Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, August 6, 2015

Sabar-sabar rakyat Malaysia???

Ketua Hakim Negara mesti tahu macamana menguruskan persoalan ini?

Mahkamah adalah tempat untuk mencari keadilan dan kebenaran?

Sabar-sabar biar pihak berkuasa uruskan. Bertenang !!!

Buat baik berpada-pada???

Sabar-sabar biar mereka buat kerja mereka. Lupakan dulu MH370. Jumpa kepak sahaja kan, badan belum jumpa lagi. Bersabarlah semoga semuanya dapat di rungkai.

Pautkan semangat kenegaraan, kenegerian, keagamaan,kepartian berdoa semoga kebenaran dapat ditegakkan.

Yang masaalahnya tanya pun salah,tak tanya pun salah. Yang penting amanah dan jujur. Kalau tak boleh pegang amanah. Faham-faham sendirilah.

Yang menyokong tak kira sokong siapalah. Korang ingat sikitlah. Bila tak sokong korang suka-suka pecat. Aku pun suka kalau korang nak macam tu. Tapi korang kena ingatlah kalau dah tak suka dengan bos. Boleh belah ya!!! Jadi bila sampai masanya nanti. Orang tu naik pulak. Korang jangan lupa belah dengan sendiri ya. Jangan sampai orang cakap baru nak belah!!! Memang orang cakap haram jadah.

Orang lain cakap salah. Engkau cakap tak salah pulak? Memanglah korang di bayar untuk pertahankan bos korang. Macamana bos korang boleh pilih korang sedangkan korang sendiri bukan ahli kumpulan itu sendiri. Habis tu korang sendiri setialah dengan pertubuhan atau setia dengan dedak yang bos korang tabur. Atau korang memang makan dedak-dedak dari lain tempat untuk jahanamkan bos korang. Agak-agaklah?

Sedar diri sikit apa hak korang nak cakap ikut syok sendiri. Kalau kau duduk Siam kau sokonglah pemimpin yang di Siam. Jangan kau orang Pasir Berdengung kutuk urusan kerajaan ayah pin. Engkaulah sebenarnya yang  batu api. Tengok muka pun macam muka pembangkang. Sokong BN/UMNOlah kunun.

Pengarah Operasi Khas SPRM bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.

"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.

"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.

Hayati amanat YAB Dato' Seri Khaled Nordin, MB Johor

1.UMNO adalah pergerakan siasah yang dibangun dengan keringat, dengan airmata, dengan perjuangan yang sangat tulus.

2. Perjuangan UMNO kesemuanya adalah tentang bangsa dan parti. Tidak pernah tentang diri sendiri dan kepentingan peribadi.

4. UMNO tidak lagi boleh hanya jadi pemerhati, bila bangsa masih bergulat dengan kemiskinan dan jurang keberadaan. Kalian tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati.

5. UMNO tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti. Atau disiplin kepartian mentaati pemimpin.Sudah sampai masanya UMNO bergerak beberapa langkah ke hadapan. Lebih proaktif dan lebih dominan.


6. Mengingatkan kepimpinan parti tentang tanggungjawabnya. Mengingatkan tentang pertanggungjawaban. Mengingatkan tentang amanah. Mengingatkan tentang nilai dan prinsip, yang selama ini menjadi jiwa dan nurani pergerakan parti.


7.  UMNO harus tampil untuk menyatakan apa yang sebenar-benarnya terbuku di hati kita. Dan kepimpinan parti harus berlapang dada mendengar suara hati nurani pendukung parti.

8. Zaman ini bukan lagi zaman dimana kepemimpinan itu dilayan laksana separa dewa. Sifat dan budaya feudal bukan budaya UMNO. Budaya UMNO adalah tentang nilai-nilai yang baik, yang terpuji, luhur dan mahmudah.

9. UMNO bukan milik pemimpin. Ia milik kita semua. Jawatan tidak ada turun menurun.

10. Suka atau tidak, kita kena terima hakikat, umno hari ini berhadapan dengan krisis kredibiliti yang luar biasa, bukan lagi krisis persepsi kini menular sebagai krisis kewibawaan, rekahan kepada kesatuan parti telah mula jelas kelihatan.


15 Soalan untuk dijawab oleh Perdana Menteri.

Anak kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu mengemukakan 15 soalan untuk dijawab oleh perdana menteri;

1) Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Datuk Seri?

2) Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1MDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

3) Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

4) Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?

5) Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

6) Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

7) Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?

8) Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

9) Adakah perlu duit derma tersebut perlu isytihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

10) Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?

11) Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Datuk Seri Najib?

12) Jika ya, adakah Datuk Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

13) Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

14) Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

15) Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Posting yang dimuat naik di laman sosial Facebook Akmal Saufi itu sudah dikongsi lebih 300 pelayar Facebook.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat