Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Friday, July 1, 2016

MUTAKHIR: APAKAH SEBAB NAJIB USIK YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA???

KISAH YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA (PLF)

1. Saya berasa secara umumnya rakyat Malaysia mengetahui sedikit sahaja mengenai Yayasan Kepimpinan Perdana. Sudah tentu amat sedikit yang mengetahui tentang asal-usulnya.

2. Sekarang ini oleh sebab Kerajaan Dato Sri Najib sedang cuba memusnahkan Yayasan ini, nama baik Yayasan ini telah tercalar. Mungkin sudah tiba masanya untuk menyedarkan orang ramai tentang asal-usul dan tugasnya.

3. Ianya bermula dengan cadangan oleh beberapa orang ahli perniagaan supaya satu perpustakaan dibina untuk memperingati pentadbiran dua puluh dua tahun saya sebagai Perdana Menteri.

4. Saya berasa amat berbesar hati tetapi menyedari bahawa nanti mereka akan dituduh sebagai kroni saya, tambahan pula idea ini bertentangan dengan prinsip saya yakni menentang pemujaan terhadap individu (personality cult).

5. Sepanjang masa saya berada dalam Kerajaan saya telah cuba untuk menghentikan amalan menamakan tempat-tempat awam dengan nama individu yang masih hidup. Pengecualian yang saya buat adalah hanya untuk Raja-Raja. Selain dari itu perlulah menunggu sehinggalah mereka meninggal dunia dan barulah nama mereka dinamakan di tempat-tempat awam.

6. Oleh kerana saya masih hidup pada masa cadangan dibuat, saya menolak cadangan itu. Sebaliknya saya juga tidak boleh mengabaikan sumbangan mereka yang berkhidmat sebelum saya terhadap pembangunan Malaysia.

7. Maka itu saya mencadangkan agar mereka memperingati semua Perdana Menteri sebelumnya dan Perdana Menteri di masa akan datang dengan menubuhkan sebuah institusi untuk mengumpul semua dokumen yang berkaitan dengan dasar, strategi dan pelan yang direncanakan dan dilaksanakan oleh semua Perdana Menteri Malaysia.

8. Oleh itulah nama Yayasan Kepimpinan Perdana atau Institut dicadangkan. Di Perpustakaan Yayasan ini, dikumpulkan segala maklumat mengenai kerja-kerja semua Perdana Menteri Malaysia. Ia adalah perpustakaan rujukan yang tersedia untuk semua orang yang ingin belajar tentang pembangunan Malaysia dan sumbangan para PM-nya

9. Pengasas dan penaja Yayasan membeli tanah, membina bangunan dan menyelenggara Yayasan ini. Kakitangan untuk arkib dan perpustakaan dan kakitangan sokongan dibayar gaji daripada dana Yayasan melalui sumbangan dana oleh pihak penaja.

10. Menjadi amalan kebiasaan di Malaysia ini bagi Kerajaan menyediakan satu pejabat dan kakitangan untuk bekas Perdana-Perdana Menteri. Walaupun Tunku agak bertentangan terhadap Kerajaan dan pernah berucap dari pentas pembangkang dan menyokong DAP, beliau menikmati keistimewaan sehingga beliau meninggal dunia.

11. Oleh yang demikian Kerajaan telah menyewa ruang di Yayasan Kepimpinan Perdana bagi saya dan beberapa kakitangan saya.

12. Selain daripada kerja-kerja mengumpul dokumen, ucapan dan tulisan-tulisan para Perdana Menteri, Yayasan Kepimpinan Perdana memutuskan untuk berkempen menjenayahkan peperangan. Ini membawa kepada penciptaan Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW). Kami mengadakan persidangan yang disertai oleh pencinta keamanan tempatan dan juga dari Timur Tengah, Eropah, Amerika dan tempat lain di dunia. Kami masih terus dengan kempen ini.

13. Yayasan Kepimpinan Perdana juga terlibat dalam membantu rakyat Palestin terutamanya selepas Israel menyerang Gaza. Untuk menjalankan usaha ini secara khusus bagi membantu mereka yang menderita di negara-negara yang musnah akibat peperangan, kami telah menubuhkan Perdana Global Peace Foundation (PGPF). Kami telah melakukan kerja-kerja amal di kalangan mereka.

14. Untuk aktiviti-aktiviti ini, kita mengumpul dana daripada orang ramai. Pada masa yang lepas pihak Kerajaan telah menyumbang beberapa juta Ringgit yang mana kami amatlah berterima kasih.

15. Oleh kerana saya berada di dalam bangunan ini, macam-macam jenis orang telah datang berjumpa dengan saya, secara bersendirian atau berkumpulan. Apabila mereka tidak berpuas hati dengan Kerajaan mereka meminta pertolongan saya. Saya tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa. Sebab itu selepas bersara saya masih pergi ke pejabat seolah-olah saya masih bekerja.

16. Sudah tentunya ada juga orang yang datang berjumpa dengan saya di tempat-tempat lain, dalam tiga pejabat yang lain dan juga di rumah saya. Tetapi oleh kerana sekarang saya telah meletakkan jawatan dari Proton dan Petronas, Yayasan Kepimpinan Perdana adalah tempat saya bekerja.

17. Jika sekiranya Kerajaan berhenti menyewa ruang di Yayasan Kepimpinan Perdana dan enggan membayar gaji kakitangan Kerajaan yang diberikan kepada saya, saya akan tetap bekerja di sini, di Yayasan Kepimpinan Perdana.

18. Hanya kini penyokong Yayasan Kepimpinan Perdana berasa takut kerana orang yang rapat dengan saya diganggu. Mereka boleh berhenti menyokong Yayasan Kepimpinan Perdana dan kami perlu memberhentikan penyelidikan yang dilakukan di perpustakaan dan arkib kami dan juga kempen untuk menjadikan pembunuhan orang dan kemusnahan negara-negara melalui perang sebagai suatu jenayah.

19. Tetapi itu semuanya tidak mengapa. Saya hanya mahu orang ramai tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yayasan Kepimpinan Perdana.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat