TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 10, 2013

TERKINI:- MALAYSIA PUNYAI HARAPAN MILIKI SEMULA PULAU BATU PUTEH- TUNTUTAN SEMULA 2018

Saya sebagai rakyat Malaysia mendesak agar kerajaan Malaysia mencari bukti kukuh sebagaimana yang dilakukan oleh Negara China untuk mendapatkan kepulauan Macau.

Tuntutan semula isu Pulau Batu Putih  boleh dilakukan pada tahun 2018 , jika Malaysia masih sayang dan mempunyai bukti bukti terbaru mengenai kedaulatan Pulau batu putih adalah milik wilayah Malaysia.

Sekarang ini sepatutnya Malaysia melalui Peguam Negara telah menyiasat dan mengumpulkan bukti untuk mendapatkan semula Pulau Batu Putih tersebut sebagai sebahagian daripada wilayah Malaysia.

Mengikut tulisan R. Haller-Trost, Historical Legal Claims: A Study of Disputed Sovereignty Over Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) 1993, pada tahun 1842, seorang bendahari, James Horsburgh telah mengumpulkan yuran di Canton, China daripada para pedagang untuk disumbangkan kepada Kerajaan Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements Government) supaya membina rumah api bagi kemudahan kapal-kapal yang melalui perairan yang bahaya di bahagian timur selat Singapura, terutama bagi mengelakkan kapal-kapal mengalami kemalangan merempuh batu-batu di laluan berkenaan akibat pertambahan lalu lintas kapal.
DALAM peta Malaysia yang terkini, ditunjukkan dengan jelas kedudukan Pulau Batu Putih (White Rock Island). Nama pulau ini digunakan sejak dari dahulu kerana dari jauh pulau itu pada asalnya kelihatan berwarna putih kesan tompokan-tompokan najis burung-burung laut.

Ahli-ahli pelayaran Portugis pada masa dahulu pula memanggil pulau ini Pedra Branca dan nama inilah yang digunakan oleh Singapura hingga sekarang.

Ketika pertikaian tuntutan bertindih ke atas pulau-pulau di Kepulauan Spratly di Laut China Selatan reda, baru-baru ini muncul pula ketegangan di sudut barat daya perairan itu.

Kedaulatan pulau berbatu yang mempunyai wilayah yang cukup kecil tetapi amat strategik menjadi tuntutan bertindih antara Malaysia dan Singapura.

Perkembangan isu Pulau Batu Putih mencapai tahap kemuncak baru-baru ini apabila semakin banyak artikel dan laporan mengenainya dihebahkan melalui media.

Alasan yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953,

Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupun penyeliaan atas Pulau Batu Puteh.

Mahkamah juga menegaskan bahawa peta yang tertera dan diperbuat oleh Malaysia itu sesungguhnya mencerminkan juga apa-apa hal yang bersabit tuntutan Singapura. Oleh kerana pulau itu dan juga rumah api yang diletakkan di situ sebagai rumah api Horsburgh adalah milik Singapura.

Mantan Menteri Luar Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dilapor berkata surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu.
Tuntutan-tuntutan lain yang diperbuat Singapura (juga) meyakinkan mahkamah bahawa Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura dalam bentuk pengawasan kedaulatan.

Dalam konteks yang agak berlainanlah maka mahkamah menentukan Middle Rocks adalah milik dan kedaulatan pada Malaysia.

Saya telah mendapat maklumat bahawa Malaysia masih mempunyai peluang untuk mendapatkan semula pulau tersebut di mana pihak Mahkamah ICJ memberikan tempoh 10 tahun untuk menilai semula keputusan tersebut sekiranya pihak Malaysia mempunyai bukti-bukti terkini. Ini bermakna Malaysia boleh mengemukakan tuntutan semula kes Pulau Batu Puteh menjelang 2018.

Saya juga telah menghubungi seorang ahli Persatuan Sejarah Johor, bahawa masih terdapat bukti-bukti yang ada di Istana Johor yang boleh dikemukakan untuk membawa semula isu tersebut di ICJ.

Oleh yang demikian, jika kita masih berminat untuk mendapatkan Pulau Batuh Puteh, saya mencadangkan supaya pihak-pihak yang terbabit supaya memulakan usaha dari sekarang kerana tempoh 2018 masih jauh lagi.

Dalam pada itu, tuduhan-tuduhan ke atas Peguam Negara dan pasukan peguam negara kita tempoh hari hendaklah dihentikan kerana, saya tidak percaya wujudnya unsur rasuah dalam kes tersebut.

Pasukan Peguam Negara kita sudah berusaha bukan setakat dalam kes Pulau Batu Puteh, tetapi kita sudah berusaha sejak kes Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan lagi. Mengapa anda tidak bercakap soal rasuah apabila kita menang Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan?

Contohilah bagaimana negara China begitu bersungguh-sungguh mendapatkan semula Pulau Macau dan Pulau Hong Kong sehingga akhirnya mereka berjaya mendapatkannya semula.

Yang terbaharu, kerajaan China mendesak kerajaan Britain mengembalikan semua artifak-artifak purba milik negara China yang dicuri semasa Perang Candu dahulu (1839-1842) dan (1856-1860).

Di dalam hati saya, bukan sahaja Pulau Batu Puteh itu perlu kembali kepada Malaysia. Temasek juga perlu kembali kepada Tanah Melayu, Temasek adalah milik Kerajaan Kesultanan Melayu Johor.

Kerajaan penjajah British dan Stamford Raffles yang bersalah, bukannya Tunku Abdul Rahman. Kalau sesiapa mahu menilai semula sejarah negara kita, kita patut menilai kes ini iaitu asal-usul pulau Temasek sebelum tahun 1780 Masehi. Bagaimana pandangan anda?

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat