Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Thursday, December 12, 2013

Putrajaya: Kenderaan rasmi kerajaan Proton Perdana Baharu.

PROTON Perdana  baharu kenderaan rasmi kerajaan 
Najib dan Muhyiddin diiringi Mohd Khamil menerima PROTON Perdana versi baharu di lobi Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. - Foto BERNAMA
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan PROTON Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

PROTON Perdana itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri keselamatan dan keselesaan. Dua unit edisi khas PROTON Perdana berwajah baharu turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
 
Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N.

Selain Muhyiddin turut hadir Pengerusi Eksekutif PROTON, Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri Kabinet.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Khamil berkata, PROTON Holdings Berhad (PROTON), anak syarikat DRB-HICOM, semalam menyerahkan kumpulan pertama 200 unit PROTON Perdana kepada kerajaan.

Beliau berkata, 3,000 unit lagi akan diserahkan kepada kerajaan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun bagi menggantikan kumpulan PROTON Perdana pada masa ini yang digunakan sebagai kenderaan kerajaan.

Buat masa ini, PROTON Perdana baru itu hanya untuk kenderaan rasmi kerajaan, termasuk agensi kerajaan dan ia tidak akan dijual kepada orang awam.
Program pembangunan

PROTON juga menerima permintaan daripada kerajaan negeri dan badan berkanun untuk menukarkan PROTON Perdana yang sedia, namun ia tertakluk kepada kelulusan, katanya.

Mohd Khamil berkata, PROTON Perdana adalah sebahagian daripada program pembangunan yang dijalankan PROTON dengan kerjasama Honda Japan Ltd.

Beliau berkata, ia fasa pertama program antara PROTON dan Honda, menurut perjanjian kerjasama antara kedua pihak akhir tahun lalu.

Kami menyampaikan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia atas kepercayaan mereka kepada PROTON dan memberikan kami peluang sekali lagi sebagai penyedia kenderaan rasmi kerajaan, katanya.

Mohd Khamil berkata, penggantian model Perdana yang akan digunakan Kerajaan Persekutuan adalah di bawah fasa satu perancangan Proton bagi membangunkan segmen D baharu.

Mula fasa dua

Katanya, PROTON telah memulakan fasa dua program berkenaan yang membabitkan pembangunan seterusnya model segmen D mengikut inisiatif perkongsian platform dengan Honda Japan Ltd, dengan reka bentuk dalaman dan luaran yang baharu.

Ia akan dilancarkan di pasaran Malaysia dalam tempoh 18 hingga 24 bulan. Ia akan dijual kepada orang awam, katanya. 

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat