TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, October 15, 2014

MUTAKHIR: PEMBENTANGAN BAJET 2015

Pelbagai berita gembira kepada rakyat Malaysia telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia semasa Pembentangan Bajet 2015 yang telah diadakan pada 10 Oktober 2014 di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia. Bersesuaian dengan tema kali ini iaitu Bajet 2015 : Ekonomi Keperluan Rakyat, pembentangan kali ini adalah berdasarkan tujuh strategi utama iaitu :

Rangkuman gambar sekitar Pembentangan Bajet 2015

1. Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi
2. Memantap Tadbir Urus Fiskal
3. Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan
4. Memperkasa Agenda Bumiputera
5. Memartabat Peranan Wanita
6. Membangun Program Transformasi Belia Negara
7. Mensejahtera Rakyat

Selain itu, pembentangan bajet kali ini juga adalah bersifat lebih menyeluruh kerana ia memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah, sederhana dan juga golongan pertengahan. Ini dapat dilihat melalui penambahbaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengecualian barangan keperluan harian seperti makanan, ubatan dan petrol daripada cukai barangan dan perkhidmatan.

Di samping itu, tumpuan juga turut di berikan kepada golongan belia melalui Pelan Transformasi Belia Negara juga bantuan perumahan untuk belia. Bantuan kewangan untuk keluarga miskin dan juga kenaikan elaun utk golongan OKU juga turut dimasukkan di dalam pembentangan bajet 2015.Selain itu, pelbagai inisiatif lain turut diberi perhatian sama ada dari segi projek-projek infrastuktur, bantuan kepada usahawan Bumiputera, khidmat kesihatan, pendidikan juga pembangunan luar bandar.

Pembentangan bajet kali ini diharap dapat menjadi langkah terbaik yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat