TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, May 26, 2016

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR TELAH MENERIMA PENGIKTIRAFAN YANG TINGGI APABILA MENERIMA JEMPUTAN MENGHADIRI PERSIDANGAN 'WORLD FOOTBALL SUMMIT 2016'

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor telah menerima jemputan untuk menghadiri persidangan antarabangsa 'World Football Summit 2016' bagi membincangkan perkara-perkara mengenai industri bolasepak yang akan diadakan di Madrid, Sepanyol pada 27hb dan 28hb Oktober 2016. Seminar tersebut disertai oleh kelab-kelab utama gergasi bolasepak serata dunia seperti Juventus, Real Madrid, Barcelona CF, Bayern Munich, Manchester United, AC Milan dan lain-lain lagi. Ini satu sejarah dan penghormatan terhadap kelab Johor Darul Ta'zim  menerima jemputan, berjumpa dan berbincang mengenai industri bolasepak bersama-sama kelab ternama dunia.

Berikut adalah antara isi kandungan surat jemputan tersebut:

"Sebagai Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, ia merupakan satu penghormatan besar buat kami sekiranya anda dapat menyertai kami semasa sidang 'World Football Summit 2016' kerana kami yakin kehadiran anda pasti akan meningkatkan lagi kualiti acara kami dan membantu pembangunan bola sepak di Malaysia dan Asia."

-----

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR RECEIVES HIGHEST RECOGNITION BY GETTING INVITED TO ATTEND WORLD FOOTBALL SUMMIT 2016

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, has been invited to attend the World Football Summit 2016 to discuss matters related to the football in Madrid, Spain on October 27th & 28th 2016. The conference will also be attended by football giants around the world such as Juventus, Real Madrid, Barcelona CF, Bayern Munich, Manchester United, AC Milan and many more. It is historic and a huge honour for Johor Darul Ta'zim FC to be invited, meet and discuss football matters with world-famous clubs.

Here's an excerpt from the invitation letter:

"As the Owner of Johor Darul Ta'zim Football Club (FC), we would consider it a great honor if you could join us during the World Football Summit 2016 as we are certain your presence will enhance the quality of our event and help football development in both Malaysia and Asia."

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Dahsyat Bab : 1MDB telah meninggalkan jejak kebinasaan merentasi tiga benua?

Alkisah 1MDB telah meninggalkan jejak kebinasaan merentasi tiga benua, dengan menyaksikan ramai tokoh-tokoh korporat dan perbankan utama meletakkan jawatan, pendakwaan pegawai bank dan pembekuan beberapa akaun.

Bagaimanapun, mangsa paling utama setakat ini ialah Bank BSI Bank, yang berdepan dengan prosiding jenayah atas, antaranya, kegagalan mematuhi peraturan pengubalan wang haram dalam mengendalikan pemindahan berkaitan 1MDB.

Penyiasatan antarabangsa, yang secara dasar dikepalai oleh pihak berkuasa Swiss dan Singapura, telah membongkar bank yang berusia 143 tahun itu.

Malaysiakini menerokai tentang kepentingan pemkembangan ini dan peranan BSI dalam kisah 1MDB.

Mengenai BSI

Banca della Swizzera Italiana, atau BSI, diasaskan pada tahun 1873.

Bank itu memulakan peluasan antarabangsanya pada 1969 dan melebarkan sayapnya ke Hong Kong pada 1981, kemudiannya ke Singapura pada 2005.

Menurut laporan tahunan BSI, ia memiliki kekuatan tenaga kerja seramai 1,256 kakitangan di Switzerland dan 656 pekerja di luar negara, dengan 310 daripadanya di Asia.

Pada masa ini, ia dimiliki oleh Grupo BTG Pactual, namun dalam proses untuk diambil alih oleh EFG International pada harga 1.33 bilion Swiss franc. Nilai tersebut dijangka lebih rendah ekoran tindakan pihak berkuasa ke atas BSI.

Akhiran riwayat BSI

Walau sebelum pihak berkuasa Swiss dan Singapura menamatkan riwayat BSI, bank itu telahpun dilanda masalah ketika siasatan 1MDB menjana momentumnya.

Bulan lepas, Bloomberg melaporkan bahawa beberapa kakitangan kanan meninggalkan BSI cawangan Singapura, termasuk ahli-ahli jawatankuasa yang menyemak dengan para pelanggan utama semasa era 1MDB selain ketua pematuhannya.

Ketua pegawai operasi bagi operasi Asia BSI, Gary Tucker, yang turut meninggalkan bank itu, manakala ketua operasi Asia BSI, Hanspeter Brunner, telah mengumumkan persaraannya.

Namun, libasan paling dahsyat berlaku, pada Selasa lalu, apabila Singapura mengarahkan penutupan bank BSI di negara itu.

Menariknya, ia adalah tindakan pertama yang seumpamanya oleh pihak berkuasa Singapura dalam tempoh 32 tahun.

Pengawal selia kewangan Switzerland, Pihak Berkuasa Pemantauan Pasaran Kewangan Swiss (Finma) turut mengarahkan tindakan yang serupa, meluluskan pengambil alihan menyeluruh EFG International ke atas BSI.

Ia berlaku, dengan syarat, BSI dibubarkan dalam tempoh 12 bulan menerusi integrasi ke dalam EFG International.

Apa salah BSI?

Kedua-dua, pihak berkuasa Switzerland dan Singapura telah mengeluarkan kenyataan umum mengenai kesalahan BSI, walaupun terdapat kekurangan dari segi butirannya.

Di Switzerland, Finma menyimpulkan bahawa BSI telah melanggar keperluan kewajaran berkanun dalam kaitan dengan penggubalan wang dan pelanggaran serius dalam prinsip-prinsip pengurusan risiko mencukupi dan kesesuaian organisasi.

Di Singapura pula, pihak berkuasanya mendapati BSI terlibat dalam “pelanggaran serius keperluan penggubalan wang haram, pengurusan lemah dalam operasi bank dan salah laku oleh beberapa kakitangan bank".

Semua ini dilihat dalam konteks penyiasatan yang berkait dengan 1MDB.

Menghubungkan titik-titik

Sebelum siasatan dimulakan oleh pihak berkuasa Swiss dan Singapura, portal berita Sarawak Report telah mengetengahkan peranan BSI dalam pelencongan dana-dana 1MDB.

Ia bermula dengan AS$1.83 bilion yang mana 1MDB telah salurkan ke luar negara untuk aktiviti usaha sama dengan PetroSaudi International antara tahun 2009 dan 2011.

Ia adalah nilai sama yang Bank Negara kemudiannya arahkan 1MDB untuk dibawa pulang ke Malaysia, dengan firma itu gagal berbuat demikian sehingga dikenakan denda.

Daripada jumlah itu, AS$1.03 bilion tidak tersalur kepada aktiviti usaha sama itu. Sebaliknya, ia disalurkan kepada akaun Good Star Limited di RBS Coutts yang terletak di Zurich dengan penerima manfaatnya adalah jutawan berasal dari Pulau Pinang, Jho Low.

Di sini ialah di mana BSI membuat kemunculannya.

Lebih setengah daripada jumlah yang dilencongkan itu, atau AS$529 juta, telah dipindahkan kepada akaun Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corporation’s (BVI) di BSI Singapura antara 28 Jun 2011 dan 4 September 2013 dengan penerima manfaat yang sama.

Sarawak Report, berdasarkan kertas siasatan pihak berkuasa Singapura yang terbocor, telah seawal bulan April tahun lalu melaporkan bahawa Jho Low menguasai sekurang-kurangnya 45 akaun bank BSI di bawah pelbagai nama syarikat.

Pendedahan tersebut nampaknya konsisten dengan penemuan Finma yang mengatakan : “Dalam konteks kes 1MDB, bank (BSI) itu gagal untuk memantau hubungan dengan kumpulan pelanggan dengan sekitar 100 akaun bank pada tahap sewajarnya."

Ia berkata, dana-dana dipindahkan antara akaun-akaun ini tanpa justifikasi sewajarnya.

Secara kebetulan, anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited turut mengendalikan urusan perbankan dengan BSI dengan sejumlah unit dana bernilai AS$1.1 bilion dalam pegangan.

Lebih dari itu, prosiding mahkamah Singapura menunjukkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB, juga mempunyai akaun dengan BSI.

Pegawai bank BSI, Yeo Jiawei telah didakwa atas tuduhan menandatangani surat rujukan palsu atas nama BSI kepada ketua antipengubalan wang haram Citigroup Inc bagi mempermudahkan pindahan AS$11.95 juta dari SRC International kepada Equity International Partners Limited.

Penerima manfaat Equity International Partners Limited ialah Tan Kim Loong, rakan sekutu Jho Low dan juga penerima manfaat asal Tanore Finance yang menyalurkan AS$681 juta kepada akaun bank peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Pihak pendakwa Singapura merumuskan komponen ini sebagai “barisan baru” dalam siasatannya tetapi tidak jelas dalam kaitannya dengan pergerakan wang Jho Low bernilai AS$529 juta ke dalam, antara dan luar BSI.

Maklumat yang didedahkan kepada awam mungkin hanya cebisan kecil daripada penyiasatan, namun lebih banyak butiran dijangka muncul apabila prosiding mahkamah Switzerland dan Singapura bermula nanti.

Apakah ini akhiran kisah 1MDB?

Di sebaliknya, ia hanya suatu permulaan.

Sarawak Report mendakwa AS$529 juta dalam akaun Jho Low di BSI telah dikeluarkan dari BSI cawangan Singapura dan dipercayai dipindahkan ke Hong Kong.

Adalah tidak jelas institusi kewangan mana yang disalurkan itu. Pihak berkuasa Hong Kong memperakui siasatan tersebut, namun terlalu sedikit maklumat yang disediakan setakat ini.

Finma turut melaporkan meninjau ke dalam RBS Coutts, yang mana sejumlah AS$529 juta muncul sebelum ia memasuki sistem BSI.

Lebih dari itu, institusi perbankan lain turut dijangkakan terbabit sama.

Satu institusi utama ialah Falcon Private Banking, yang mana digunakan Tanore Finance untuk memindahkan AS$681 juta (yang kerap dirujuk sebagai RM2.6 billion) ke dalam akaun AmBank milik Najib.

Terkami: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak gagal mendapatkan penangguhan menfailkan pembelaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini gagal mendapatkan penangguhan bagi menfailkan pembelaan ke atas saman bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abu Bakar Jais menolak permohonan Najib untuk penangguhan.

Oleh itu, beliau mengarahkan Najib menfailkan pembelaan saman itu pada 9 Jun ini.

Ia adalah lanjutan seminggu oleh mahkamah hari ini berbanding ketetapan awal pada 2 Jun untuk Najib berbuat demikian.

Hakim Abu Bakar adalah hakim baru yang dilantik untuk mendengar kes itu selepas Hakim Datuk Rosnaini Saub dipindahkan ke Shah Alam.

Terdahulu, beliau mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak dengan Najib diwakili barisan peguam diketuai oleh Tan Sri Cecil Abraham, bersama-sama Rishwant Singh dan Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Mohd Haniff Khatri Abdulla pula mengepalai pasukan untuk Mahathir.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat