TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, October 26, 2013

INFO : Bajet 2014 Rumah Mampu Milik.



Sebanyak 223,000 unit rumah mampu milik dengan harga berpatutan akan dibina oleh kerajaan dan sektor swasta tahun depan.

16,473 unit rumah akan dibina oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta.Di samping itu JPN juga akan membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan RM146 juta. PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.


80,000 lagi unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran....

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 26,122 unit rumah yang meliputi 15,122 unit Rumah Mampu Milik; 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 Rumah Mesra Rakyat (RMM).Kerajaan juga memperkenalkan kategori baharu RMM dengan harga jualan antara RM45,000 hingga RM65,000 selain memberi subsidi antara RM15,000 hingga RM20,000 seunit.

Untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih rumah kos rendah dan sederhana, kerajaan akan memperkenal Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome yang menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada setiap pemaju.MyHome adalah projek perumahan baharu yang diluluskan mulai 1 Januari 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian 

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.Keutamaan MyHome akan diberi kepada pemaju yang membina rumah kos rendah dan sederhana di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi dan ia terhad kepada 10,000 unit rumah pada tahun depan.Skim MyHome itu terbuka kepada pembeli rumah pertama dengan pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah dan maksimum RM6,000 bagi kos sederhana.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat