TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, June 3, 2013

ISU KAFIR MENGKAFIR.


Jika ditelusuri, semua masalah ini berpunca apabila ada pihak yang menokok tambah dan membuat definisi sendiri tentang status seorang itu Islam atau tidak tanpa merujuk Al Quran dan Hadis Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw. Dalam hadis Shahih Muslim, Kitabul Imam, Jibril yang datang kepada Rasulullah saw dalam bentuk manusia bertanya kepada baginda saw:

"hai Muhammad! beritahukanlah kepadaku tentang Islam." Rasulullah saw bersabda : " Islam, ialam hendaknya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Utusan Allah, mendirikan solat, memberikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan beribadah haji ke Baitullah jika engkau mampu menempuh di jalannya. Orang itu (Jibril) berkata " Engkau benar!".

Pelajarilah kisah ini, Rasulullah saw pernah kecewa dan sangat kesal kepada Usamah bin Zaid apabila Rasulullah saw diberitahu bahawa Usamah membunuh seorang kafir yang mengucapkan Kalimah Syahadah di dalam sebuah peperangan. Usamah bin Zaid membela dirinya dengan mengatakan bahawa beliau berbuat demikian kerana beranggapan bahawa orang kafir itu hanya mengucapkan Kalimah Syahadah disebabkan takut kepada senjata yang dihayunkannya dan bukan atas dasar keimanan yang sejati.

Rasulullah saw sangat marah dengan alasan yang diberi tersebut sambil bersabda:" Apakah engkau sudah membelah hatinya untuk membuktikan kenyataan itu?". (Shahih Bukhari, Kitab al Mahazi, bab ba'tsi an-Nabi Usmata ibna Zaid ila al-huruqat min juhainah, halaman 612).

Berdasarkan hadis sahih ini, ucapan Kalimah Syahadah seseorang yang dilafazkan di mulut adalah memadai untuk mengiktiraf seseorang sebagai Islam. Kita tidak boleh menuduh seseorang mengucapkan Kalimah Syahadah hanya berpura-pura atau menuduh mereka mengucapkan di mulut lain tetapi di hatinya lain.

Tuduhan tersebut tidak boleh dilakukan kerana perkara ini bukan urusan manusia tetapi adalah hak mutlak Allah swt justru itu, tiada pihak atau mana-mana ulama sekalipun di dunia yang boleh menokok tambah kepada definisi Islam yang ditetapkan oleh Rasulullah saw. Dengan kata lain, selagi golongan tersebut mengamalkan Rukun Islam yang disabdakan oleh Nabi Besar Junjungan kita Muhammad saw, mereka adalah ISLAM dan tiada seisapa pun yang boleh mencabut atau melucutkan status tersebut.

Oleh itu, janganlah terikut-ikut mengkafir pihak lain, cukuplah Kalimah Syahadah dan Rukun Islam sebagai panduan untuk menentukan seseorang Islam atau tidak. Rasulullah saw bersabda:" Barang siapa memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada yang mengatakan (menuduh) itu" (Bukhari).

Sabda ini memperlihatkan bertapa besarnya dosa tersebut dan ini merupakan kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian besar umat islam kerana turut mempercayai fitnah-fitnah tersebut tanpa melakukan penyelidikan dan siasatan. Sabda suci ini juga memperlihatkan Islam amat menjaga keutuhannya dan tidak membenarkan sebarang bentuk perbezaan penafsiran dijadikan alasan untuk mengkafirkan kelompok Islam yang lain. Selagi umat Islam bermain isu keji ini maka selama itulah mereka akan menghadapi masalah dengan Allah swt. Berhati-hatilah kesilapan dan kelalaian ini boleh menjejaskan pengabulan doa-doa umat Islam yang kini dilanda pelbagai masalah dan musibah.

Allah swt amat mengetahui keburukan isu mengkafirkan dan memurtadkan yang akan terjadi di dalam umat Islam maka Dia memberi petunjuk yang terbaik untuk menyelamatkan umat Islam dari perangkap tersebut. Allah swt berfirman:" Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi berjihad di jalan Allah, maka selidiki sebaik-baiknya dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang memberi salam kepadamu "engkau bukan mukmin", kamu hendak mencari harta kehidupan di dunia, padahal di sisi allah banyak kekayaan".(4:94)

Apa yang perlu diberi perhatian ialan berdasarkan ayat Al Quran tersebut, hanya perkataan salam menyebabkan Allah swt telah memerintahkan jihad itu harus diberhentikan. Jika perkataan salam sahaja sudah memadai, apatah lagi jika sesuatu perkumpulan tersebut mengakui diri mereka sebagai Islam. Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati apabila mendengar sesuatu kelompok islam dikatakan kafir atau murtad, jadikanlah peringatan Allah swt di atas sebagai panduan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat