Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, December 15, 2014

Terkini: GST Peniaga dan Pemborong lebih untungkan rakyat jika jual harga murah?

Kepada peniaga-peniaga budiman yang Muslim ataupun non Muslim. Tahukah anda kerajaan mengenakan GST kepada perniagaan anda sekiranya mencapai 500k setahun.

Cuba kita buat perkiraan. Sekiranya anda menjual barangan dengan harga patut ataupun murah. Maka anda juga telah menyumbang kepada tanggungjawab sosial kepada rakyat Malaysia.

Sepekara lagi bayangkan dengan anda menjual dengan harga murah. Maka perniagaan anda lambat untuk mencapai ke sasaran 500k. Jadi anda sebagai peniaga atau pemborong tidak di kenakan GST.

Siapakah yang untung dalam perkara perlaksanaan GST? Tentulah kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan Cukai atau GST bagi menampung keperluan negara dan pembayaran gaji kakitanggan kerajaan.

Terkini: Episod berakhirnya gajiku 30hb

Episod berakhirnya gajiku.30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.

Terkini : Pendedahan berani Malaysia Bankrup !!!

Gempar dengan pendedahan demi pendedahan yang menyatakan Malaysia Bankrup menjadi momok-momokan oleh Pembangkang.

Mereka sengaja menyerang kerajaan yang ada sekarang di bawah Pimpinan UMNO/Barisan Nasional. Berbagai Taktik dan teknik di guna bagi mempengaruhi rakyat agar membenci dan mengulingkan kerajaan Melayu Islam. Negara Islam Malaysia.

Perkembangan ini di lihat semangkin parah. Dari pelbagai sudut serangan bertali arus kerana ajinda mereka sememangnya mahu menjatuhkan UMNO. Kerana dengan kejatuhan UMNO sahaja Malaysia yang berketurunan Melayu Islam dapat di gulingkan dengan erti kata lain. Malaysia akan bertukar pucuk pimpinan apabila anasir-anasir pengkhianat Negara dapat melemahkan UMNO. Adakah perkara ini di sedari olih rakyat Malaysia?

Mari kita lihat siapakah yang berbohong? Kerja siapkah yang bohong rakyat Malaysia? Adakah rakyat Malaysia harus MENYESAL KEMUDIAN?
 

Terkini: Seorang lelaki cedera akibat terkena tembakkan di Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 42 tahun cedera akibat terkena tembakan di depan sebuah pusat hiburan di Kemayan Square di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, suspek melepaskan sekurang-kurangnya tujuh das tembakan ke arah mangsa dengan sebahagiannya tersasar.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang turut mempunyai rekod jenayah lampau, mengalami pendarahan otak dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Terkini: Pesanan BATINKU

 
Buat Kerja Kerana Allah
Jangan diungkit walau sezarah
Hati tidak berasa gundah
Perasaan tidak mudah marah
Segala urusan menjadi mudah
Kerja tidak menjadi susah
Tenaga tidak menjadi payah
Fikiran tidak keluh kesah
Buat Kerja Kerana Allah
Terlari niat membawa padah
Hati hendaklah sentiasa di lembah
Letakkan diri dipaling bawah
Menyimpan ujub adalah barah
Halatuju menjadi terarah
Ketaatan tidak di tarah-tarah
Komitmen bersama mudah di kerah
Buat Kerja Kerana Allah
Bakti hendaklah sentiasa di curah
Segala pujian dianggap dadah
Keaiban diri harap di dedah
Mimpikan pangkat mengundang parah
Segala keputusan adalah musyawarah
Segala kesusahan di lihat riadah
Segala kelebihan adalah anugerah
Buat Kerja Kerana Allah
Rezeki subahat haram menjadi darah
Hak orang jangan di jarah
Kuasa makhluk tidak disembah
Musuh tidak mudah mengacah
Kawan jangan dijadikan amah
Maksiat jangan dibiar bernanah
Punca masalah hendaklah dirajah
Perbualan jangan ditambah perencah
Buat Kerja Kerana Allah
Jangan takut turun kelembah
Bisikan hendaklah selalu dilapah
Harapan kawan bersama dicecah
Kelebihan kawan jadikan madrasah
Hal yang kecil jangan direnyah
Prinsip jangan mudah goyah
Kelemahan kawan jangan digeledah
Buat Kerja Kerana Allah
Pasti tahu membezakan antah
Rahsia disimpan bukan dimuntah
Mendoakan kawan menjadi lumrah
Amalan kebaikan bercambah-cambah
Syaitan pasti gagal meludah
Pintu syak ditutup dengan mas merah
Kepada nafsu jangan mengalah
Buat Kerja Kerana Allah
Jangan sekali terasa culah
Jauhkan tamak utamakan barakah
Keazaman jangan dibiar lelah
Diri jangan dibiar berkelah
Perut jangan makanan berkolah
Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah
Ibadah biar tinggi menggalah
Kepuasan jangan dibiar sudah
Semangat biar sehebat Handzalah
Buatlah Kerja Kerana Allah
Kerja bukanlah main redah
Diri tidak menadah-nadah
Tiada bezanya yang punya ijazah
Alhamdulillah dibibir sentiasa basah
Zikir dihati sentiasa menerjah
Setiap waktu ditikar sejadah
Buat Kerja Kerana Allah
Dengan kawan sentiasa berhemah
Pada yang dengki jangan disumpah
Kelemahan kawan jangan dilihat sampah
Jangan juga dianggap masalah
Usahakan kebaikan sentiasa bertambah
Supaya yang gelap dapat di cerah
Buat Kerja Kerana Allah
Pendapat orang jangan disanggah
Pendapat sendiri jangan terasa gah
Kekurangan kawan jangan disesah
Perkataan baik sentiasa dimadah
Keharmonian persahabatan sentiasa di asah
Jangan membuat sahabat resah
Rezeki dikumpul untuk ke Mekah
Bukannya untuk bermegah-megah
Latihlah diri menjadi tabah
Maruah jangan dibiar murah
Buat kerja kerana AllahSegala perlakuan menjadi ibadah
Segala penyelewengan terasa bersalah
Rasakan kerja semuanya indah
Hendaklah sentiasa bermujahadah
Hindarkan segala sifat mazmumah
Himpunkan segala sifat mahmudah
Persahabatan jangan dipecah-pecah
Tiada yang mustahil semuanya munasabah
Orang jangan di acah-acah
Ehwal kawan sentiasalah jengah
Segala bantuan jangan dilengah
Moga semuanya mendapat inayah
Agar terbuka pintu hidayah
Terlindung dari segala jenayah
Ingatlah selalu pesan Ayah
Ingatlah pula pesan Rasulullah
Hanya pada Allah kita berserah
InsyaAllah . Amin ya Rabbal ' Alamin...

Terkini: Peranan 1MDB Analisis yang tidak di dedahkan.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2014, gerakan menyerang dan memburukkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak akan berterusan membabitkan peribadi Perdana Menteri dan orang sekelilingnya. Serangan ini tidak lagi mengambil kira kebenaran atau sekadar gosip-gosip liar politik.

Antara yang menjadi sasaran kali ini ialah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia dikatakan sebagai “brainchild” Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Serangan dari Pakatan Rakyat mudah difahami kerana mereka tidak mungkin menyukai apa sahaja kebaikan yang dibuat oleh Barisan Nasional.

Terkini: Al-Fatihah kepada Seniman Datuk Mustapa Maarof

Datuk Mustapa Maarof telah kembali ke rahmatulullah. Semoga di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Terkini: Rahsia besar untuk menumbangkan kerajaan?

Sedarkah Anda Malaysia sedang Mengalami Ledakan Revolusi Media Sosial. Apa Saja Info Yang Diperolehi Dari FB,Twitter,Wasapp Mampu Mencetuskan Kemarahan Kecurigaan Kekeliruan.

Mesir,Syria,Tunisia,Amerika ,Hong Kong Telah Pun Merasainya. Untuk Menumbangkan Kerajaan Hanya Gunakan Senjata Moden Ini. Yang Hanya Bermodalkan Rumors. Yang Akan Memanipulasikan Pemikiran Rakyat.

MTMR berharap kerajaan dapat mengawal dan melawan corak perperangan cara ini?

Mutakhir: Pengalaman Di Kurung di Kelab Malam.

Dikurung di kelab malam serta diugut dicederakan adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Zaidi Ramli, 43.

Beliau melalui detik cemas itu ketika melaksanakan operasi membanteras maksiat.

Menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Siasatan JAWI ketika itu, dia mengakui pelbagai dugaan dilalui dalam menangani jenayah syariah di Lembah Klang.

Pengalaman luas dalam bidang nikah dan cerai memberi kelebihan kepadanya membantu menyelesaikan krisis rumah tangga.

Itu tugas pertama beliau ketika dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan apabila dipindahkan ke JAWI.

Pelbagai kategori individu ditemui, antaranya sikap kedekut suami walaupun berstatus jutawan sehingga menyebabkan pasangannya mengadu di mahkamah syariah.

Suami terlalu kedekut

"Antara kes yang paling saya ingat ialah rumah tangga berantakan kerana suami terlalu kedekut walaupun memiliki banyak harta.

"Isteri mengadu suaminya menanam pokok mangga di rumahnya dan berbuah sulung. Suatu hari, si suami perlu bertugas di luar kawasan. 

"Sebelum pergi bertugas, dia berpesan pada isterinya menjaga dan memastikan buah tidak gugur. Ditakdirkan Allah, buah itu gugur dan sekembali daripada tugas, suami memarahi isteri kerana buah itu gugur," katanya.

Dalam kejadian lain, Mohd Zaidi berkata, isteri mengadu ketika mereka ke majlis makan malam, suami tercicir duit syiling 50 sen.

"Isterinya mengutip syiling berkenaan, namun si suami segera meminta syiling tanpa menunggu pulang ke rumah.

"Memandangkan sudah lama berkahwin dan sudah berusia, mereka tidak memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian. Malangnya, sikap suami tidak berubah, terutamanya apabila dia tidak mencari agama sebagai panduan hidup," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Timbalan mufti termuda

Selain jawatan berkenaan, anak kelahiran Jempol, Negeri Sembilan itu berkata, dia pernah berkhidmat sebagai Timbalan Mufti Negeri Sembilan pada tahun 2004 ketika berusia 33 tahun. Pelantikan itu menjadikannya sebagai Timbalan Mufti termuda di negara ini ketika itu.

Jawatan lain pernah disandang termasuk Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Katanya, sepanjang menguruskan bahagian kaunseling rumah tangga, beliau terkejut kerana isu penderaan seksual yang disifatkan sebagai melampau.

"Antara kes yang ditemui termasuklah isteri diikat serta digantung di dinding. Isteri disebat dan perlakuan ganas lain semata-mata untuk memuaskan nafsu pelik suami. Lebih mengejutkan mereka yang digelar fetish ini memiliki pendidikan tinggi," katanya.

Bapa kepada 10 cahaya mata ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kikir, Batu Kikir, sebelum meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL), Labu.

Ikuti jurusan komunikasi

Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pengajian Islam pengkhususan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan serta meneruskan Ijazah Sarjana di universiti sama dalam bidang Pengurusan Komunikasi.

Ketika menjadi penguat kuasa JAWI, Zaidi melalui pengalaman berbeza berbanding menguruskan isu rumah tangga.

Dia juga bertanggungjawab mendekati kawasan maksiat, selain mendekati belia yang mengabaikan nilai Islam dalam kehidupan.

"Saya pernah terkurung dalam satu kelab malam berdekatan Bukit Bintang ketika melakukan serbuan bersama kira-kira 20 pegawai lain. Malangnya, serbuan itu tidak berjalan seperti kebiasaan apabila kami ditahan dan diugut tembak. Nasib kami baik apabila tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku apabila pihak polis berjaya menyelesaikan dengan baik," katanya.

Jejaki gadis Islam

Beliau pernah menyamar sebagai pelanggan kelab malam ketika menjejaki gadis Islam berpendidikan tinggi memilih bekerja di kelab malam.

Kebanyakan yang memilih kerjaya itu katanya, kabur mata dengan imbuhan lumayan sekitar RM600 hingga RM800 satu malam. Ada juga yang menerima nasihat JAWI dan berhenti serta mencari kerjaya lain.

"Saya berjumpa wanita Islam bekerja sebagai juruwang di kelab malam dengan mengenakan imej bertudung. Apabila disoal, dia bercerita mengenai kesempitan hidup. Dia terpaksa bergilir bekerja dengan suaminya. Suami bekerja siang manakala dia waktu malam," katanya.

"Saya menasihatinya berhenti dan memberi jaminan membantu mendapatkan modal memulakan perniagaan," katanya.

Tukar kerjaya

Zaidi berkata, Alhamdulillah wanita berkenaan sudah berhenti dan menjual pisang goreng selepas memperoleh modal permulaan RM3,000 daripada JAWI.

Katanya, persepsi ramai selama ini menganggap tugas jabatan agama hanyalah menjatuhkan hukum adalah tidak tepat.

Beliau berkata, tugas mereka lebih menjurus kepada usaha menyelamatkan mereka yang tersasar daripada landasan syariat.

Dalam gerakan dakwahnya, Zaidi lebih gemar memilih pendekatan turun padang mendekati dan mengenali masyarakat. Pendidikannya dalam bidang komunikasi dimanfaatkan sebaik mungkin. Ini menjadikan dia mudah didekati dan berkongsi cerita.

Wanita berpakaian seksi

"Ada sekumpulan gadis berpakaian seksi mengusik, memanggil abang ustaz, saya pergi dan berbual dengan mereka. Saya beri nombor telefon dan cakap, kalau satu hari nanti adik penat pakai baju macam ini, telefon saya. Alhamdulillah, mereka telefon selepas beberapa bulan.

"Ketika berdakwah, saya tidak boleh terus tukar orang. Perlu ada satu transisi menjadikan mereka bersedia sebelum bergerak ke arah lebih positif.

"Bukan mereka tidak ada kesedaran, mungkin belum diberikan hidayah, atau pendekatan membawa mereka ke arah positif bersifat keterlaluan," katanya.

Bercerita mengenai keluarganya, beliau sentiasa berusaha mencuri masa meluangkan waktu bersama isteri dan anak.

"Isteri memainkan peranan dalam membesarkan anak-anak. Tuntutan kerja tidak menentu, namun saya akan cari masa untuk bersama keluarga. Petua yang saya pegang ialah kerap dukung dan peluk anak-anak supaya mereka tidak berdendam jika dimarah. Jika saya marah, isteri memujuk dan begitulah sebaliknya.

"Memujuk bukan memenangkan mereka, tapi memberi rasional kenapa mereka dimarah," katanya.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat