Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, June 18, 2014

Sultan Johor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-235, di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dua hari itu bermula hari ini dan dihadiri oleh semua Raja Melayu kecuali Pahang.

Yang turut hadir ialah semua Yang Dipertua Negeri.

Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka diiringi oleh Ketua Menteri mereka.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis santapan malam ini bersempena mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu itu.

Seri Paduka juga dijadual berangkat ke mesyuarat majlis itu esok.

- BERNAMA

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat