TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, October 26, 2013

Mutakhir: Bedah Siasat Pegawai Bank di tembak.

Pelbagai persoalan salahlaku mengejutkan telah dibongkarkan dalam bedah siasat kes Kes Pegawai Ambank Ditembak sebelum merompak bilik besi bank. Kes ini telah merungkai salah laku ramai pihak terbabit hingga bokeh terlrpas isu keselamatan seperti ini.

1. Siapa pengawal keselamatan AmBank itu?

2. Syarikat Kawalan Keselamatan mana yang mengambil dia bekerja?

3. Adakah pengawal itu memenuhi syarat untuk membawa senjata? pegawai-bank-ditembak-mati Mayat Norazita setelah ditembak

4. Jika tidak, bagaimana pengawal itu boleh dibenarkan membawa senjata api?

5. Apa langkah SOP keselamatan pihak Bank dalam situasi seperti itu?

Terbaru : AS intip perbualan 35 pemimpin dunia

AS intip perbualan  35 pemimpin dunia 
Jay Carney (kiri) dan Edward Snowden.

Pendedahan terbaru bekas kontraktor, Edward Snowden, melalui akhbar Britain

London: Amerika Syarikat memantau perbualan telefon 35 pemimpin dunia, menurut dokumen sulit yang dibocorkan bekas kontraktor Edward Snowden, lapor akhbar The Guardian, kelmarin.
 
Nombor telefon pemmpin dunia itu disampaikan kepada Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) oleh seorang lagi pegawai jabatan kerajaan lain, kata dokumen itu, lapor The Guardian dalam laman webnya.

Terima Bonus Penjawat awam .

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

Mutakhir: Kawal kenaikan harga barang.

Kerajaan melaksana penyelesaian bersifat menyeluruh membabitkan syarikat dan pembeli bagi mengekang kenaikan ketara harga rumah serta kegiatan spekulasi keterlaluan.

Antara langkah itu ialah mengkaji semula Cukai Keuntungan Harga Tanah (CKHT) berpandukan tempoh pegangan hartanah.
 
Bagi pelupusan hartanah yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun, kadar CKHT bagi syarikat, warga dan penduduk tetap dinaikkan daripada 20 peratus kepada 30 peratus.

Cukai pendapatan dikurang tiga peratus

Langkah proaktif bantu rakyat miliki kewangan kukuh

Kuala Lumpur: Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus pada 2015.
 
Berikutan pengurangan itu, 300,000 yang kini pembayar cukai tidak lagi perlu membayar cukai dan membolehkan pendapatan boleh guna rakyat bertambah.

Pengurangan cukai individu itu antara langkah kerajaan sebelum melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

BAJET 2014

BAJET 2014  

Najib bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan Kertas Pembentangan Bajet 2014 ketika keluar dari Parlimen, semalam. Turut sama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (kanan). - Foto Azmaidi Abidin
 
Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi, Melaksana Janji

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam membentangkan Bajet 2014, iaitu pelan kewangan lengkap yang proaktif dalam memenuhi janji kerajaan dalam memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.

Bajet ke-56 itu juga dirangka untuk memastikan ekonomi terus kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara.

INFO : Jalur Lebar Fasa Kedua di Laksanakan.

Kerajaan akan melaksanakan fasa kedua projek perkhidmatan jalur lebar kelajuan tinggi (HSBB) dengan kerjasama swasta membabitkan kos pelaburan sebanyak RM1.8 bilion bagi meningkatkan lagi liputan internet di bandar utama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata inisiatif berkenaan dijangka memberikan tambahan liputan dan kemudahan kepada masyarakat di kawasan bandar yang merangkumi 2.8 juta isi rumah di seluruh negara untuk menikmati kelajuan internet sehingga 10 megabits (Mbps) sesaat.

INFO : Apa itu kelebihan GST Part 2

 
Apakah kelebihan dan kebaikan GST Kepada Negara dan rakyat Malaysia.

1. GST tidak merangkumi makanan, bahan dan perkhidmatan asas.

2. GST merupakan 'cukai kepenggunaan' (consumption tax). Maknanya sekiranya barangan atau perkhidmatan itu digunakan banyak kali, maka ianya berkadar terus.

3. GST merupakan hasil kepada Kerajaan yang lebih langsung berbanding dengn cukai pendapatan, samada pada individu atau korporat yang hanya boleh dikutip setahun sekali apabila pengisytiharan dibuat kepada LHDN.

INFO : Bajet 2014 Rumah Mampu Milik.



Sebanyak 223,000 unit rumah mampu milik dengan harga berpatutan akan dibina oleh kerajaan dan sektor swasta tahun depan.

16,473 unit rumah akan dibina oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta.Di samping itu JPN juga akan membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan RM146 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.

AS belum bersedia henti serangan drone

AS belum bersedia henti serangan drone 
 Obama (kanan) melambai tangan selepas bermesyuarat dengan Nawaz Sharif di Rumah Putih, semalam.
 

Membisu gesaan Pakistan tamat guna pesawat kawalan jauh

Washington: Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjanji kelmarin untuk memberi perhatian terhadap kebimbangan Pakistan membabitkan tempoh selepas perang di Afghanistan, namun membisu terhadap gesaan Perdana Menteri Nawaz Sharif untuk menamatkan serangan pesawat kawalan jauh atau drone.

Obama mengalu-alukan kunjungan Sharif ke Rumah Putih selepas meluluskan bantuan bernilai AS$1.6 bilion (RM5.05 bilion), kebanyakannya untuk ketenteraan, yang disekat selepas ketegangan hubungan kedua-dua negara berhubung serbuan 2011 yang mengorbankan pemimpin al-Qaeda Osama bin Laden.
 
Obama berjanji memberi penjelasan penuh kepada Sharif dan bekerjasama menjadikan Afghanistan‘stabil dan selamat, kedaulatannya dihormati’ Ketika tentera Amerika Syarikat bersiap sedia berundur dari Afghanistan tahun depan.


“Saya yakin dengan bekerja bersama, kami boleh mencapai sasaran lebih baik buat Afghanistan, namun turut membantu melindungi Pakistan dalam jangka panjang,” kata Obama kepada media di Pejabat Oval.


Curiga Pakistan

Ramai penduduk Afghanistan mencurigai Pakistan berikutan sokongan terhadap rejim Taliban pada masa lalu sebelum digulingkan dalam serangan diketuai Amerika selepas serangan 11 September 2011.
Dalam satu kenyataan bersama, Sharif dan Obama menggesa Taliban terbabit dalam rundingan perjanjian damai dengan kerajaan Afghanistan, satu inisiatif yang segera terhenti selepas langkah pertama Jun lalu.

Pada masa sama Sharif menggesa Amerika menamatkan kempen serangan hendap ke atas militan, yang mencetuskan kemarahan ramai penduduk Pakistan yang menganggapnya sebagai pelanggaran kedaulatan negara.

Sharif menggesa kerjasama antikeganasan lebih meluas dengan Washington namun berkata:

“Saya juga mengemukakan isu serangan pesawat kawalan jauh dalam pertemuan kami dan menggesa serangan seperti itu ditamatkan segera.”


Tak jawab soalan

Obama tidak menyebut serangan drone dan kedua-dua pemimpin tidak menjawab soalan.

Dalam kenyataan mereka, Obama dan Sharif menegaskan bahawa “perkongsian berkekalan kami adalah berasaskan prinsip menghormati kedaulatan dan integriti jajahan.”

Walaupun kenyataan terbuka itu, akhbar The Washington Post berkata ia memperoleh dokumen rahsia yang mengesahkan kecurigaan bahawa Pakistan meluluskan serangan Amerika dan kadang kala malah memilih sasaran. - AFP

INFO : Good and Services Tax (GST)

GST bukanlah cukai tambahan baru.Dengan pelaksanaan GST pada April 2015, Kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada. Sebagai contoh, pada waktu ini, sekiranya kita membeli minuman berkarbonat di restoran, tanpa kita sedari, kita telah membayar dua kali cukai, yakni cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau Sales Tax and... Services Tax dimansuhkan. Dua cukai yang dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali dengan nama Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax atau GST.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat