA memberi amaran keras kepada Hindraf agar tidak menuduh Dr. Zakir Naik sebagai “deviant foreign preacher” (pendakwah luar yang sesat). Sayugia diperingatkan, Dr. Zakir Naik pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2014. Beliau juga mempunyai kredibiliti sebagai tokoh dakwah yang teristimewa mutunya di peringkat antarabangsa.

3. Tuduhan bahawa Dr. Zakir sebagai fanatik dan “...a virus in a pluralistic society. He’s a plague.” juga adalah tidak berasas, prejudis dan biadab. Kedatangannya ke Malaysia adalah atas undangan pihak berkuasa agama dan memberi banyak manfaat kepada umat Islam dari segi pemantapan dan kefahaman Islam.

4. Pengerusi Hindraf,  P. Waythamoorthy dinasihatkan agar tidak bermain dengan api. Berikan bukti yang benar dan kukuh jika anda menyatakan Dr. Zakir mempersenda  agama Hindu, dan bahawa beliau memperlekeh agama agama lain serta mazhab mazhab dalam Islam.

5. Hindraf juga dinasihatkan agar tidak membuat tuduhan yang melulu dan membabi buta. Wahai Waitha! Tolong berhati hati dalam membuat kenyataan yang menyentuh hal ehwal Islam dan umat Islam. Bila pula ajaran ajaran Dr. Zakir tidak selari dengan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA)? Sejak bila Whyta pula menjadi ulama dan menghukum Dr. Zakir dengan hukuman sedemikian?

6. Pelabelan oleh Darul Ulum bahawa Dr. Zakir adalah Ghair Muqallid bukanlah bermaksud bahawa beliau sesat. Ghair Muqallid bermaksud tidak bertaklid iaitu beliau tidak mengikut secara semborono mana mana pandangan mazhab kerana beliau boleh memahami asas pembentukan hukum berasaskan disiplin ilmu ilmu yang penting dalam Islam. Wahai Whyta, adakah anda faham apa yang anda perkatakan?

7. Whyta juga amat keliru apabila beliau menuduh Dr. Zakir Naik sebagai "was noted for encouraging and promoting sectarianism within Islam besides having acquired a reputation for making insensitive and disparaging remarks about other religions including mocking Hindu beliefs."  Kata Whyta lagi: "He chose Terengganu, which is almost all Muslim, probably because he wants to create a sectarian following in the state and spread out from there.” Perkasa ingin menasihatkan Whyta agar tidak menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam dengan membuat tuduhan yang tidak tepat seperti di atas. Apakah Hindraf tidak mempunyai intelektual yang mempunyai intellectual honesty?

8. Whyta juga menuduh Dr. Zakir dengan tuduhan: "He is notorious for spewing hatred, condemning and ridiculing, and carrying out rhetorical attacks on other religions and other sects in Islam.” Bila pula Dr. Zakir mempersenda, dan menyerang agama lain dan mazhab mazhab dalam Islam? Perkasa sekali lagi memberi amaran keras kepada Hindraf agar berhati hati membuat kenyataan mengenai Dr. Zakir dan hal ehwal Islam. Berilah perhatian kepada kebajikan ahli ahli Hindraf yang terbiar. Hindraf perlu tanya kepada diri sendiri, adakah kewujudan mereka memberi kebaikan kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berbilang kaum dalam negara Malaysia yang kita cintai ini. Kenapa Hindraf selalu membuat masalah dalam negara ini? Apakah Hindraf sudah kehilangan modal, lantas bermain dengan isu picisan sebegini?_

DR. AMINI AMIR ABDULLAH
PENGERUSI BIRO HAL EHWAL ISLAM (BIHALIM)
PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
8.4.2016
2021 hrs.

DAULAT TUANKU : SULTAN JOHOR MAHU JMF KAWAL KAWASAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KOTA ISKANDAR.

JOHOR BAHRU, 8 April – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah menyuarakan harapan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memperluas skop tugasan pasukan Askar Timbalan Setia Negeri (JMF) di negeri ini.

Tuanku berkata tugas JMF boleh diperluas kepada bukan sekadar mengawal kawasan istana dan keluarga diraja tetapi juga boleh ditugaskan mengawal kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri di Kota Iskandar.

“Bukankah lebih baik jika kita letakkan tanggungjawab menjaga keselamatan kawasan kita kepada anggota keselamatan kita sendiri berbanding syarikat swasta yang menggajikan pekerja asing?”

“Saya menyeru kepada kerajaan untuk terus membantu JMF dalam usaha untuk memperkemaskan organisasi dan urusan pentadbirannya serta menambah lagi anggota agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan. Saya harap Menteri Besar dapat menilai perkara ini”, titah Tuanku.

Sultan Ibrahim bertitah pada Majlis Perasmian Kem Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang baharu di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru, hari ini.

Ketika bertitah, Tuanku turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana meluluskan pertambahan anggota dan skim gaji yang sewajarnya untuk JMF.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, JMF adalah simbol besar kepada tamadun negeri yang menunjukkan kedaulatan, kekuatan serta sejarah yang tidak ternilai.

Justeru, beliau menegaskan adalah penting bagi JMF yang memainkan peranan besar dalam perjalanan sejarah Johor dan bangsanya, untuk dipertahankan.

“Pemantapan dan pemodenan kemudahannya adalah manifestasi terbaik mengangkat kedaulatan institusi milik Negeri Johor ini”.

“Setelah lebih 100 tahun kewujudan JMF, peranannya telah banyak berkembang dan memainkan peranan yang semakin penting”, katanya.

Turut berangkat menghadiri majlis tersebut ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che’ Puan Khaleeda Bustamam, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim, putera-putera dan puteri baginda, serta kerabat diraja lain.

Antara kenamaan yang turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin, Pengerusi Majlis Jumaah Diraja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli dan Presiden Johor Corporation (JCorp), Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim.

Kem Askar JMF yang baharu ini dibangunkan oleh JCorp di atas kawasan tanah seluas 51.2 ekar dan menelan kos keseluruhan sebanyak RM125 juta.

Ia dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, dewan serbaguna, pejabat pengurusan, rumah kediaman, bunker peluru dan bangunan latihan menembak.

JMF merupakan institusi pertahanan pertama dan tertua negara yang ditubuhkan pada 1886 pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar dan berperanan mempertahankan kedaulatan institusi diraja Johor.

Johor adalah satu-satunya negeri dalam negara yang mempunyai pasukan tenteranya sendiri dan telah menjadi satu simbol dan identiti unik negeri itu.

Terkini : Seluruh 1MDB perlu dibubarkan, mereka tidak melakukan apa-apa yang baik sama sekali-Tun M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berasa sedih apabila Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara meletakkan tanggungjawab berhubung kelemahan 1MDB kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahrol Azral Halmi.

"Saya rasa sedih pada (bekas) CEO itu, dia tidak mengasaskan 1MDB, 1MDB dimulakan perdana menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak.

"(Najib) penasihatnya, apa saja yang berlaku kepada 1MDB dia mesti tahu.

"Sebenarnya tiada apa boleh dibuat tanpa persetujuannya, jadi kenapa hukum lelaki (bekas CEO) ini," kata Mahathir.

Antara kelemahan yang dipetik dalam laporan PAC mengenai 1MDB adalah pengurusan yang melanggar keputusan dan nasihat daripada lembaga pengarah, atau bertindak sebelum ahli Lembaga membuat keputusan tertentu.

Lembaga pengarahnya dalam satu kenyataan kemudian menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara ini, Mahathir menjawab bahawa seluruh 1MDB perlu dibubarkan.

"Mereka tidak melakukan apa-apa yang baik sama sekali," katanya.

Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri forum tertutup mengenai gerakan 'Selamatkan Malaysia' di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di Kuala Lumpur.

POLIS TEMBAK MATI 3 ORANG PENJENAYAH

Plentong: Polis tembak tiga penjenayah dalam sebuah kereta Camry. Penjenayah melepaskan beberapa das tembakkan ke arah polis.

Polis kemudian mendapati tiga lelaki berusia antara 22 hingga 25 tahun terkena tembakan yang mana dua daripadanya maut di dalam kereta itu. Manakala seorang lagi mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA)

Sebelum kejadian kereta tersebut dalam keadaan mencurigakan berada di Permas Jaya.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, polis menjumpai dua pistol semi auto dalam kereta itu serta mendapati Toyota Camry berkenaan adalah kereta curi bersabit kes di Taman Bukit Indah di sini, akhir tahun lalu.

Bukti ada kata Ahli UMNO Shukur, wujudnya gerakan gulingkan MB Johor!!!

PETALING JAYA: Ahli UMNO, Shukur Mohamad akan menunjukkan bukti wujudnya gerakan menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin, hanya jika dia disaman.

Beliau sebelum ini mendakwa adanya komplot yang diketuai kumpulan penyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Menteri Besar di Darul Takzim.

Justeru, beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kontroversi yang tercetus supaya meletakkan jumlah saman yang ingin dikenakan.

“Kalau saya salah saman lah saya, berapa pun saya terima, kalau saya menang saya tidak akan saman balik sebaliknya saya akan pastikan benda ini (gerakan jatuhkan Mohamed Khaled) ini terpampang di dada akhbar selama seminggu.

“Jangan cabar saya suruh tunjuk bukti di media sosial, kita cabar tunjuk bukti di mahkamah, biar mahkamah jadi penentu.

“Saya akan kelurkan semua bukti seperti yang kata (wujud gerakan jatuhkan Menteri Besar), saman saya hari ini, buat laporan polis kata saya fitnah. Tetapi kalau dia (kumpulan penyokong Najib) tak nak buat laporan polis, saya tidak akan keluarkan bukti dalam waktu terdekat,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab desakan Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap yang mencabar Shukur supaya menunjukkan bukti kewujudan gerakan menggulingkan Khaled yang diketuai kumpulan penyokong Najib.

Shukur sebelum itu mendakwa gerakan itu diketuai oleh seorang timbalan menteri. Menurut Shukur, timbalan menteri itu dikatakan akan diangkat menjadi menteri besar baharu sekiranya misi berjaya.

Shukur, yang juga anak kepada Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Aziz berkata, sekiranya tiada saman dibuat terhadapnya, dia akan tampil membuat pendedahan itu seminggu sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat