TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, December 15, 2014

Terkini: Peranan 1MDB Analisis yang tidak di dedahkan.

Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2014, gerakan menyerang dan memburukkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak akan berterusan membabitkan peribadi Perdana Menteri dan orang sekelilingnya. Serangan ini tidak lagi mengambil kira kebenaran atau sekadar gosip-gosip liar politik.

Antara yang menjadi sasaran kali ini ialah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia dikatakan sebagai “brainchild” Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Serangan dari Pakatan Rakyat mudah difahami kerana mereka tidak mungkin menyukai apa sahaja kebaikan yang dibuat oleh Barisan Nasional.

Bagaimanapun tindakan beberapa pihak di dalam UMNO mula membelasah 1MDB tanpa menganalisis fakta yang ada dengan wajar dan rasional, dan dilakukan ketika hampir dengan PAU 2014 sangat mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya.

1MDB sebenarnya ditubuhkan pada 2009 dengan dua objektif yang sangat baik untuk negara dan Barisan Nasional. Ia ditubuhkan dengan tujuan membantu kerajaan Barisan Nasional melalui perniagaan dan khidmat sosial.

Selain bertindak sebagai konglomerat yang membuat keuntungan melalui perniagaan, 1MDB juga mempunyai cabang khidmat sosial khusus melalui Yayasan 1MDB.

Yayasan ini banyak melaksanakan program-program komuniti melibatkan pembangunan modal insan. Antaranya ialah projek Majudiri, mewujudkan skim bantuan makanan khas untuk anak-anak sekolah di luar bandar, bantuan pendidikan dan ratusan lagi sumbangan sosial 1MDB setiap tahun.

Saban tahun juga 1MDB menaja hampir 1000 orang pentadbir masjid dan surau dari seluruh negara mengerjakan Haji. Ini semua dilakukan tanpa membabitkan dana atau wang kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Kerja-kerja sosial ini dicemburui oleh Pakatan Rakyat kerana ia memberi keuntungan politik kepada Najib Razak dan Barisan Nasional. Atas sebab itu mereka menyerang dan memburukkan 1MDB Berhad dengan tujuan melingkupkan perniagaan syarikat ini dan akhirnya turut mematikan Yayasan 1MDB.

Jika 1MDB Berhad diserang dengan pelbagai tuduhan dan serangan persepsi memburukkan imej korporat mereka, akhirnya tentulah syarikat ini sukar mengadakan perniagaan di peringkat antarabangsa dan dalam negara.

Kita faham jika Pakatan Rakyat menyerang 1MDB, tapi jika ahli UMNO sendiri melakukan ia adalah melucukan dan menyedihkan. Kita sudah hilang keutamaan dan pemikiran strategik meluaskan pengaruh politik Barisan Nasional.

1MDB Berhad Satu Entiti Perniagaan. Baiklah, kita bersetuju bahawa sebagai syarikat berkaitan kerajaan 1MDB tidak boleh menolak atau mengabaikan soal tadbir urus korporat yang baik.

Namun terlebih dahulu kita perlu fahami bahawa 1MDB bukan syarikat pelaburan kerajaan seperti Khazanah Nasional Berhad. Khazanah Nasional Berhad merupakan syarikat menguruskan kekayaan negara untuk pelaburan strategik. Ini bermakna segala wang Khazanah Nasional Berhad datang dari dana kerajaan.

Sebaliknya 1MDB adalah sebuah syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan. Ia tidak dibiaya atau bertindak sebagai badan pelaburan dana Kerajaan.

1MDB hanya diberi modal permulaan dalam bentuk ekuiti sebanyak RM 1 juta dan sokongan jaminan bon sebanyak RM 5.8 bilion sahaja. Selebihnya mereka perlu menjana dana sendiri dan melakukan pelaburan menggunakan dana yang diperolehi.

Adilkah syarikat seperti ini diasak dan ditekan seolah-olah mereka berniaga atas wang kerajaan sepenuhnya?

Kerugian Yang Besar?

Menurut laporan tahunan 1MDB, Kumpulan tersebut mencatatkan kerugian berjumlah RM665.3 juta untuk tahun kewangan ini, sebahagian besarnya berpunca daripada kos pembiayaan yang lebih tinggi berjumlah RM2.4 billion, berbanding RM1.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengembangkan pangkalan asetnya.

Nilai pangkalan aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 billion, berbanding RM44.6 billion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 billion kepada RM41.9 billion. Jumlah keseluruhan pendapatan meningkat 64% daripada RM2.6 billion kepada RM4.3 billion, mencerminkan kualiti portfolio aset-asetnya yang sedang dibangunkan dan kekukuhan penjanaan pendapatan.

Apakah yang kita faham daripada laporan ini? Laporan ini menunjukkan 1MDB berada dalam keadaan baik dan tidak mempunyai kemungkinan akan “jahanam” sekelip mata seperti yang cuba digambarkan oleh Pakatan.

1MDB hanya ditubuhkan 5 tahun lalu memerlukan masa untuk menjadi kuat dan mencatatkan keuntungan. Namun untuk sebuah syarikat yang bermula 5 tahun lalu boleh menjana pendapatan sehingga RM 4.3 Bilion pada tahun 2013 merupakan satu pencapaian besar.

Keutamaan serangan di sini ialah jumlah hutang (labialiti) 1MDB sebanyak RM 41.9 bilion yang dikatakan sangat besar dan tidak munasabah.

Malangnya kita tidak pernah bertanya bagaimana sebuah syarikat bermodalkan sejuta kini memiliki aset sebanyak RM 51.4 bilion. Sudah tentu pembelian dan pemilikan aset ini melalui pinjaman. Adalah mustahil untuk sebuah syarikat bermodalkan RM 1 juta boleh memiliki aset RM RM 51.4 Bilion jika tidak membuat pinjaman.

Memang sukar untuk memahamkan isu perniagaan ini kepada rakyat biasa. Orang ramai termasuk ahli UMNO akan lebih mudah termakan momokan Pakatan Rakyat seperti hutang yang besar dan kerugian yang tinggi sekalgus melihat 1MDB sebagai “pariah” perniagaan.

Hakikatnya bagi sesebuah syarikat yang mempunyai aset melebihi hutang, pendapatan yang bertambah dari tahun ke setahun, merupakan satu syarikat yang berada dalam keadaan yang sihat. Inilah situasi 1MDB!

Yang lain-lain, biarlah mereka yang dilantik menjalankan tugas mereka. Mustahil menjalankan perniagaan dengan berjaya jika setiap hari perlu menjawab setiap keputusan perniagaan kepada 25 juta rakyat Malaysia.

Ingatlah yang mempertikaikan kerugian 1MDB seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua pun tidak mempunyai kejayaan dalam bidang perniagaan.?

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat