TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, June 17, 2014

MUTAKHIR Saham KL melantun semula untuk ditutup tinggi .

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi sedikit hari ini di tengah-tengah sentimen lemah dalam kebanyakan saham Asia, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.02 mata untuk ditutup kepada 1,874.6, selepas berlegar antara 1,870.1 dan 1,876.22 sepanjang sesi dagangan.

Seorang peniaga berkata pelabur serantau telah mengurangkan pegangan risiko susulan kebimbangan akan situasi di Iraq dan peningkatan harga minyak mentah manakala data eksport lemah di Singapura telah menjejaskan sahamnya yang turun ke paras paling rendah dalam tempoh hampir tiga minggu.

Beliau berkata angka eksport Mei Singapura yang jatuh tanpa diduga berikutan penurunan eksport elektronik dan farmaseutikal ke pasaran-pasaran utamanya, menunjukkan bahawa negara itu mungkin masih belum mendapat manfaat lagi daripada pemulihan di negara-negara maju.

Sementara itu, beliau berkata Bank of Thailand dijangka mengekalkan kadar faedah dasarnya dalam mesyuarat esok, dengan kurang tekanan untuk mengurangkan lagi kadar faedahnya.

Di papan skor, Indeks Perusahaan naik 18.74 mata kepada 3,215.03, Indeks Kewangan meningkat 33.36 mata kepada 17,178.5 tetapi Indeks Perladangan susut 27.87 mata kepada 9,160.38.

Indeks FBM Emas naik 20.76 mata kepada 12,971.26, Indeks FBMT100 meningkat 20.39 mata kepada 12,606.45, FBM 70 menambah 23.19 mata kepada 14,069.39 dan FBM Ace naik 42.21 mata kepada 6,697.1.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 468 berbanding 353, manakala 317 kaunter tidak berubah, 491 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.63 bilion saham bernilai RM1.82 bilion daripada 1.36 bilion saham bernilai RM1.41 bilion yang diniagakan pada Isnin.

Dalam kalangan kaunter cergas, MAS dan China Stationery naik satu sen setiap satu masing-masing kepada 22 sen dan 13 sen, manakala Xinghe Holdings dan PDZ Holdings meningkat setengah sen setiap satu masing-masing kepada 26 sen dan 16 sen.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB susut satu sen setiap satu masing-masing kepada RM9.81 dan RM7.16, Public Bank meningkat 12 sen kepada RM20.90 dan TNB naik dua sen kepada RM11.72.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 1.33 bilion unit bernilai RM1.74 bilion daripada 1.05 bilion unit bernilai RM1.34 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 242.29 juta saham bernilai RM66.16 juta daripada 230.25 juta saham bernilai RM55.23 juta semalam.

Waran menambah kepada 35.94 juta unit bernilai RM6.98 juta daripada 21.46 juta saham bernilai RM3.01 juta.

Barangan pengguna menyumbang 128.69 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 275.39 juta, pembinaan 40.64 juta, perdagangan dan perkhidmatan 558.94 juta, teknologi 90.26 juta, prasarana 24.91 juta, SPAC 53.03 juta, kewangan 40.51 juta, hotel 6.33 juta, hartanah 91.48 juta, perladangan 10.05 juta, perlombongan 75,100, REITs 8.51 juta dan dana tertutup 26,200. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat