KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menghantar kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Mutiara untuk menyertai proses kajian pemetaan dasar laut dalam operasi fasa baharu pencarian pesawat Malaysia Airlines (MH370) di selatan Lautan Hindi pada 4 Ogos ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata ini kerana aset berkenaan mempunyai keupayaan 'multi beam echo sounder' yang dapat membantu usaha mencari.

"PETRONAS bersama-sama DEFTECH dan Phoenix International juga akan menggerakkan aset 'Prosas Side Scan Sonar' yang akan dipasang di atas kapal utama.
"Sementara itu, Boustead Heavy Industries dan iXBlue Australia akan menggerakkan pengesan sonar penunda laut dalam dengan Kenderaan Beroperasi Kawalan Jauh (ROV) yang akan dipasang di atas kapal utama dinamakan John Lethbridge," katanya pada sidang media ketika merasmikan Pameran Foto Tribute to MH370 di Publika di sini, sebentar tadi.

No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.