Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, March 30, 2016

Anina: Berhenti menjadi Pensyarah Universiti untuk melawan pencuri?

Saya kata "Najib mencuri wang negara."

Dedak jawab "Anina jahat. Dia nak sesuatu untuk dirinya"

Saya belajar di universiti sampai lah saya sendiri jadi pensyarah universiti. Jadi, saya ada lah sedikit kepandaian kerana saya mengajar di universiti. Bukanlah pandai sangat, tapi tidaklah bodoh sangat sampai tidak tahu beza antara nasi dan dedak.

Kalau saya hendak kan sesuatu dari Najib Razak, saya boleh makan dedak. Saya lebih berani dari Najib. Saya tidak takut sesiapa. Saya boleh naik atas pentas dan kunyah semua dedak.

Tapi, saya tidak mahu jadi binatang makan dedak semata-mata untuk wang, jawatan atau kemahsyuran.

Cukup sekadar menjadi diri saya sendiri yang hidup berdikari berniaga kecil-kecilan walaupun sudah hilang pekerjaan kerana saya melawan pencuri.

Sengaja saya tidak delete komen negatif supaya anda boleh bezakan antara yang makan nasi dan yang makan dedak.

Anina Saadudin

TAKBIR : Buruknya dusta?

Tazkirah subuh :
(Buruknya dusta, indahnya jujur)

Dari Abdullah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda :'Hendaklah kamu selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kpd kebajikan dan kebajikan  membawa ke syurga.'

'Seseorg yg senantiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan/ mencari kejujuran, maka dia dicatat Allah sebagai 'Shadid' (org yg jujur). Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kpd kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka.'

'Seorg yg sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia dicatat oleh Allah swt sebagai 'Kadzdzab' (Sipendusta atau si pembohong).'

HR Muslim.
Shahih Muslim jilid 1-4
Hadis 2234.

Artikel Tun Terbaru: Temuduga Polis (B.M)

1. Terdapat sebilangan besar wartawan menunggu untuk menemubual saya mengenai soal siasat oleh pihak polis yang Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri telah janjikan.

2. Saya kurang pasti bagaimana untuk mengendalikan wartawan-wartawan ini. Saya tahu polis adalah sebuah institusi profesional. Ia berfungsi untuk Kerajaan yang dipilih. Namun saya masih tidak cukup pasti mengapa polis, iaitu Kerajaan mahu menyoal saya. Adakah saya telah melakukan suatu jenayah atau adakah mereka mahu beberapa maklumat dari saya untuk mendakwa orang lain.

3. Saya pernah ditemu ramah oleh pihak polis dan Pejabat Peguam Negara sebelum ini. Mereka mahu jadikan saya saksi Kerajaan. Saya mendengar mereka dan membuat kesimpulan bahawa tidak ada kes bagi orang yang dituduh untuk menjawab. Jadi saya enggan menjadi saksi pendakwaan.

4. Kali ini ia bukan mengenai menjadikan saya sebagai saksi. Mereka mahu jawapan-jawapan kepada soalan-soalan. Peguam-peguam saya menasihatkan saya supaya tidak menjawab kebanyakan soalan-soalan. Jadi saya tidak membuat demikian.

5. Mengimbas kembali kemudiannya, saya membuat kesimpulan bahawa mereka cuba menjadikan apa yang saya lakukan atau berucap di khalayak ramai sebelum ini sebagai sejenis salah laku, atau beberapa kesalahan jenayah. Walaupun mereka tidak mengatakan saya akan didakwa, tetapi terdapat tanda-tanda bahawa saya mungkin didakwa.

6. Saya memikir semula soalan-soalan yang dikemukakan oleh pihak polis dan saya tidak dapat melihat bagaimana apa yang saya lakukan atau berkata adalah bertentangan dengan mana-mana undang-undang.

7. Saya menghadiri perhimpunan yang tidak dibenarkan oleh polis. Terdapat lebih daripada 50,000 orang di perhimpunan itu. Jika saya telah melakukan sesuatu yang salah maka 50,000 orang pada perhimpunan itu juga melakukan sesuatu yang salah.

8. Untuk berlaku adil, undang-undang perlu dikenakan kepada semua orang sama rata. Untuk mempastikan saya seorang sahaja bagi kesalahan menghadiri perhimpunan haram itu adalah tidak adil. Ini sejenis penganiayaan. Melainkan jika Kerajaan ingin menjadi tidak adil, ia tidak boleh mengambil tindakan terhadap saya seorang sahaja.

9. Satu lagi soalan adalah mengenai permintaan saya untuk Najib berundur. Saya telah menggesa rakyat menggulingkan Najib. Saya telah pun suruh Tunku dan Abdullah Badawi meletak jawatan.

10. Saya tidak menyokong keganasan. Dalam demokrasi penggulingan seorang Perdana Menteri atau Kerajaan adalah satu perkara yang biasa. Baru-baru ini PM Australia digulingkan oleh partinya sendiri. PM Romania meletak jawatan kerana kelab malam terbakar dan beberapa orang meninggal dunia. Najib sendiri menggulingkan Abdullah yang merupakan seorang PM yang dipilih.

11. Menumbangkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik melalui demonstrasi jalanan juga normal.

12. Oleh itu, apakah salahnya saya menghadiri demonstrasi untuk menuntut Najib digulingkan sebagai PM. Menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau pun tidak salah kecuali dalam pemerintahan diktator.

13. Apakah yang boleh dianggap salah adalah mengambil jalan keganasan, perang saudara atau revolusi. Tetapi Najib sedang cuba menjadikan permintaan untuk beliau meletakkan jawatan itu sebagai tidak demokratik dan melanggar undang-undang. Soalan-soalan oleh pihak polis seolah-olah membayangkan ini.

14. Saya sering merujuk kepada kehilangan wang oleh 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi Najib. Saya secara terbuka mengisytiharkan bahawa saya tidak percaya 2.6 bilion Ringgit kepunyaan Najib adalah sumbangan dari Arab. Saya percaya ia adalah dari 1MDB. Najib tidak membuktikan ianya tidak wang 1MDB. Apabila anda mengambil sesuatu yang bukan hak anda, ianya adalah sejenis pencurian.

15. Semasa saya PM saya dituduh rasuah, kronisme, autokratik dan lain-lain. Saya tidak mengambil tindakan untuk menjadikan sebarang tuduhan terhadap saya satu jenayah. Saya percaya ia adalah perkara biasa bagi dakwaan sebegitu dibuat. Jika rakyat benar-benar percaya perkara-perkara itu mengenai saya mereka boleh membuang saya. Tetapi walaupun terdapat percubaan untuk menamatkan perkhidmatan saya sebagai Perdana Menteri, rakyat memberi saya sokongan kukuh pada lima pilihan raya. Mereka seolah-olah tidak mahu membuangkan saya. Walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh, saya mempunyai lebih banyak sokongan daripada dia. Saya menghidupkan semula UMNO dan ia memenangi sokongan dan pilihan raya selanjutnya.

16. Jika saya dikalahkan saya akan menerimanya. Itulah cara yang demokratik.

17. Dengan mengatakan bahawa Najib telah mencuri wang Kerajaan, ia hanya boleh menjadi fitnah jika beliau boleh membuktikan beliau tidak melakukannya. Setakat ini, beliau gagal memberi bukti yang meyakinkan bahawa 2.6 bilion dalam akaun peribadinya tidak datang dari 1MDB dan oleh itu tidak datang daripada Kerajaan. Beliau telah menghentikan siasatan ke atas 2.6 bilion pada akaunnya. Itu membuktikan bahawa dia takut siasatan mungkin membuktikan dakwaan terhadapnya mempunyai kepastian. Melantik orang lain untuk menggantikan pegawai asal adalah campur tangan dalam kerja-kerja penyiasat. Penggantian ini tidak mewujudkan kredibiliti.

18. Fitnah itu adalah suatu fitnah jika anda mengatakan sesuatu yang palsu mengenai seseorang. Buktikan bahawa apa yang saya katakan itu adalah palsu, kemudian dakwalah saya kerana memfitnah. Itu adalah caranya.

19. Pada pandangan saya dan mungkin saya salah, jenis soalan yang dikemukakan adalah untuk menghalang saya daripada terus melakukan atau mengatakan segala perkara-perkara yang saya lakukan. Jika saya berhenti maka Najib akan bebas daripada pendedahan perkara-perkara yang salah yang telah beliau lakukan atau akan lakukan. Rakyat mungkin lupa selepas itu.

20. Mahkamah boleh memutuskan bahawa saya telah melakukan suatu jenayah bagi apa yang saya telah lakukan atau berkata. Tetapi sehingga saya disabitkan salah oleh mahkamah, saya akan terus mempercayai dan menyatakan bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang salah dan tidak demokratik.

21. Oleh itu, saya akan terus meminta Najib untuk meletakkan jawatan, tidak mempercayai beliau tentang bagaimana beliau mendapat 2.6 bilion Ringgit, mengkritik pinjaman yang diambil oleh 1MDB dan kerugian yang ditanggung olehnya.

22. Ini adalah hak saya sebagai seorang warganegara. Untuk menafi saya hak-hak ini adalah sesuatu yang tidak demokratik.

Sumber: http://chedet.cc/?p=1913

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat