TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, April 8, 2016

DAULAT TUANKU : SULTAN JOHOR MAHU JMF KAWAL KAWASAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KOTA ISKANDAR.

JOHOR BAHRU, 8 April – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah menyuarakan harapan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memperluas skop tugasan pasukan Askar Timbalan Setia Negeri (JMF) di negeri ini.

Tuanku berkata tugas JMF boleh diperluas kepada bukan sekadar mengawal kawasan istana dan keluarga diraja tetapi juga boleh ditugaskan mengawal kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri di Kota Iskandar.

“Bukankah lebih baik jika kita letakkan tanggungjawab menjaga keselamatan kawasan kita kepada anggota keselamatan kita sendiri berbanding syarikat swasta yang menggajikan pekerja asing?”

“Saya menyeru kepada kerajaan untuk terus membantu JMF dalam usaha untuk memperkemaskan organisasi dan urusan pentadbirannya serta menambah lagi anggota agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan. Saya harap Menteri Besar dapat menilai perkara ini”, titah Tuanku.

Sultan Ibrahim bertitah pada Majlis Perasmian Kem Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang baharu di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru, hari ini.

Ketika bertitah, Tuanku turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana meluluskan pertambahan anggota dan skim gaji yang sewajarnya untuk JMF.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, JMF adalah simbol besar kepada tamadun negeri yang menunjukkan kedaulatan, kekuatan serta sejarah yang tidak ternilai.

Justeru, beliau menegaskan adalah penting bagi JMF yang memainkan peranan besar dalam perjalanan sejarah Johor dan bangsanya, untuk dipertahankan.

“Pemantapan dan pemodenan kemudahannya adalah manifestasi terbaik mengangkat kedaulatan institusi milik Negeri Johor ini”.

“Setelah lebih 100 tahun kewujudan JMF, peranannya telah banyak berkembang dan memainkan peranan yang semakin penting”, katanya.

Turut berangkat menghadiri majlis tersebut ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che’ Puan Khaleeda Bustamam, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim, putera-putera dan puteri baginda, serta kerabat diraja lain.

Antara kenamaan yang turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin, Pengerusi Majlis Jumaah Diraja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli dan Presiden Johor Corporation (JCorp), Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim.

Kem Askar JMF yang baharu ini dibangunkan oleh JCorp di atas kawasan tanah seluas 51.2 ekar dan menelan kos keseluruhan sebanyak RM125 juta.

Ia dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, dewan serbaguna, pejabat pengurusan, rumah kediaman, bunker peluru dan bangunan latihan menembak.

JMF merupakan institusi pertahanan pertama dan tertua negara yang ditubuhkan pada 1886 pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar dan berperanan mempertahankan kedaulatan institusi diraja Johor.

Johor adalah satu-satunya negeri dalam negara yang mempunyai pasukan tenteranya sendiri dan telah menjadi satu simbol dan identiti unik negeri itu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat