Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Saturday, October 26, 2013

Terima Bonus Penjawat awam .

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.
 
“Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014,” katanya.


Pada Ogos lalu, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing sudah dibayar kepada penjawat awam dan pesara. Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Sementara itu, bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara pula, kerajaan akan menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan pelbagai peringkat mulai November ini.

Pada Julai lalu, kerajaan memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) membabitkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Di samping itu, kerajaan memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan yang memanfaatkan seramai 182,434 penjawat awam.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat