Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Monday, April 21, 2014

Wira Angkasa TUDM juara keseluruhan ATM Challenge 2014.

BESUT: Wira Angkasa, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuktikan kehebatannya dalam menguasai ruang angkasa apabila muncul Juara Keseluruhan Kejohanan Payung Terjun ATM Challenge 2014 yang diadakan di Stadium Mini Kampung Raja di sini yang berakhir hari ini.

Pasukan TUDM dengan dibarisi 12 penerjun menewaskan lapan pasukan lain terdiri daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta 10 Brigade Parachuter.

Naib johan pula dimenangi pasukan daripada TDM manakala TLDM pula di tempat ketiga.

Acara penutupan dan penyampaian hadiah dilakukan Assisten Ketua Staff Material TUDM, Mejar Jeneral Datuk Azizan Shaari di sini hari ini.

Kejohanan yang berlangsung 10 hari itu turut disertai tiga pasukan kelab iaitu Kelab Payung Terjun Wilayah Persekutuan, pasukan 604 Sky Diver Kuala Lumpur dan Kelab EURO Sky Diver, membabitkan 120 peserta.

Empat kategori pertandingan diadakan membabitkan ketepatan payung sukan; ketepatan payung tentera; kerjasama di udara; dan kerjasama kanopi di udara.

Pasukan daripada PDRM berjaya memenangi piala pusingan apabila dinobatkan sebagai johan kategori kerjasama kanopi di udara.
Kejohanan tahunan yang julung kali diadakan di Terengganu itu menarik lebih 5,000 penonton, termasuk dari Kelantan, untuk menyaksikan kehebatan penerjun yang mengambil bahagian.

Sementara itu TLDM Lumut, Perak pula dipilih sebagai penganjur bagi tahun 2015.

- BERNAMA

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat