Bila ada kejutan maka semua melatahlah, bila ada tidak sependapat dengan kita maka kira tidak setujulah. Nilai apakah yang hendak di sampaikan oleh seseorang. Bila kita berkuasa maka kuasa itulah yang kita gunakan untuk memenuhi kehendak kita.
Isu terkini minyak naik lagi 0.20 sen. Perkara ini terjadi tanpa di sedari oleh rakyat. Perkara mengejut ini telah di lakukan olih kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak. Apakah resonalnya kerajaan menaikkan minyak?
Berbagai-bagai andaian di buat oleh rakyat biasa dari penyokong kerajaan sehinggalah kepada puak pembangkang. Penyokong kerajaan dengan hujahnya membenarkan tindakkan kerajaan walaupun hakikat sebenarnya pahit untuk di telan. Memang benar ada pihak menyatakan pahit itu ubat.
Tidak ketinggalan juga dari pihak sebelah sana yang membangkang akan kenaikan harga Minyak Part 2 ini. Pada dasar dan pemerhatian MTMR rakyat sememangnya tidak bersetuju dengan tindakkan kerajaan menaikkan harga minyak.
Rakyat merasakan dengan kenaikkan harga minyak yang kononnya kerajaan sekadar mengurangkan subsidi yang di tanggung oleh kerajaan. Tetapi pada hakikatnya rakyatlah yang menanggung kos pengurangan subsidi minyak oleh kerajaan.
Kerajaan dengan bangganya menyatakan dengan pengurangan subsidi minyak tersebut dapat di salurkan lebihan wang kepada golongan sasaran. Sebagai contoh BRIM akan di naikkan dari RM650.00 kepada RM950.00.
Pengurangan subsidi minyak olih kerajaan juga adalah kerana minyak di negara kita lebih murah dari negara lain. Maka kerajaan mengalami kerugian kerana banyak minyak di seludup ke luar negara. Kenyataan dan alasan seperti ini hanya membuka pekung di dada.
Berbagai-bagai pandangan dan pendapat di lontarkan dengan kenaikkan minyak part 2. Dari pemerhatian MTMR mendapati kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Najib Tun Razak mengundang risiko yang amat tinggi. Kenaikkan demi kenaikan mengejut menyukarkan rakyat untuk mempercayai tindakkan dan janji Kerajaan sedia ada.
Pada tahun 2012 di fahamkan Perdana Menteri Datuk Najib ada menyatakan minyak tidak akan di naikkan. Itu adalah janji seorang Perdana Menteri. Janji seorang ketua Negara. Tiba-tiba tahun 2013 berlaku kejutan minyak naik 0.20 Sen sahaja kononnya !!! Perkara kenaikkan minyak 2013 saya namakan kenaikan minyak part 1.
Akibat kenaikkan minyak Part 1 pada 2013. Minyak naik !!! dengan banganya juga menteri itu dan menteri ini menyatakan tiada kenaikkan ke atas harga barang. Tetapi hakikatnya semua pengusaha kenderaan tidak tahan menampung kos bahan bakar iaitu minyak. Akhirnya kerajaan juga akur dengan pengusaha dengan membenarkan di kenakan kenaikkan kepada pengusaha-pengusaha kenderaan. Maka siapa yang menanggung akibat kenaikkan minyak tersebut. Rakyatlah yang menanggung segala kos kenaikkan dari tambang bas sehinggalah kepada semua kenaikkan harga barang. Rakyat di momok-momokan dengan janji manis oleh juru cakap kepada kerajaan.
Sekarang bulan Okhtober 2014 sekembalinya dari luar negara. Tiba-tiba minyak di kurangkan lagi subsidinya oleh kerajaan. Kononnya dengan pengurangan subsidi ini kerajaan dapat berjimat 21bilion. Fakta mana MTMR tidak dapat penjelasan sepenuhnya.
MTMR menamakan kenaikan minyak Part 2 untuk tahun 2014 bagi memudahkan kita mengikuti perkembangan kenaikkan minyak tersebut. Adakah ada sesiapa berani menafikan pengusa kenderaan tidak menuntuk kenaikkan sewa untuk kenderaan mereka. Bagaimana dengan pengusaha Bas, Teksi, lori dan yang sewaktu dengannya.
Kenaikan Minyak Part 2 ini MTMR yakin semua barang akan naik !!! rasanya seperti biasa kerajaan akan memberi amaran itu, amaran ini untuk momokan kepada peniaga-peniaga. Akhirnya rakyat juga yang menanggung kos kenaikkan tersebut.
Jadi sebagai seorang yang menjaga negara sepatutnya kerajaan membantu rakyat bukan menambah bebanan rakyat. Ada pendapat membandingkan zaman itu, zaman ini. Tetapi hakikatnya kenaikan itu telah di buat. Semakin hari rakyat terhimpit dengan kos untuk sara keluarga, sara diri.
Kerajaan telah mereka suasana untuk rakyat sibuk dengan kerja. Maka suasana ini akan berterusan dari setahu ke setahun hinggalah bertahun-tahun. Rakyat akan lupa siapakah kerajaan yang memerintah sekarang, kerana masa di penuhi dengan bekerja untuk sara keluarga.
Rakyat akan melupakan Politik. Akhirnya layulah politik di tanah tumpah darahku. Perkara ini mungkin boleh di pandang ringan olih pemimpin sekarang. Pemimpin juga akan menyatakan rakyat juga yang akan rugi. Tetapi mengapa perkara itu berlaku adalah HILANGNYA KEPERCAYAAN rakyat kepada pemimpin Politik sekarang.
MTMR berharap kerajaan boleh menarik dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan yang ada sekarang, Jika minta cadangan dari MTMR, Senang sahaja turunkan harga minyak serta merta. Rakyat tidak memerlukan BRIM jika negara benar-benar tidak mampu untuk memberinya.
Sekiranya kerajaan boleh menurunkan minyak sehingga menjadi 0.60 Sen selitter. Saya percaya pengusaha kenderaan akan menurunkan kos bahan api, Segala-galanya akan menjadi murah. Warga asing yang masuk ke Malaysia perlu membeli minyak tanpa subsidi. Penguatkuasaan perlu bagi mengelakkan pembaziran wang negara kepada warga asing.
Mungkin pahit untuk menerima hakikat ini. Tetapi itulah permainannya.Apalah guna menuju wawasan 2020 jika rakyat sentiasa terhimpit. Rakyat bukan mahu bintang dan bulan. Sekadar untuk selesa hidup tanpa kemurungan setiaphari.
Cadangan kedua dari MTMR Kerajaan hendaklah mengarahkan Bank mengenakan kadar faedah sebanyak 4% sahaja kepada apa-apa juga pinjaman. Sebagaimana kakitanggan kerajaan mendapat kemudahan tersebut rakyat biasa dan juga swasta juga perlu di beri kemudahan tersebut.
Akhir kata dari MTMR Negara Barakah Rakyat Sepakat. Pemimpin unggul negara AMAN HARMONI.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.