Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, August 18, 2015

Dua laras senapang di ladang sawit Sungai Tumboh.

SERI ISKANDAR – Dua lelaki ditahan selepas disyaki menyimpan dua laras senapang buatan sendiri dalam satu serbuan di sebuah pondok dalam ladang sawit di Sungai Tumboh, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, bagaimanapun dalam serbuan jam 5 pagi itu, dua lelaki berkenaan yang masing-masing berusia 26 dan 44 tahun mengakui tidak mengetahui kewujudan selaras senapang buatan sendiri
barel 12 bore dan selaras senapang angin di pondok berkenaan.

“Melalui pemeriksaan lanjut di pondok itu, kita turut menemui beberapa barangan kes lain termasuklah 101 butir peluru hidup 12 bore pelbagai jenama, satu tali pinggang peluru dan dua telefon bimbit.

“Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 8 dan 8(a) Akta Senjata api 1960,” katanya.

Mohamad Fakri berkata, polis tidak menolak kemungkinan, pondok berkenaan dibina oleh peneroka di kawasan itu bagi kemudahan bekerja.

"Buat masa ini, kedua-dua suspek akan direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat