TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, April 10, 2018

Terkini: Panglima ATM Tidak Berpihak Kepada Mana-Mana Parti Politik.

Siaran media dari Persatuan Patriot Kebangsaan
(PPM-005-14-22052017)
Pada 10 April 2018. 28/2018.

PATRIOT TABIK PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KERANA MENYATAKAN ATM TIDAK BERPIHAK KEPADA MANA-MANA PARTI POLITIK

Persatuan Patriot Kebangssan (Patriot) memuji kenyataan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Raja Mohd Affandi yang dibuat di Kuching pada 10 April 18.

Panglima Angkatan Tentera menyebut bahawa kesetiaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah kepada Raja dan negara, dan ATM tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Patriot menabik Panglima Angkatan Tentera di atas perisytiharan terbuka beliau.

Patriot terkejut mendengar Menteri Pertahanan penjaga (caretaker) Hishammuddin yang menyatakan, "Jangan cuba untuk menipu anggota ATM dan jangan cuba mengelirukan orang lain dengan tuduhan (anggota ATM berpihak dengan parti tertentu )" (Borneo Post online 10 Apr 18) .

Patriot tidak menyalahkan Panglima Angkatan Tentera kerana membuat kenyataan di Mes Perwira Kementah pada 30 Mac 18 menyatakan kesetiaan kepada kerajaan dan Perdana Menteri, kerana kami percaya beliau hanya mengikuti naratif penulis ucapan dari kementerian Hishammuddin.

Patriot telah menyebut sebelum ini bahawa pengundian dan kertas undi adalah rahsia dan adalah mustahil bagi sesiapa untuk mengesan parti atau calon mana yang telah dipilh. Ketua Suruhanjaya Pilihanraya juga telah membuat pernyataan yang sama.

Memandangkan Panglima Angkatan Tentera telah membuat kenyataan yang dialu-alukan di Kuching, kami merayu agar beliau segera membuat pernyataan seperti berikut, untuk mengelakkan ketakutan, kecurigaan dan kekeliruan di kalangan anggota tentera dan masyarakat umum:

1. Semua anggota Angkatan Tentera dan ahli keluarga mereka bebas mengundi sesiapa sahaja yang mereka inginkan.

2. Mereka yang berhak membuat undi pos / awal hendaklah menandakan kertas undi sendiri, dan
tidak ada orang lain yang menandakan kertas undi untuk mereka.

3. Menandakan kertas undi bagi pihak orang lain adalah kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Pesalah juga akan diambil tindakan secara serius di bawah Akta Angkatan Tentera 1972.

BG Dato Mohamed Arshad Raji (B)
Presiden, Persatuan Patriot Kebangsaan
(PPM-005-14-22052017)

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat