Akan tercatat dalam sejarah UMNO bahawa punca utama kehancuran parti keramat orang Melayu ini beberapa tahun sebelum 2020 adalah NAJIB.
Sebaliknya Mahathir dan Muhyiddin dihukum berdosa kerana cuba menjadi penyelamat, bukan menyelamatkan UMNO, tetapi Selamatkan MALAYSIA.
MAHATHIR DIHUKUM BERDOSA KERANA TIDAK PERNAH BERHENTI MENENTANG KEMUNGKARAN YANG DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN TERTINGGI UMNO, DEMI MAHU MENGEKALKAN NEGARA INI TERUS BERPAKSI PADA AJARAN ISLAM. TETAPI MAHATHIR DIPINGGIR DAN DIHALANG.
MUHYIDDIN DIHUKUM BERDOSA, DIBUANG JAWATAN NEGARA DAN DIGANTUNG JAWATAN PARTI KERANA ENGGAN BERSUBAHAT DAN TERLIBAT DENGAN PERBUATAN RASUAH PALING JIJIK DALAM SEJARAH TANAHAIR YANG DILAKUKAN OLEH SEORANG ISLAM YANG DIAMANAHKAN MEMIMPIN SEBUAH NEGARA ISLAM.
Mahathir dan Muhyiddin telah diaibkan sedemikian rupa oleh pemimpin2 Islam parti Melayu di Malaysia.
Mahathir dan Muhyiddin dianggap berdosa kerana cuba menegakkan kebathilan dengan menegur kemungkaran pemimpin yang hidup bermewah2 kerana wang menjadi permainan di kalangan mereka tetapi rakyat hidup susah dan ditekan dengan cukai yang tinggi.
Mahathir adalah negarawan ulung tanahair yang tiada tolok bandingnya dan namanya gah seantero dunia. Tetapi UMNO tidak tahu menghargai sebutir bintang yang masih menyala dibumi ini.
Muhyiddin akan diingati oleh anak cucu sebagai pemimpin Melayu yg sanggup kehilangan kuasa demi menegakkan kebenaran. Walaupun setia pada parti, membantu ketua dan menyampaikan keluhan rakyat, dia dipinggirkan.
Akan tercatat dalam lipatan sejarah tanahair bahawa Mahathir dan Muhyiddin adalah dua pemimpin agung Melayu yang berani: memimpin rakyat Malaysia bangun demi Islam dan demi negara.
Ya parti tidak lagi penting, sebaliknya NEGARA MALAYSIA inilah yang harus diselamatkan.
Hari ini melakar sejarah besar tanahair apabila semua pemimpin-pemimpin politik terkenal dan NGO duduk semeja memeteraikan Deklarasi Selamatkan Malaysia yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia yang paling hebat dan berwawasan.
Dengan sendirinya, kubur UMNO telah digali, demi menghapuskan kedurjanaan dan kemungkaran.
Nabi Muhammad SAW bersabda “Ketika seseorang melihat kemungkaran, rubahlah dengan tangannya, dan jika tidak bisa, dengan lidahnya, dan jika masih tidak bisa, rubahlah dengan hatinya.”
Mahathir dan Muhyiddin adalah umat Muhammad yang sejati kerana cuba merubah kemungkaran!
Beringatlah wahai orang2 Melayu. dalam Surat Al Israa’ :16 Allah berfirman
وَإِذَآ أَرَدْنَآ أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا۟ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا ٱلْقَوْلُ فَدَمَّرْنَٰهَا تَدْمِيرًۭا
Bermaksud
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."
Marilah kita berdoa pada Allah agar dua pemimpin ini dapat membawa kita keluar dari kehancuran. Aamin Ya Rab.
Dr Mas Darby
Panel Pemikir. GKCM
#berani kerana benar
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.