TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, June 3, 2013

Rizab antarabangsa Bank Negara RM433.3 bilion.

KUALA LUMPUR 3 Jun - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) adalah berjumlah AS$140.3 bilion (RM433.3 bilion) manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$9.04 bilion (RM27.9 bilion) pada akhir April 2013.


Menurut kenyataan BNM, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak AS$354.7 juta (RM1.09 bilion) disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan.

Jelas kenyataan itu lagi, sejajar dengan amalan yang mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data tersebut tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak AS$4.13 bilion (RM12.7 bilion) bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Jumlah kedudukan hadapan panjang ialah sebanyak AS$6.10 bilion (RM18.8 bilion) pada akhir bulan April 2013. - UTUSAN ONLINE





ISU KAFIR MENGKAFIR.


Jika ditelusuri, semua masalah ini berpunca apabila ada pihak yang menokok tambah dan membuat definisi sendiri tentang status seorang itu Islam atau tidak tanpa merujuk Al Quran dan Hadis Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw. Dalam hadis Shahih Muslim, Kitabul Imam, Jibril yang datang kepada Rasulullah saw dalam bentuk manusia bertanya kepada baginda saw:

"hai Muhammad! beritahukanlah kepadaku tentang Islam." Rasulullah saw bersabda : " Islam, ialam hendaknya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Utusan Allah, mendirikan solat, memberikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan beribadah haji ke Baitullah jika engkau mampu menempuh di jalannya. Orang itu (Jibril) berkata " Engkau benar!".

Jijiknya Kemiskinan Kepada Kita- Tetapi?

 
Bila kita kenangkan kembali betapa sombongnya kita pada sesetengah pihak yang pada zahirnya kelihatan “amat miskin” dimata kita, rupanya itu lah “kekayaan yang tersembunyi, yang mana kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar, tetapi hanya dengan mata hati kita yang cukup ikhlas untuk menyelinap masuk kedalamnya. Marilah kita mengambil Iktibar bersama- sama daripada perkongsian ini.



Hari ini didalam ruangan Facebook, saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri, rupanya , saya telah dapat membaca satu artikel yang cukup menyentuh hati dan perasaan saya sehinggakan air mata jenih keluar tanpa disedari-

Terlalu agongnya perjalanan yang diaturkan oleh Sang Pencipta.Memamng benar kata orang orang tua, mendiamkan diri untuk seketika menghasilkan satu teladan yang cukup berguna kepada kita.

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini.

Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang “lusuh ” karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak.

Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata “pakcik dah makan nak.. terima kasih nak..” Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. “Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?” Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. “Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom.” Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah.

Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah…

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60.

Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh…. Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi.

Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara “amin…..” dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu..

Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: “Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam..”

Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan…
 
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

Sumber dari sahabatku rmf7...

SIKAP PENGASINGAN ORANG CINA(PRU13):


Saya amat tertarik dan menghargai dgn seorang anak muda Cina, Tai Zee Kin menerusi laman sosial Facebooknya berhujah mengenai perkara "sikap pengasingan atau mengasingkan diri org Cina".
 
Kenapa nenek moyangnya yg berhijrah ke Tanah Melayu tidak mahu menyerapi sosio-budaya kaum teras seperti mereka menerima sosio-budaya Barat di AS dan Eropah.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat