Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Saturday, April 6, 2013

Hanya kayu mampu belah kayu !!!!

MENGEKALKAN KUASA ISLAM/MELAYU MELALUI SISTEM “PARTY BASED DEMOCRACY” DALAM MASYARAKAT BERBILANG AGAMA/BANGSA DI MALAYSIA.

Kalau sayangkan Islam, Melayu & Malaysia sila baca sampai habis & fahamkan.. dan kalau ada mana-mana umat Islam/Melayu masih reject total apa yg dibentang.. huh.. tahu lah kita setakat mana keikhlasan puak2 Islam/Melayu dalam Pakatan mempertahankan kedaulatan Islam & kedudukan org Melayu..

Amalan Demokrasi Berparti (Party Based Democratic Practices) adalah satu perkara yg amat delicate (halus) & memerlukan pengamatan yg mendalam pada segala yg tersurat & yg tersirat.. terutama dalam merancang penguasaan Kuasa Politik umat Islam/Melayu di dalam masyakat majmuk berbilang agama & berbilang bangsa seperti Malaysia.

Pakatan spinners amat gemar mengemukan statistik yg TIDAK TEPAT bagi memberikan gambaran KESELU...RUHAN YANG SEBENAR.. Mereka amat mahir dalam bidang “Factual Spinning” iaitu memaparkan sebahagian statistic secara Mikro dan akan dimanipulasikan untuk memberikan gambaran yang menyeleweng daripada gambaran keseluruhan yang sebenar..

UNTUK MAKLUMAN PARA SAHABAT & SAUDARA SEISLAM SEKELIAN, YANG LEBIH RELEVANT & PENTING ADALAH STATISTIK MAKRO. FAKTA SAHIH/STATISTIK MAKRO YANG MEMBERIKAN GAMBARAN KESELURUHAN SEBENARNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT..

DALAM BN :
UMNO BERTANDING 117 KERUSI PARLIMEN = LEBIH 52.7% DARIPADA 222 JUMLAH KERUSI PARLIMEN..

DAN KEKUATAN INI DITAMBAH DGN 11 KERUSI PARLIMEN YG DITANDINGI OLEH UMAT ISLAM DLM PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB, SARAWAK) YG MENJADIKAN JUMLAH KERUSI YG DITANDINGI OLEH UMAT ISLAM DALAM BN BERJUMLAH 57.2% DARIPADA 222 KERUSI PARLIMEN..
INILAH FORMULA RAHSIA YG MENJAMIN MASA DEPAN UMAT ISLAM DAN KAUM BUMIPUTERA KESELURUHANNYA DI BERTUAH MALAYSIA..

DENGAN FORMULA INI, WALAUPUN UMAT ISLAM DEWASA INI MENGHADAPI ANCAMAN YANG SERIUS BILA MANA ADA PIMPINAN BERAGAMA ISLAM YANG BERTINDAK SEBAGAI “KITOL” (seperti anwar, azmin, khalid samad, mat sabu) BERJAYA MENDAPAT SOKONGAN DARI KUASA ASING UTK MELEMAHKAN PENGUASAAN PARTI UMAT ISLAM DI DALAM BN..

BN MASIH MUSLIM 2/3 MAJORITY GOVERNMENT… HAKIKATNYA, SEDIA ADA DI PARLIMEN HARI INI KERAJAAN (BN) MASIH LAGI DIKUASAI OLEH UMAT ISLAM DGN MAJORITI 2/3 DRP SEMUA KERUSI YG DIMILIKI OLEH BN.. ALHAMDULILLAH..

DENGAN MENGHADAPI BERBAGAI ANCAMAN TERSEBUT, BN MASIH LAGI MAMPU BERTAHAN SEBAGAI “MUSLIM MAJORITY GOVERNMENT” SEPERTI YG BERIKUT;.
UMNO: 80
PBB (Sarawak): 14.
MCA: 15
MIC : 4.
LAIN2: 20+
Siapa yg berkuasa? PASTINYA ISLAM/MELAYU..
(MP Muslim/Bumiputera BN +/- 94 / MP Non-Muslim +/- 40).
MAKA BN KEKAL.
MUSLIM/BUMIPUTERA 70% DAN NON-MUSLIM 30%..

SEADANYA, BN MASIH DIKUASAI 2/3 MP ISLAM. KERAJAAN BN INILAH YG HENDAK DIHANCURKAN OLEH Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, Gobind Singh, Teressa Kok, Elizabeth Wong, Xavier, Ronnie Liu DLL DENGAN BANTUAN anwar, wan azizah, nurul ezzah, azmin, Khalid samad, Khalid Ibrahim DLL.
Kesimpulannya: BN adalah sebuah “Muslim 2/3 Majority Government” dan berbekalkan penguasaan kerusi parlimen umat Islam dalam BN telah berjaya mempertahankan berbagai perkara asas dan memberikan interpretasi khusus pentadbiran kpd peruntukkan 11 & 153 Perlembangaan yg sgt umu itu, sebagai contoh:-

1. dana kerajaan hanya utk Masjid dan BUKAN utk rumah ibadat agama lain;.
2. laungan AZAN TIADA LIMIT di mana2 masjid/surau;.
3. majoriti hampir 90% penjawat awam/GLC adalah umat Islam;.
4. kuota Islam/melayu di IPTA, UiTM, MRSM, IKM, IKBN;.
5. memperkasa kuasa PERKIM, JAKIM dll;.
6. memperkasa kuasa mahkamah syariah;.
7. menidakkan tuntutan2 melampau masyarakat bukan Islam;.
8. bayaran zakat dikecualikan drp income tax;.
9. dan mcm2 lagi korang tambahlah sendiri.. (aku pasti kita semua sedia maklum)..

Inilah baru dinamakan strategi & ilmu politik..

Sebagai contoh mudah & terbaru, berbagai tentangan yg diberikan oleh Parti2 Bukan Islam (iaitu DAP, PKR, MCA, GERAKAN) bila UMNO mengusulkan & membentangkan Akta Perihal Dagangan 2011: Peruntukkan yang berhubung dgn Pensijilan Halal Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 di bawah Seksyen 28; Perintah Perihal Dagangan (Perakuan & Penandaan Halal) 2011 di bawah Seksyen 29 yang membawa hukuman yg SANGAT berat terhadap pesalah2 berkenaan penyalahgunaan logo HALAL iaitu bagi kesalahan oleh mana2 pertubuhan perbadanan: 1. didenda tidak melebihi RM5Juta & bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM10Juta;.

Masyarakat peniaga cina menentang keras pembentangan Akta tersebut kerana rata2 kilang2 industri pengeluar makanan adalah milik cina dan akta tersebut sgt menyusahkan mereka tetapi sgt baik utk umat islam..

Apa UMNO buat. Demi kepentingan umat Islam, UMNO buat tak paham shj pada tentangan parti2 non-muslim dan teruskan juga pembentangan dan meluluskan Akta baru tersebut… INILAH HASILNYA BILA KERAJAAN BN DIKUASAI OLEH 2/3 KERUSI UMAT ISLAM.. ALHAMDULILLAH..

MAMPUKAH PAS MELAKUKAN YG SAMA SEPERTI CONTOH DI ATAS TU DENGAN HANYA MENGUASAI KURANG DRP 1/3 KERUSI PARLIMEN DALAM PAKATAN. JAWAPANNYA: SUDAH TENTU TIDAK..
DALAM PAKATAN

PAS HANYA BERTANDING 66 KERUSI PARLIMEN = 29.7% DARIPADA 222 JUMLAH KERUSI PARLIMEN YG ADA..

DGN JUMLAH KERUSI YG DITANDINGI HANYA KURANG DRP 30% PUN ADA HATI NAK GANTI UMNO UTK MEMPERTAHANKAN UMAT ISLAM / MELAYU..

Mampukah PAS mempertahankan seninambungan penguasaan umat Islam dalam kerajaan Malaysia yg buat masa ini adalah merupakan sebuah “Muslim Majority Government”.

HASILNYA DALAM PAKATAN RAKYAT PENGUASAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:-
DAP :29
PKR : 23 (Muslim & Non-Muslim 50/50).
PAS : 22.
PSM : 1.
Siapa yg berkuasa? DAP ATAU PAS?
(MP BUKAN ISLAM = 38 / MP ISLAM =38).
(SEADANYA: PENGUASAAN ANTARA ISLAM & BUKAN ISLAM DALAM PAKATAN ADALAH 50/50).
Pakatan Rakyat (Muslim 50% / Non-Muslim 50%).
berbanding
Barisan Nasional (Muslim 70% / Non-Muslim 30%).
(*RUJUK LAPORAN RASMI PARLIMEN BUKAN UTUSAN..)

FAKTA SAHIH INILAH YANG MEMBULATKAN SOKONGAN PADU HAMPIR KESELURUHAN KAUM BUKAN ISLAM TERHADAP PAKATAN RAKYAT.

PERSOALANNYA:- BAGAIMANA MASIH ADA SEGELINTIR UMAT ISLAM YANG MASIH TERIKUT-IKUT DENGAN SOKONGAN KAUM BUKAN ISLAM TERHADAP PR. ADAKAH MEREKA BUTA HATI ATAU BUTA ILMU POLITIK.

MANA MUNGKIN HJ HADI TIDAK MENYEDARI HAKIKAT INI.. ATAU PURA2 BUAT TAK TAHU DEMI MENGEKALKAN JAWATAN PRESIDEN PAS DAN BERGELAR YB.

PAS hanya bertanding di 66 kerusi Parlimen drp 222 kerusi yg ada. So, hasilnya PAS hanya menang PAS 22 vs. 29DAP + 23PKR + 1PSM.

jujurlah pada diri sendiri dan jujur pada anak-cucu kita, 22 kerusi PAS boleh pertahankan semua hak keistemawaan yg sedia ada? Mimpi di siang hari namanya tu..

Kalau kamu seorang Islam/Melayu, jujurlah pada diri dalam menjawab persoalan ini. Ini bukan soalan politik, ini soalan Agama Islam & Bangsa Melayu.. Wajarkah perkara yg amat mendasar ini DIPERJUDIKAN…?

PERHATIKAN, yang disentuh adalah perkara asas percaturan politik dalan pembentukkan Negara Bangsa. Bukannya aku kata Hj Hadi/Nik Aziz tak bagus.. Cuma, message yg ingin disampaikan adalah; sehebat mana pun Hj Hadi + semua pemimpin PAS, kalau tak cukup penguasaan kerusi parlimen dalam Pakatan, maka segala hak keistimewaan Islam/Melayu yg sedia ada pun bakal terhakis maka tak perlulah aku sentuh mengenai usaha PAS yg kononnya hendak melaksanakan hudud dan sebagainya kerana ianya menjadi TAK RELEVAN LANSUNG dgn jumlah penguasaan parlimen yang begitu “ciput”.

RENUNG2KANLAH SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.. DEWASA INI, MUSUH2 UMAT ISLAM/MELAYU MENGGUNAKAN KHIDMAT UMAT ISLAM/MELAYU DIKALANGAN PIMPINAN ISLAM/MELAYU UNTUK MEMECAH-BELAHKAN UMAT ISLAM/MELAYU SUPAYA SENANG MEREKA MELAKSANAKAN AGENDA “PECAH DAN PERINTAH” ATAU “DEVIDE AND RULE” KE ATAS UMAT ISLAM MELAYU.

PEPATAH MELAYU BERKATA, “HANYA KAYU MAMPU BELAH KAYU” IAITU HANYA MELAYU MAMPU BELAH MELAYU.. renung2kanlah..

Pendedahan Cincin RM 24 juta. Rakyat Malaysia perlu tahu.


Mamposlah Anwar...!

Dibawah ini nanti rakyat Malaysia berpeluang menonton video klip durasi 3 minit menayangkan penjelasan dari Phillip Nasimi bagi pihak Jacob & Co.

Jacob & Co adalah saudagar intan berlian di Amerika Syarikat. Mereka menghantar sebentuk cincin berlian masuk ke negara kita untuk tujuan pameran, BUKAN untuk jualan... 

Jelas dalam video klip ini Phillip Nasimi sebut serta menunjukkan bukti dokumen dokumen berkaitan bahawa cincin berlian ini masuk pada 15 April 2011 dan selamat pulang kepangkuan mereka di Jacob & Co Amerika Syarikat pada 16 Mei 2011.

HARMJADAH punya juak juak murahan Pakatan Pembangkang memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor...! Cuba anda lihat sebentar dibawah ini.  Barua barua Anwar semata mata menabur fitnah...

Klik di sini

Neraka Jika Jatuhkan Barisan Naziomal - Azhar Idrus

 
Berdasarkan ulasan panjang lebar dan penuh fakta dibawah maka Kerajaan BN Malaysia yang ditunjangi UMNO sebagai Kerajaan Islam kerana menepati dengan definisi yang diperkatakan oleh ulama masa kini dan terdahulu. Tugas kita sekarang ini adalah untuk mengisi dan memantapkan lagi apa-apa yang perlu diperkemaskan dan tidak lagi menghabiskan masa mempertikaikannya kerana telah jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan dipimpin kerajaan Islam yang terbukti dari segi sejarah, perundangan, pembangunan dan penghayatan Islam. 

Maka dengan itu, jika benar pendapat Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan "NERAKA" untuk orang yang jatuhkan kerajaan Islam maka dengan penjelasan dibawah bermakna Ustaz Idrus kena bersetuju barang siapa pangkah selain Kerajaan BN maka tempah tiket "NERAKA" lah ia.... 
Dok gitu ehh ???


PENDAHULUAN

Istilah ‘Negara Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin. Perbahasan ini dibuat bertujuan menentukan kategori sesuatu negara atau tempat yang didiami oleh umat Islam samada bertaraf ‘kampung halaman Islam atau hak umat Islam’ atau ‘kampung halaman kafir harbi’ yang memerangi umat Islam.

Negara-negara di dunia ini mengikut penilaian hukum fiqh terbahagi kepada tiga kategori, iaitu;

i. Negara Islam. 

ii. Negara kafir yang berperang dengan Islam, dan. 

iii. Negara kafir yang tidak memerangi Islam. 

DEFINISI NEGARA ISLAM

Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdik pandai Islam adalah seperti berikut;

i. Muhammad bin Hasan As Syaibani:

“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”. 

ii. Muhammad Abu Zuhrah:

“Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahanannya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.

Berpandukan kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah tidak berasaskan fakta dan ianya tertolak. 

Malaysia sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tatapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan. 

ASAS-ASAS NEGARA ISLAM 

Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam antaranya ialah; 

. Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah. 

· Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara Islam. 

· Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya. 

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM 

Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut; 

· Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun. 

· Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam. 

· Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya. 

· Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan. 

· Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara. 

· Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya. 

Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil. 

MALAYSIA NEGARA SEKULAR ? 

Terdapat di kalangan umat Islam di Malaysia yang menganggap Malaysia sebagai negara sekular. Oleh itu eloklah difahami terlebih dahulu apakah erti sekular. Perkataan ‘sekular’ berasal daripada perkataan Latin seaculum yang bermakna ‘alam ini’ atau ‘dunia ini’. Gerakan fahaman sekularisma bermula pada pertengahan abad ke 19 di England yang diasaskan oleh George Jacob Holyoake (1817-1906). Golongan ini hanya mementingkan kebajikan manusia di dunia dan menafikan kewujudan alam akhirat. 

Dalam suasana sedemikian, sekularisma telah dipersepsikan menerusi ciri-ciri berikut; 

· Menolak kepercayaan adanya Tuhan. Segalanya berpusat pada alam ini. 

· Menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati. 

· Agama dan dunia terpisah secara total. 

Apa yang sedang diamalkan oleh negara Malaysia hari ini ialah berusaha menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan agama Islam serta tidak lupa tanggungjawab kepada rakyat bukan Islam. Tanggungjawab sedemikian adalah sebahagian suruhan Islam.

Kerajaan juga telah berusaha memantapkan akidah, memajukan syariah dan mempertinggikan akhlak umat. Dengan pelaksanaan tugas-tugas tersebut, keadaan dan keraguan serta kekeliruan umat Islam di negara ini adalah tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang faedah. Status negara Malaysia sebagai negara Islam tidak boleh lagi dipertikaikan, sebaliknya adalah lebih baik menerima realiti yang ada dan berusaha memperkuat serta memperbaiki lagi mana-mana kelemahan dan kekurangan jika ada. 

USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA

Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan Islam ialah seperti berikut;

· Menjaga kepentingan agama serta mentadbir urusan negara dan umat. 

· Mengurus pemerintahan adalah antara kewajipan agama yang terbesar, malah agama itu sendiri tidak dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintahan. 

· Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesongkan akidah sebenar Islam. Fahaman agama yang dipegang ialah yang bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

· Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan. Dalam hal ini, Islam mengharuskan melantik orang bukan Islam yang menjadi warganegara sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan. 

· Menyediakan tenaga tentera dan sistem pertahanan negara bagi menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara. 

· Mewujudkan sistem perundangan dan kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan. 

· Mendirikan dan menguruskan kelicinan peribadatan seperti mendirikan masjid dan menguruskan pentadbiran berkaitannya. 

· Mengendalikan urusan ibadat haji dengan teratur. 

· Menguruskan hal ehwal zakat secara bersistem. 

· Memungut hasil cukai yang pelbagai untuk dana negara. 

· Menguruskan sistem pentadbiran awam yang cemerlang. 

· Membanteras jenayah dan sebagainya. 


KEWAJIPAN RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH 

Oleh kerana Malaysia sebuah negara Islam, maka berkewajipan setiap rakyat melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang antara lainnya ialah seperti berikut; 

· Taat serta patuh dengan ikhlas dan penuh rasa bangga. 

· Bersedia menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. 

· Menjauhi diri dari perbuatan-perbuatan mungkar seperti menganggu ketenteraman awam, menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan masyarakat dan negara. 

· Bertanggungjawab mempertahan dan menaikkan nama negara pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

· Berusaha membangun dan memajukan ekonomi diri, masyarakat dan negara.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat