TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, June 18, 2014

Harta Pulau Nangka: Tempoh cari hingga 1 Ogos

JASIN - Syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang menjalankan kerja-kerja pencarian harta peninggalan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka di sini diberi tempoh sehingga 1 Ogos depan bagi menyelesaikan kerja-kerja pencarian berkenaan.

Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad berkata pencarian tersebut perlu dihentikan serta-merta sekiranya ia tidak membuahkan sebarang hasil.
Beliau berkata langkah itu perlu bagi memelihara ekosistem dan alam semula jadi Pulau Nangka yang dikhuatiri terjejas ekoran kerja penggalian lubang di beberapa kawasan di pulau berkenaan.

"Kalau dalam tempoh itu masih tidak menjumpai bukti konkrit mengenai harta yang didakwa tersimpan di pulau ini, kerja pencarian perlu dihentikan...biarlah pulau ini sebegini kerana kita tidak mahu merosakkan ekosistem semula jadinya," katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan ke pulau itu di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

Ghazale berkata berdasarkan lawatan tersebut, beliau mendapati syarikat terbabit telah melakukan penggalian di kawasan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan negeri.

"Kerja penggalian hanya dibenarkan di dua kawasan sahaja dan syarikat ini perlu menimbus kembali lubang lain yang telah digali," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati terdapat kira-kira lima kawasan penggalian yang dilakukan di pulau tersebut.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata Perzim akan menempatkan seorang pegawainya di Pulau Nangka bagi memantau perkembangan pencarian harta tersebut agar tidak merosakkan struktur pulau itu.

Katanya syarikat terbabit yang memulakan kerja pencarian pada awal tahun ini sepatutnya mengemukakan bukti terlebih dahulu kepada kerajaan negeri mengenai kewujudan harta sebelum melakukan penggalian di kawasan baharu.

Pada 30 April lepas, dua artifak berbentuk bulat dan berwarna kekuningan ditemui syarikat terbabit namun hasil ujian makmal mendapati artifak berkenaan hanya merupakan azimat purba dipercayai berasal daripada kerajaan Majapahit. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat